iklan

Followers

Pages

Wednesday 23 March 2011

Waktu kerja yang fleksibel



Awal hantar anak ke sekolah hari ni. Pukul 6.55 pagi dah sampai depan sekolah rendah. Bagi extra RM1 tiap-tiap sorang sebab sampai awal sangat. Hantar Asyikin dan Azri dulu selepas hantar Arif ke rumah pengasuh.

Maka sempatlah aku dan Amirul, form 1 singgah breakfast di kedai mamak dulu. Masing-masing punya taste yang sama iaitu teh tarik dengan roti telur. Aku bayar siap-siap kat kaunter bayar dan makan dengan pantas. He..he.. saja suka-suka ajak anak makan. Sempat sampai sekolah dia lagi 3 minit loceng nak berbunyi.

Balik rumah kenalah buat kerja rumah dengan pantas. Sempat up-date blog dulu. Tengahari ni nak ke KLCC, jumpa client. Confuse sama ada nak naik komuter dari UKM atau nak drive
'Nursyafikah' je, kereta Kelisa aku tu la. Lepas KLCC nak ke Bangsar pulak. Risau jugak takut tak sempat balik Bangi sebelum pukul 5 petang. Kalau naik komuter mesti nak kena kejar trip sebelum pukul 4 petang untuk balik. Kalau lambat aku kena jadi macam sardin le dalam komuter tu.

Conclusionnya aku drive sampai Bangsar dan park kat situ. Then boleh naik LRT terus ke KLCC. Menunggu komuter pun jenuh juga kat UKM tu. Lain le kalau aku tak kalut sangat. Sebelum keluar rumah untuk appoinment kena prepare lunch anak-anak yang nak balik sekolah dulu. Seronok juga kerja 'flexible hour' ni. Cuma kalau tak kerja tak adalah income. Kalau rajin boleh dapat income lebih daripada ex-manager aku dulu, tapi kalau malas sapa nak bagi duit free??

So... jangan malas-malas. Buat kerja cepat!

6 comments:

Dr K said...

pakai driver aja ..ekeke..

selamat bertugas nursyafikah :P

Unknown said...

bestnya kerja flexible hours yer kak.. semoga success selalu..

FadhDeela said...

wanita berkerjaya la akak nie..tu yg terbaikk walaupun suri umah tangga still membantu suami..hahahah mcm mak deela lak akak nie..admire la hihi :P

Meh sini: Video: Nasib Janda!! 18sx

ummiross said...

Betul tu Adzriel, memang seronok kerja 'flexibbel hour' ni, tapi nak kena pandai susun masa jugakkan, yg penting masa kita,kita punya sukalah kan...hee

KUREKURE COMEL said...

padat betul masa.....mmg tabik lah...blh handle dgn baik...


mina yg takde anak ni pun masih kelam kabut lagi...hehehe...

ummiross said...

Hai Adzriel, kemana menghilang...