iklan

Followers

Pages

Friday, 4 February 2011

Mak Buyung tukar tayar kereta

Terbaca satu entry pasal seorang jejaka hensem tak reti tukar tayar kereta ; Malu Gila Apabila Seorang Lelaki Tidak Tahu Menukar Tayar Yang Pancit. Kesian dia...lepas ni mesti dah pandai.

Buat aku teringat bagaimana aku tukar tayar kereta sendiri buat pertama kalinya setelah 15 tahun aku ada lesen kereta. Selalunya kedai le yg tukar atau hubby (itu pun masa kat rumah). Alhamdulillah, tak pernah lagi tayar kereta aku pancit kat tengah2 jalanraya.

Kisah ni berlaku tahun 2009. Masa tu aku tengah sarat mengandungkan si kecil Arif. Tengahari tu aku baru nak keluar ke Bandar Baru Bangi sekejap.

Aku start kereta aku dan terus bergerak. Baru bergerak kira2 dalam 10 meter ke depan, tiba2 aku rasa stereng aku macam senget dan berat aje. Tak sedap hati aku dibuatnya. Masa tu aku berada di simpang 4 dekat rumah aku je. Tinggal nak belok ke kanan aje lagi. Dek kerana keadaan tadi, aku pun lajak sikit ke depan dan berhenti tepi taman permainan kat situ.

Bila aku turun dan terus mengelilingi kereta aku ; sabor ajelah sebab tayar depan dah pancit satu. Spoil betullah. Aku pun drive semula balik rumah dan terus masuk parking lot. Nasib baik le dekat sangat lagi dengan rumah.

Apasal entah, malas pulak nak call hubby kat tempat kerja. So bermulalah aksi nak tukar tayar kereta. Aku panggil anak aku yang sulung, Aishah turun untuk minta bantuan. Kebetulan dia ada dirumah, yang lain sekolah ganti hari sabtu.

Aku keluarkan semua gadget dari bonet kereta aku. Cuma tayar tu Aishah le angkat, berat weh.. tengah pregnant. Aku guidelah dia supaya dapat reduce beban tarik tayar tu keluar.

Jangan tanya apa nama gadget2 yg terlibat sebab aku tak tahu namanya. Aku bagi nama ikut suka aku je.

1. Aku letak je besi penyendal bawah kereta tu. Agak2 letak dalam posisi yg logik le. Nasib le aku pakai kereta Kelisa, senangle nak buat...gamaknya la.

2. Dengan tangan aku putar besi pemutar ke penyendal tu supaya rapat dengan bawah kereta. Selebihnya Aishah yang pijak besi pemutar tu sikit2 hingga kereta naik sedikit.

3. Cuma pastikan tayar tu naik sikit je dulu.

4. Lepas tu upacara buka skru tayar. Ada empat semuanya.

5. Aku tunjuk Aishah macam mana nak buat dengan letakkan pemutar skru dan pijak dengan hentak sikit2.

6. Tiga biji skru senang pulak nak buka walaupun lama lah juga. Ada sebiji skru ni degil betul. berpeluh2 le Aishah pijak banyak kali yg akhirnya dapat juga dibuka.

7. Nak keluarkan tayar pun satu hal juga. So sama2lah aku tarik dengan kudrat seorang wanita mengandung dan anak dara yang baru je 13 tahun. Agaklahkan jangan samapai mudarat.

8. Replace dengan tayar ganti yang ala-ala cukup makan je anginnya. Jangan jadi macam aku, rajin2 le check angin tayar ganti korang.

9. Dah siap dan Aishah juga pasangkan skrunya semula dan sama2 keluarkan penyendal kereta tadi.

Pergh...berpeluh2lah kitaorang dibuatnya. Tapi puas hati le sebab buat sendiri dan dapat pengalaman. Kiranya anak aku tu dah ada pengalaman le kan seawal 13 tahun.. he..he.. Aku pulak seawal usia 36 tahun.

Lepas tu aku terus ke kedai tayar berdekatan, 3 minit je dari rumah seperti yang hubby aku nasihatkan. Dah siap tukar tayar, baru call hubby ye! Hubby aku kata "Mama niiiii...".

Pekerja kedai tu check tayar aku dan tampal bocornya. Dia tukar semula ke tayar asal dan pam tayar ganti aku tadi. Upahnya aku bayar RM5 aje. Bila depa propose aku beli tayar kat kedai diaorang, selamba je aku jawab " Nanti husband saya datang check! You bagi kad la, nanti senang I nak call!". Biasalakan! Masa tu lah depa nak bagi nasihat macam2 suruh tukar itu ini. Macam biasa jugalah aku akan bagi jawapan tadi yang boleh hentikan rayuan diaorang tu.

Aku tau buat pun berdasarkan pemerhatian aku bila mana hubby aku tukar tayar kereta aku dulu. Biasalahkan, macam anak kecil juga! Apa yang parent buat depa pun nak buat juga! So kalau anak tu nakal ke, ikut saper? *(^_^)*

Pada teman2 tak kira lelaki terutamanya wanita, yakinlah pada diri yg anda boleh buat! Cewahh... semangat berdikari kena ada!

No comments: