iklan

Followers

Pages

Friday 6 May 2011

'Reverse psychology' seorang guru



Ada orang boleh merasa lemah semangat atau tak jadi nak buat bila mendengar kata-kata yang berunsur negatif yang dilontarkan padanya. Apatah lagi bila ianya diucap oleh seorang guru yang sepatutnya memberi kata-kata peransang pada anak muridnya untuk terus melangkah menggapai kejayaan.

Aku juga antara insan yang adakalanya tidak dapat menerima kata-kata yang merendahkan kemampuan aku. Boleh juga aku cepat melenting dan marah bila ada yang mengutuk atau menghina aku melainkan aku harus berdiam diri dahulu. Terpulanglah jika nak respon selepas itu atau buat tak tahu saja. Yang pasti jika aku respon segera biasanya respon yang negatif juga kerana tahap kesabaran aku sangat nipis. Itulah yang aku sentiasa cuba perbaiki.

Berbeza dengan Aisah Yusuf, namanya sama pula dengan anak sulung aku. Kata-kata gurunya yang berbau negatif itu telah meninggalkan kesan hebat kotak pemikirannya. Mari kita baca apakah kata-kata yang negatif itu :

5 comments:

nazihahisa said...

tapi reverse phsycology ni menjadi dkt ramai org... kalau yg rasa down pon lama2 boleh jd pembakar smgt

Puan Kutu said...

sy dulu masapmr dapat 1A saja,pastu mak sy kata,klu camnie sy keja kilang jer la..sy sahut cabaran mak sy..ms spm alhmadulillah dpt keputusan kira cemerlang jugak.bkn keja kilang tu tak bagus,tp sy dah buktikan kt mak yg sy juga boleh berjaya. ambik itu sebagai semangat untuk terus positif dlm pelajaran..

Unknown said...

header blog dia ke tu??
comey nye pelangi..
hehehh

ummiross said...

Ada orang menjadi semakin tabah bila diuji...

Liza @ Adzriel AB said...

nazihahisa : kadang2 jadi, kadang2 tak jadi

Puan Kutu : biasa kalau mak akak yg cakap, sajalah nak perli. tak amik hati pun. Alhamdulillah, cabaran mak di sambut ye.

diana : comel..pandai dia buat.

ummiross : teringin nak mcm tu juga