iklan

Followers

Pages

Friday 6 May 2011

Bekerja jauh atau dekat

Seronoknya kawan kita ni, si Ben Ashaari sebab tempat kerja dah dekat dengan rumah aje. Aku ni kalau boleh nak jalan kaki je pergi kerja. Tak perlu nak kisah naik bas atau komuter atau apa-apa jenis kenderaan awam, memandu kereta sendiri atau naik apa-apa kenderaan pun. Perlu naik kaki aje. Tak perlu risau pasal tambang, terlepas bas atau timbul masalah tayar kereta pancit mahu pun bateri kereta dah 'out'. Kalau hujan pun cuma perlu pakai payung aje. Nak lebih bergaya bolehlah pakai baju hujan.

Itulah angan-angan aku masa bekerja tetap dulu. Hanya dua tempat kerja yang aku pernah pergi kerja hanya dengan berjalan kaki iaitu semasa aku kerja kilang Hitachi Elektronik di Bandar Baru Bangi dan syarikat ukur tanah, Jurukur Perintis di TTDI.

Aku memang tak suka terlibat dengan jem. Yelah... siapa yang suka. Sebab itulah masa aku bekerja kilang Sony dulu cuma perlu ambil masa 8 minit je kalau memandu dari rumah ke tempat kerja tanpa jem. Kalau jem boleh jadi 15 ke 30 minit baru sampai. Memang memilih untuk bekerja di Bandar Baru Bangi juga.

Bila tempat kerja dekat ni senang aku nak balik bila ada kecemasan tentang anak-anak. Lagi pun jimat duit minyak dan jimat masa. Tapi kalau dah rezeki di tempat yang dekat tak ada tu nak buat macam manakan. Terpaksalah mencari rezeki di tempat yang agak jauh.

Masa muda-muda dulu tak kisah sangat bila terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja. Tapi sekarang ni nak ke kedai yang dekat pun mesti nak pandu kereta. Kaki dah berat..he..he.. malas sebenarnya. Bila dikenang, semasa ke KL dengan menaiki bas Metro dari Bandar Baru Bangi, boleh pulak aku berjalan kaki dari Metro Jaya sampai ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Sekarang? Jangan haraplah. Terasa macam jauh sangat kalau berjalan kaki ni.

8 comments:

MumMe said...

hehe,mumme pernah jln kaki balik kerja slm 3minggu...adus kak liza...lepak sungguh...padahal 5 minit jer tu...dia punya berehat berejam kak...

Eyrique Ettiqazz. said...

zaman dah berubah ,dunia dah moden...kita sekarang x lagi sama spt kita dulu in certain things la...skrg nikmat hidup tu dah ada wpon terpaksa hadapi susah sikit dulu2.betol x?

Liza @ Adzriel AB said...

MumMe : 5 minit dekat sangatlah tu... he..he.. umur dah meningkat, gitu le. jarang bersenam sebenornya. samalah kita.

Liza @ Adzriel AB said...

Eyrique Ettiqazz. : dulu muda lagi, tenaga pun ok je. now buat keje lebih sikit dah lelah. bila teringat susah buat kita hargai masa senang.

atuk said...

Assalamualaikum Liza

susah dahulu
Insyaallah
senang kemudian nanti

Wassalam

Asri Alam said...

ok la. aku pernah keja pedalaman.tinggal dalam rumah sorang diri. rumah pulak panas gila. tp apa nak buat demi kehidupan

Misz-ella said...

bestnya dekat. kc jauh. 25km dari rmh.

Liza @ Adzriel AB said...

Rozali : wa'alikum salam. itu le kan, setiap susah & senang ada hikmahnya.

Sasa Al-Sharif : dugaan hidup..

kakchik@ella : jauhlah sikit.. he..he..