iklan

Followers

Pages

Tuesday, 15 March 2011

Jimat-jimat le air tu yang!

Ramai orang punya habit buruk yang menyebabkan pembaziran air, termasuk akulah tu. Kena jimat guna air sebab :

- Jimat duit sebab kurang bayar bil air.
- Jimat tenaga untuk tujuan rawat air dan bekal ke rumah.
- Jaga alam sekitar - guna air lebih boleh sebab hakisan kawasan sumber air

Macam mana nak jimat? Banyak kali dah mak aku pesan!
- Tutup paip semasa gosok gigi.
- Tutup paip bila menyabun badan.
- Jangan mandi lama-lama! Bukan boleh jadi putih pun!
- Guna baldi masa cuci bilik air.
- Tadah air basuhan sayur atau ikan. Boleh buat siram pokok bunga.
- Bilas pinggan yang dibasuh guna bekas berisi air, bukan aliran paip.
- Jangan siram lama-lama untuk nyahbeku makanan dari peti sejuk. Aku rendam je!

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

Bila takda air..nikmat ditarik, barulah kita nak tersedar tentang perlu berjimat cermat...dulu masa krisis air kat Lembah Klang..boleh mandi hanya dengan sebaldi kecik aja tau! ~haha

Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : jadi citer p ramlee pulak nanti. titik air kat mata je..

fadhdeela said...

alahh kak xpuas la mandi xcukup air..hihi suka duk bwk shower tu lelama..sejukk jer ;P

Meh singgah: Ratu Porno Selamat!!

Adzriel AB said...

fadhdeela : mandi secukup rasa dah le... ni sampai kecut jari2..he..he..