iklan

Followers

Pages

Thursday, 17 March 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL


Ben Ashaari pendapat blogger tentang fizikal di sini ; nanti buat conclusion ye Ben!

Banyak soalan cepumas kat sini :

  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    Tersangatlah pernah! Mula-mula jatuh cinta dengan suaranya, kemudian budi bahasanya melalui telefon je. Bila dah jumpa memang berbudi bahasa dan tentu rupanya juga menarik minat aku. Yang penting tak merokok. Ketinggian sama je tapi dia tetap nak kata dia lebih tinggi 2 cm daripada aku...tak nak mengalah tu!

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    Mula-mula tu memang le kena tinggi dari aku... jadi le lebih 2 cm pun, sedang-sedang elok je tapi tak le kurus. La ni...he..he.. terlebih sudah! Kenapa? Supaya kedua-dua tangan aku bersentuh bila peluk dia..ha..ha.. tanya lagi!

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Mmmm... tang mana ye? Tang wajahlah! Tak pun dari mata turun ke hati. Mata dia cantik!

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
    Tak setuju! Itu jawapan nak cover line je... badan kalau berisi sangat takut beri kesan negatif pada kesihatan. Begitu juga kalau terlalu kurus.

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
    Tidak juga! Ramai juga yang tak kacak tu kaki perempuan dan tak cantik pulak materialistik. Tapi mana-mana lelaki kacak yang kaki perempuan dan perempuan cantik yang materialistik tu sebab mereka menggunakan kelebihan yang ada itu dengan memperdayakan orang lain untuk mendapatkan nikmat-nikmat tu. Semua tu terletak pada hati kita.

  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
    Lelaki idaman? Idaman ke? Dah dapat pun! Tentulah hubby kerana lemah lembut dan berbudi bahasa, solat tak tinggal, diterima oleh keluarga, rajin berusaha untuk maju, kulit cerah, 'sweet', tak merokok dan testimoni yang baik dari ramai teman-teman (he..he..) dan aku membuat keputusan melamarnya. Ehhh...

  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    Tak! Perut agak ke depan dah. Tak macam dulu-dulu! He..he..aku nak suruh dia baca survey ni nanti!

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    Sejak bersalin ke-5 ni tak berapa puas hati. Kena turunkan lagi 5 kg!

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    Perlu dan berusaha setakat yang terdaya je. Tak payah nak paksa diri beriya-iya sangat! Pasangan pun jangan tau suruh je, bantu-bantu sikit apa yang patut. Adatlah dah kahwin dan usia meningkat. Hormon pun berubah. Kalau nak sama macam zaman bujang dulu memang usaha kena kuat dan konsisten.

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    Yang ini aku kurang pasti le sebab tak pernah cuba pun. Aku pun belum sampai tahap gemuk. Tak tau le nak cakap sebab aku pun memang sejak anak sorang dah makan jamu je. Kalau tengok iklan-iklan tu macam mujarab je. Tabik kat anak saudara aku yang dulu montel giler sejak kecik lagi. Sekarang bukan main slim dan macho atas usahanya sejak tahun lepas. Umur baru nak masuk 18 tahun. Gigih betul dia jaga makan dan bersenam setiap hari. Kadang-kadang tong gas mak dia di ulang-ulang bawak ke dapur dan ruang tamu.

2 comments:

solo molo said...

kalo hati dah suke, dah tak kire yang laen dah...

Muhammad Burn said...

wah, seronok baca jawapan2 ni. hehe. tp knp pmpn nak laki tinggi. ape nasib laki2 rendah cam saya. huhu