iklan

Followers

Pages

Saturday, 19 March 2011

Setiap kelebihan ada kekurangannya

Wah...entry kenalan baru pagi ni menarik perhatian aku. Aku perasan blognya semasa melawat blog Kak Pah sayang. Aku jumpa blog Kak Pah pun bila ternampak Scarlett yang dengan pantasnya menyahut cabaran Ben Ashaari dalam segmennya tentang bersayang-sayang. Semakin hari semakin jiwang si macho Ben Ashaari ni. Marah kena jual ye Ben!


Entrynya tu bukan terkena dengan diri aku saja tetapi semua orang jugalah. Khas untuk wanita saja. Bacalah entry kenalan baru aku ni, Buuwa Hatee dari Sabah tentang Carilah Yang Cantik. Setuju sangat dengan entrynya tu.


Selalunya kelebihan yang paling ketara menjadi perhatian adalah wajah yang cantik. Wajah yang kurang cantik pula merupakan kekurangan yang juga cepat di perhatikan orang.

Namun bagi aku semuanya wanita ini ada kelebihan dan kekurangannya yang adakalanya kedua-duanya boleh menimbulkan kesan negatif dalam diri kita. Umpama kelebihan itu boleh menyebabkan seseorang itu sombong dan riak manakala kekurangan membuatkan seseorang itu merasa terpinggir dan rendah diri. Namun jika kedua-duanya diolah dengan baik akan menjadikan kekurangan itu menjadi lebih baik hingga ke tahap kelebihan yang diadun pula dengan rasa bersyukur kepada Allah.

Kelebihan lain yang akan hanya disedari apabila didekati seperti bijak belajar, berilmu, pandai menjahit, pandai memasak, pandai melukis, lemah lembut, pandai melayan orang tua dan sebagainya. Tetapi jangan pula kita riak dengan kelebihan yang kita ada. Merendah diri itu adalah yang terbaik.

Janganlah mudah terasa atau putus asa apabila kita punya kekurangan diri seperti kurang cantik kerana itu sememangnya anugerah Allah yang tak mampu kita ubah. Tetapi kita punya kekuatan untuk punya sikap yang baik, rajin dan berusaha untuk mendapatkan kelebihan yang lain. Usah terlalu dipandang wajah yang cantik jika minda ditahap tadika. Budak tadika sekarang pun lebih bijak nak menilai baik atau buruk sesuatu perkara.

Eh! Sapa kata yang kurang cantik tak boleh jadi cantik asal jangan pembedahan plastik atau suntik botox le. Kalau pandai bergaya dan kena dengan make-upnya memang cantik. Cuba tengok sini! Erma ~ Test Makeup.


Kita kena ingat juga bahawa nikmat dan kelebihan yang Allah bagi boleh hilang bila-bila masa saja.


Terjumpa entry berkaitan di blog yang aku follow. Boleh jenguk Cantik! Siapa yang tentukan? Menarik isinya!

4 comments:

Puan Kutu said...

emm betul.rupa tak boleh ubah..tp boleh touch up bagi cantik.semua tak mustahil dlm zaman serba canggih skang!

buuwa said...

Salam kak...
Cantik itu subjektif.. bak kata saya.. "rumput sama hijau.. rambut kaler corak pelangi..".. ^_^ thanks ats entry yang sedikit sebanyak m'promote blog sy bru je nak mengaktifkan diri d alam blogging.. hehehh...

kenal kak pah... kenal Scarlett, kenal kak adz... semuanya best2.. suka..suka..suka... ^_^

ZWAN SABRI said...

btol tu btol.. sangat setuju.. ;)



MySuaraBlog: Jom Kesan Kehamilan Cara Orang Dulu2

hana devushka said...

Beauty lies in the
eyes of the beholder..^_^