iklan

Followers

Pages

Wednesday 16 March 2011

Dia orang baru

Tengahari tadi lunch kat Bandar Baru Bangi dengan hubby dan Asyikin. Anak-anak yang lain kat rumah je, cuma baby Arif je hantar ke rumah pengasuhnya. Menyinggah setelah ke JPJ Wangsa Maju dan AM Bank Kajang. Itu pun sebab hubby suruh temankan. Dia tak berapa confident kalau ke memandu ke KL sorang-sorang.

Restoran ni memang famous pun kat sini. Baru je tahun lepas buka... cawangan ke berapa aku pun tak pasti. Makanannya memang sedap. Cuma tak berkenan dengan servicenya yang lembap je.

Dua tiga kali hubby panggil waiter untuk order. Ada yang lalu pun boleh saja buat tak nampak. Hubby aku yang jenis penyabar pun dah mula mengeluh. Aku plan nak bangun pergi kaunter dah, nak bagi ayat sikit. Nasib baik hubby aku bertindak dulu bergerak ke kaunter. Selamat korang ye sebab hubby aku ni bahasanya sopan sikit. Kalau aku dah habis sopan kalau tanya "tak ada orang nak ambil order ke?".

Korang tentu biasa dengar bila ada pekerja yang buat silap, akan keluar alasan "dia orang baru!". Minta maaf kalau aku kata aku tak boleh terima jawapan tu. Lainlah kalau kedai kecil-kecil yang pekerjanya cuma habis ramai pun dua orang je.

Kalau di restoran nak bagi alasan orang baru kerana tak respon dengan kita orang nak order memang tak sesuai. Jenuh dah hubby angkat tangan dan panggil waiter yang lalu. Boleh dalam ramai-ramai tu depa buat dek je. Aku yang tak bekerja kat restoran pun tau kena alert dengan customer yang baru sampai dan boleh agak berapa lama masa yang mereka ambil untuk nak buat order. Kejap-kejap kenalah pandang customer tu dah ready ke belum. Hang bagi menu kat customer tu saja-saja ke?

Ada satu kes tu kat restoran lain pulak. Anak aku order nasi goreng pataya, Asyikin juga! Bukan main bersungguh waiter tu ambil order. Aku pulak ambil nasi lemak yang memang dah ada dekat belah depan restoran. Aku dah habis makan tapi order anak aku ni tak sampai juga. Angin le pulak.

Aku pun bangun tanya kat kaunter mana order anak aku. "order ala-carte belum mula lagi la kak!". Aku geram je, "budak tu tak kata apa pun masa akak order tadi!". "Dia orang baru kak!", jawap cik kaunter. Jawapan yang sangat pantang bagi aku. "Kalau orang baru pun takkan tak boleh bagitau semula kat akak? Dia order dengan sapa pulak tu? Dia gantung kat mana order akak tadi? Akak dah lama jadi customer korang sejak gerai korang tepi jalan tu lagi tau! Akak tak marah kalau benda tu tak ada, tapi akak marah sebab bila tak ada boleh buat diam je! Kalau akak tak bertanya ni kira macam tunggu sampai besok le?".

Aku tanya dengan tone yang slow ye. Tidak menengking pun sebab malas nak gaduh-gaduh. Cuma sebagai ingatan jangan buat perkara sama pada orang lain. Tapi memang tak datang dah lepas tu dan aku bawak anak aku makan tempat lain.


Kira ok kalau customer tegur depan-depan secara elok dan tak kecoh gila satu kedai. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang patut kita improve. Itu lebih baik daripada customer yang tak puas hati hanya diam dan berlalu. Kemudian dicanangnya serata tempat tentang keburukan restoran kita sedangkan kita tidak menyedarinya. Terpulang pada pendapat masing-masing.

24 comments:

rohaadam said...

itulah masalahnya....malay restaurant esp. tersangat lah lemah dlm bab customer service....buka restaurant tau segala2nya nak tip top tapi bila berdepan dgn customer failed.(bukan semua restaurant tapi some restaurant...)

Liza @ Adzriel AB said...

rohaadam : itu yg menegur dgn harapan depa improve.

solomolo said...

memang dah ada pengalaman macam nie...pernah sekali kena kt rest0ran pakli kt shah alam...sy ngan membe 0rder pada waku yg sama...saya 0rder nasi g0reng nenas...membe sy punye 0rder dah smpi...10 minit lepas tue 0rder sy tak sampai lg.. sabar lagi nie... last2, sy tanya kt waiter tentang 0rder sy...die g check n cakap yg list 0rder sy waiter sebelum tue salah letak... salah letak ??? sah2 la sy 0rder sekali ngan membe sy...die g check balik kt kitchen n cakap yg 0rder sy tengah masak...sy terus ckp kt waiter tue yg sy nak cancel 0rder...terkulat2 muka die...

