iklan

Followers

Pages

Friday, 18 March 2011

Sibuk ke sana sini

Dua hari ni aku agak busy dengan personal matter. Tak sempat nak up-date blog. Semalam menemankan hubby ke showroom Honda di Cheras sebab model baru facelift Honda Accord dah keluar. Aku dia tak sabar tu tapi buat muka control macho. Tak aci betul... bila aku nak tukar kereta Kelisa comel aku tu pulak. Kena kumpul modal dulu ni.. sabar!

Balik dari Cheras lansung hubby hantar aku dengan anak-anak ke Perpustakaan Awam di Bandar Baru Bangi. Hubby pulak singgah di pejabatnya sekejap. Ada kerja katanya. Agak ramai juga yang datang kerana cuti sekolah. Aku register dulu nama anak-anak di kaunter depan. Banyak pulaklah yang nak ditulis, rasa nak fotostat je.

Sementara anak-anak mencari buku-buku, aku lepak kat bilik movie. Depa ada pasang CD cerita "Senario dengan pemburu harta Yamashita". Takpelah walau dah banyak kali tengok. tapi aku bukan tengok sangat pun. Saja duduk sambil menulis action plan kerja aku untuk minggu depan. Nampaknya makin busy le.. nak cari duit lebih untuk modal kereta baru.. ha..ha.. Aku tak kira! Nak berangan juga!

Sejam setengah berlalu, hubby call kata nak ambil dah. So anak-anak dah pilih buku-buku yang nak pinjam. Seorang boleh pinjam 3 buah buku je selama 3 minggu. Oklah tu... kalau lewat pulangkan pihak pengurusan denda 50 sen sehari.

Boleh jenguk website depa kat sini : http://ppas.bandarbarubangi.my/.

Hubby kata nak jumpa kawan dia di Saujana, Kajang pulak. So kitaorang follow juga le. Sementara dia berjumpa kawannya tu di restoran Borak depan Giant supermarket, aku dengan anak-anak ronda-ronda dalam Giant dulu. Sempat anak-anak pekena maggie goreng di kedai mamak dalam Giant tu.

Takpelahkan, bukan selalu melayan anak-anak meronda pun. Nak bawa jalan jauh-jauh pun tak sempat memandangkan yang sulung nak PMR. Terpaksa menghadiri kelas tambahan anjuran sekolah.Balik rumah pun dah petang, dapat buka blog sebelah malam je lah. Jadi le..

5 comments:

kyo_9 said...

bunyi cam best jer Honda showroom.. xde gambar ke??

Adzriel AB said...

Insyaallah hari khamis nanti akak letak gambar.. ingatkan ye!

arep_lockermonth said...

wait for gambars!

Adzriel AB said...

arep_lockermonth : sabor ye arep..

manueng said...

anak suluh dah form 3 rupenye...kak adzriel kawen awal la eh...best la akak nnt...masih kuat, anak dah besa2...hehe;)