iklan

Followers

Pages

Thursday 31 March 2011

Kedamaian permulaan hari


Sejuk mata memandang dari entry blog ini : Damai terasa

Pagi-pagi melayan lagu menenangkan jiwa di blog yang tak bernama milik AL-QASSAM dari Marang, Trengganu. Gambar anak kecil lelaki yang sangat comel menjadi wajahnya. Dah dua minggu tersenarai antara top 10 yang hit blog aku datang dari blognya. Penulisnya agak pendiam dan pemalu aku kira. Hanya gambar menceritakan segalanya.

Antara blog yang aku kenal berada dalam blog listnya adalah blog hebat Dapur Tanpa Sempadan. Aku terjumpa blog Menongkah Arus Kehidupan yang agak familiar nama di pandangan aku. Memang betul sebab aku dah follow blog ini. Rupanya pemilik blog ini adalah orang yang sama dengan blog tak bernama bila aku lihat nama pemilik dan wajah anak comel yang sama.

Namun ada sesuatu perkara yang buat aku ingat dengan blog Menongkah Arus Kehidupan ini. Aku terus mencari untuk memastikan sesuatu yang aku fikirkan itu betul. Oh! Tidak! Rupanya aku tersilap. Aku sangkakan dialah pemenang pertama Contest Sempena 3 Series : Ayurashidah dulu. Serikandi Umar dan Menongkah Arus Kehidupan dua blog yang berbeza tetapi hampir sama. Bagi aku, bila masuk ke blog mereka ini hati pasti terusik.

Inilah yang aku temui pagi ini gara-gara ingin melihat 'referrals' di akaun Nuffnang aku. Penemuan yang sangat menarik dan bererti buat aku. Bagaimana dengan kalian?

Terharunya bila blog aku tersenarai di dalam blog listnya yang bertajuk BLOGGERS SATU. Aku perasan setelah entry ini telah siap aku taip.

3 comments:

ummiross said...

Jauhnya berjalan, sampai Ganu Kita, nak pegi jenguk jugaklah ni...

CHE ROSSLI said...

Huhu.. kantoi.. macam mana boleh detect blog ambe yang xda nama pun.. hairan2.. apa2 blog yang xda nama tu memang blog ambe. dan blog tue khusus ambe letak follower ambe dari blog MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN.. jadi setiap hari ambe baca entri2 akak dan follower ambe yang lain.. jadi silent reader je.. xda masa nak commnet.. Yang blog serikandi umar tu. kebetulan templete sama(^-^)..

Apa2 akak memang terbaiklah!

Unknown said...

salam...

serikandiumar pun terbabit juga dalam entry nih... :)

rajin kak mengkaji... ^__^