iklan

Followers

Pages

Tuesday 29 March 2011

Antara dungu dan jahil

Tersenyum baca blog adik comel Hanna ini. Bukanlah aku nak kata dia dungu kerana tajuk entrynya Stupid Tot. Idea Bodoh yang dok berfikir-fikir macam manalah baby terhasil. Aku nak ulas detail ke? Oh! Tidak! Masalahnya aku dulu pun dungu begitu juga. Cuma mungkin aku ni jenis tak ambil kisah sangat dengan hal-hal tu hinggalah aku nak kahwin. Eh! Citer apa ni? Bacalah entry adik Hanna tu.

Aku katakan padanya dalam komen di entrynya itu bahawa itu bukanlah dungu. Kita layak dipanggil dungu jika kita telah pun mempelajari sesuatu perkara tetapi sedikit pun tiada hasilnya. Kalau ada sikit tu tak pelah juga. Ini dinamakan proses pembelajaran. Dungu kalau belajar sesuatu tetapi satu apa pun tak faham. Tapi dungukah kita kalau yang mengajar pun entah apa-apa. Ha..ha.. faham ke apa aku kata ni?

Isi entry Hanna itu termasuk dalam kategori tak tahu, jahil atau naif. Memang tak tahu lansung. Manakan ada 'output' kalau tidak diberi 'input'. Sekurang-kurangnya ada 'input' teori sebelum praktikalnya. Maka 'output' teorinya adalah kita tahu hasil yang bakal terjadi.

Anak-anak tidak akan mengerti apakah makna nombor 1 jika tidak diberitahu. Apa pula ertinya 2, 3 dan seterusnya. Begitu juga dengan huruf A, B, C. Kalau huruf S di cantum dengan A akan apa pula bunyinya. Pembelajaran harus berulangkali hingga faham jika inginkan hasil yang positif. Lainlah kalau cepat belajar! Satu kali ajar sudah boleh pandai.

Roti canai sebagai 'output' tidak akan terhasil tanpa 'input' seperti campuran tepung, garam dan minyak. Harus pula ada cara menghasilkannya dengan mengulinya pula. Lagi sedap agaknya bila peluh tambah perisa. Ahh.. tidak.

Teringat pulak roti canai yang arwah ayah uli lebih sedap dari mak buat. Sebab tenaga lelaki yang uli lebih gamaknya.

Samalah halnya, susahlah kerja nak siap kalau bos tak bayar gaji. Tak ada 'output' lah hari ni bos! Tolong selesaikan 'input' dulu!

3 comments:

ummiross said...

Ish2x!!, sebut roti canai pagi2 ni, terus je lapor, perut pun nak kena input gak ni..

Puan Kutu said...

good theory..rasa macam belajar ekonomi pulak kt sekolah..just joking.hehe..

LilyGrynn said...

Aduhai,lawak sungguh entry tu. Saya pun masa muda remaja tak tahu gak. Sampai kawan suh berjaga2 kalau masa tunggu bas, nanti tersentuh lelaki boleh hilang dara! Punyalah sedihnya...