iklan

Followers

Pages

Wednesday 30 March 2011

Memandu subuh buta di Karak



Ini kisah aku semasa bekerja shift di Hitachi Electronic di Bandar Baru Bangi tahun 1994 dulu. Kerja shift 12 jam memang agak penat. 12 jam tu untuk operator saja tetapi aku wajib extend lagi sejam dua untuk siapkan daily report QC sebelum balik dan submit pada shift leader aku.

Shift pagi paling meletihkan sebab rasa waktunya panjang sangat ; 8 pagi hingga 8 malam. Kalau aku dah tentu pukul 9 malam atau 10 malam baru dapat balik. Shift pagi ni semua boss ada, tak boleh nak mengelat le. Shift malam pulak jenuh menahan mata yang mengantuk. Kerja shift 12 jam ni memang susah le nak dapat dating..ha..ha.. Kalau nak dating kena tunggu hari cuti le. Nasib le kan!

Cuti memang tak menentulah. Aku pun tak berapa ingat rutinnya. Yang pastinya cuti tak sama dengan orang lain le. Adakalanya cuti hari Isnin, tidak pun Selasa. Tidak akan sama kerana bergilir 3 kumpulan shift.

Masa bujang tu boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku balik kampung. Bosan sebab tak de mende nak buat. Nak dating pun tunang aku keje lak masa aku cuti. Tunang yang dah jadi hubby aku le. So balik kampung bermanja dengan mak lagi best.

Hari tu aku kerja shift pagi. Pukul 10 malam baru punch out. Sampai rumah sewa agak lewat sebab pergi dinner dulu dengan tunang aku hingga pukul 11 malam. Esoknya hari Selasa, aku cuti dua hari. Tunang aku kena kerjalah esoknya. Dia pakai motor je... masa tu motor kawasaki Kips, kira bergaya jugalahkan! Aku pulak bawa kereta dia punya. Masa tu 'confident level' tunang aku bab drive kereta ni agak kurang. Lesen baru. Lain le aku ni, memang selamba je. Baru dapat lesen dah masuk KL dan PJ. Terbalik pulak ye, pompuan lagi brutal.

Lepas dinner tu, pukul 12 malam baru aku tidur. Entah kenapa aku terjaga pukul 3 pagi dan tak dapat tidur lepas tu. Buntu tak tahu nak buat apa, aku pun mandi, bersiap-siap dan kemas-kemas barang yang sepatutnya. Aku start enjin kereta dan lansung memandu balik ke Jengka, Pahang dalam pukul 4 pagi tu juga melalui lebuh raya Karak. Kalau dulu bila nak balik Pahang masih lagi terpaksa melalui Karak dengan jalannya yang tak lurus tu. Sekarang dah ada lebuh raya yang lurus, 2 jam dah boleh sampai Jengka.

Kereta sepanjang perjalanan tu tak banyak pun. Ada satu dua je yang sekali-sekala bersaing. Selamba pulak aku drive sorang-sorang je. Tak ada rasa cuak atau takut sikit pun. Slow and steady.

Sampai saja di Temerloh jam sudah pukul 7 pagi. Aku berhenti di public phone betul-betul sebelum jambatan besar yang melintasi sungai Pahang tu. Masa tu dah agak cerah. Aku terus call tunang aku. Dia tanya aku kat mana sebab mungkin ada bunyi kereta lalu lalang agaknya. Terkejut dia bila aku kata aku dah sampai Temerloh. Manalah tak terkejut sebab malam tadi dinner sama. Lepas tu dia balik tidur. Bila bangun tidur je kata aku dah kat Temerloh.

Bila aku fikir-fikirkan semula, gila agaknya aku ni. Seorang perempuan yang drive sorang-sorang, pagi-pagi buta pulak tu di sepanjang lebuh raya Karak. Lebuh raya yang penuh dengan kontroversi berkaitan makhluk halus.

Aku bukan tak tahu semua kontroversi tu, tetapi sungguh aku tak teringat lansung tentangnya sepanjang perjalanan aku tu. Bila dah teringat, mulalah seram sejuk pulak aku. Kalau siang-siang aku tak kisah pun. Kenderaan lain banyak yang lalu situ.

Kesimpulannya, jika kita melakukan sesuatu walaupun ianya merbahaya tetapi minda kita tenang dan tiada anasir-anasir jahat yang mempengaruhi, ianya akan berjalan lancar. Lepas tu barulah 'Eh!' dengan gaya muka pelik.

Inilah sebahagian kontroversi makhluk halus tu : KaraK! Laluan Puaka
Dalam aku dok cari gambar hantu kat atas tu, terjumpa pulak aku blog ni : Puaka Karak

6 comments:

nur said...

Memang betul- betul berani la camtu kan.. Tabik2. Nasib baik takde yg cakap.. Akak, boleh tumpang? .. Hehe

nur said...

Memang betul- betul berani la camtu kan.. Tabik2. Nasib baik takde yg cakap.. Akak, boleh tumpang? .. Hehe

LilyGrynn said...

Alahai, kalau upah pun saya tak nak drive sorang-sorang kat situ. Sib baik kampung ke selatan. Baru balik two weeks ago dari bercuti kat Cherating. Walaupun musim cuti, hi-waynya lengang aje. Seramlah kalau memandu sorang2. Tabik spring ler sebab berani 'berseorangan'...

Hani said...

mane nak takutnyerr...asyik teringatkan muke tunang jerrr..he he he :)

Fairus Bin Mamat said...

takdenya yang puaka.. itu semua kerja syaitan la tu.. kalau orang cakap tempat tu berpuaka, maka datanglah syaitan duduk di situ untuk menyesatkan manusia.. kalau kita fikir baik atau positif maka positiflah.. wallahuaklam..

ardinihumaira said...

memang berani betullah :)