Liza @ Adzriel AB said...

solo molo : kawan akak lagi le bengang punyer pasal, dia bayar apa yg ada je dan terus pergi. tak kenselkan order pun.

ummiross said...

pernah jugak kena macam ni, sekali dah kena tak pegi dah...

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : kan diaorang dah rugi satu customer yg baik mcm ummiross.

FadhDeela said...

btul tu kak..kedai mkn kat opis deela nie lain lakkk bile kita complain ke ape dia terima tp muka mcm xpuas hati..mcm xleh terima kesalahan sndiri...kadang2 geram lakk...mmg dah xmkn kat situ lg huh hangin jer!

Meh singgah: Time2 mcm nie br nak wat keje!!

sini jugak: Lelaki ke Perempuan nie??!

sekamar rindu said...

pengurusan yg lemah selalunya berlaku mcm ni...

sepatutnya tak berlaku...sekali terkena..memang tak datang lagi la...

manueng said...

dlm bisnes resoran ni, service cepat mmg sgt penting...kalo mknn sedap pun tp service lambat, mesti org x suke...mmm

Asri Alam said...

ekceli diorang tgh mogok tu sebab keja sibuk tapi gaji kecik. then pekerja kurang memang la sibuk.

pernah buat kajian kat restoran pasal minimum wages. restoran 24jam paling menyedihkan. keja syif 12jam tanpa bayaran ot. aku igt nk jd menteri sumber manusia dulu la utk setel masalah ni. haha

Hanis Azla said...

itu yg org kata klu tak puas hati beritahu kami, kalau puas hati beritahu org lain.. tp masalahnya dah beritahu pun tak improve juga, itu yg buatkan kita nak beritahu org lain juga kan..

Liza @ Adzriel AB said...

fadhdeela : kalau kat ofis atau kantin sekolah memang susah le nak komplen. macam ada kekebalan je.

Liza @ Adzriel AB said...

sekamar rindu : pungurusan lemah sebab baru sebulan dua tu ok gak tapi kalau dah ada 3-4 cawangan memang susah nak terima laa..

Liza @ Adzriel AB said...

manueng : tak berapa sedap pun tapi pantas memang org akan dtg selalu.

Liza @ Adzriel AB said...

Sasa Al-Sharif : teringat masa keje kat fast food rest selepas SPM dulu...memang penat giler. nak duduk pun tak boleh.

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : setuju sangat tu... kat tempat kita je hanis.

Ibu Muda 30series said...

erm...pikir jap...

oh yes! memang ada....kejadian di seksyen 2 shah alam... sebijik meja hampir ditumbangkan setelah hampir sejam order kami tak tiba. hanya air je...

sangat lah hangin.

Anonymous said...

setuju sangat2..mmg btul pn...malay rstaurant mang r camtuh :)

Siti Hajar Masri said...

setuju..x suka restoran buat mcm tu..mcm kita ni tunggulkan..

header blog tu sy tempah..baca kat link ni ye..:)
http://hajarpunyablog.blogspot.com/2011/03/header-baru.html

tim_fs said...

ala..tu sumer alasan dah basi..penah jugak tekena lmbt smpai order trus pegi kat dapur dia tgk dah masak ke blum..

Hani said...

salam
maaf cakap ye..orang kite bab2 mcm ni ada sikit kureng la..bukan nk mengata..meniaga dah ok tapi bab budi bahase tu kena kursus lebih sikit...tu belum masuk bab cite2 kat kedai runcit lagi..kann

umiawadah said...

hmmm...kira sangat penyabar tu,kalau saya tak tahu lah...

Asterisk Boutique Administrator said...

Kak Ija,
Kiteorg banned Restoran Mesra Seafood dan Ikan Bakar kat Port Dickson, bersebelahan dengan Hotel Mesra... service teruk dan lambat sangat. Kalau ada VIP, confirm lagi lambat sebab diorg akan layan VIP tu dulu walaupun kita yg sampai/order dulu. Bila kita tanya/tegur, kita pulak yg kena marah. Aduhai... Tokeinya sgt comel tapi perangai tak comel.. sayang sekali... huhu...

padlie said...

kedai yg servis dia hampeh ni, x yah gi dah..
kita bawa duit untuk dia, bukannya minta duit dia.. tu pun susah nk bg service..

Entry terbaru padlie: Dilema suami bila isteri.... dan Matahari makin aktif