iklan

Followers

Pages

Thursday 19 May 2011

Bersyukur dengan apa yang kita miliki seadanya

Tergelak aku baca entry kak Melur pasal anak di kena ngorat :
Bila anak kak Melur diorat.

Macam sama je gayanya bila anak kak Melur kata "Dia kata dia suka ibu sebab selalu datang sekolah, bergaya dan selalu bercermin mata hitam."

Macam ni ke?

Ayatnya itu buat aku teringat bila anak-anak aku ada bercerita apa kata-kata kawan-kawan mereka tentang aku :

# Kawan Aishah,15 kata dalam facebook "Dulu saya selalu nampak aunty semasa di sekolah rendah" - nampak sangat selalu spot check anak kat sekolah, memang pun. Dari jauh aku perhatikan je apa anak aku buat. Asyikin kantoi sebab pergi beli jajan kat luar sekolah. Amirul pulak boleh selamba bersandar dalam kelas sedangkan kawan-kawannya ramai yang mengelilingi mejanya nak tumpang salin nota cikgu di papan putih. Dia hanya memandang. Perasan hensemlah tu, hensem yang montel.

# Kawan Aishah kata semasa aku datang ambil report card "Eh! Itu mak kau ke kakak kau?" -Ishh.. bila pulak Aishah ada kakak? Dia anak sulung la! Nak je aku kata "Ha..ah! Saya kakak sepupu dia.." perasan!

# Kawan Amirul,13 kata "Jampi apa pakai? Mak kau nampak muda la". Fuh kiri fuh kanan je jampinya.. he..he.. Ala..touch-up je dengan make-up tu bagi jangan nampak kedut-kedut yang banyak tu.

# Kawan Asyikin,11 "Mak engkau dah 38, mak aku baru 30 tapi mak engkau nampak muda la!".Terperasan lebih pulak aku. Sengih selalu..

# Kawan Azri,9 "Mama kau baik!" Ye la, sebab hari tu aku hantar kawan dia sekali ke sekolah untuk aktiviti petang. Lepas tu aku belanja ais krim pulakkan... nak lagilah tu!

Perasan? Terasa juga! Jangan puji depan daddy, takut daddy korang risau lak. Riak? Janganlah!Cantik tu subjektif. Ada orang rasa wajah begini dan begini itu cantik tapi ada juga yang kata tak cantik pun. Bagi aku wajah tak boleh diubah. Cukuplah kemas dan bersih. Jangan penampilan yang macam nak jolok mata orang pulak. Ramai lagi insan lain yang lebih cantik.

Tapi itulah sesetengah perempuan macam aku nikan, walau pun ada yang memuji tetap terasa kurang. Kadang-kadang rasa macam muka tak licin je, mulalah tangan ni gatal je nak memicit jerawat yang timbul. Kalau kuku panjang tu kena cepat-cepatlah aku memotong. Lagi pun tak elok kuku panjang, takut syaitan bergayut kat hujung kuku tu. Kuman pun banyak.

Berat badan dah naik ni terasa gemuk pulak, walau pun doktor kata BMI aku dalam kategori normal je. Risau kalau gemuk sebab terpaksalah aku beli baju baru. Tak boleh la nak jimat. Seronoknya bila masih dapat memakai baju-baju 10 tahun lepas. Macam tak bersyukur pula sedangkan orang lain ramai yang susahnya nak turunkan berat badan. Alhamdulillah! Selama 38 tahun aku hidup, 60kg adalah yang paling berat untuk aku dengan ketinggian 160cm.


Namun setiap kelebihan juga ada kekurangannya. Ada yang kata mata aku mata stim, mata burung hantu, mata Garfield dan mata bulat. Tapi aku tak ambil kisah dan tak terasa pun sebab dah itu yang Allah bagi pada aku. Takkan aku nak ubah pulak. Dengan mata Garfield ni lah dapat juga aku melihat dunia ini dan ada juga yang tergoda... ha..ha.. dah 5 orang pun anak aku.

Sifat baran aku pun aku cuba kikis sedikit demi sedikit. Hubby pun selalu juga menegur. Kadang-kadang terlebih ketawa pun ada! Kakak aku pun sama... ikut perangai mak lah ni. Apa pun kami tetap happy bergaduh dan bergurau adik-beradik dari kecil sampailah dah beranak-pinak ni.

Bila orang memuji, Alhamdulillah! Bererti aku tidaklah seteruk mana seperti perasaan rendah diri yang sering ada pada sesetengah orang. Bukanlah menjadi 'tiket' untuk kita merasa bangga diri dan riak. Secantik mana atau sesempurna mana pun jika tiba-tiba Allah nak tarik semua kesempurnaan itu, ia akan hilang juga dengan pelbagai cara.

Tak perlulah nak diubah kecantikan itu. Elok bibir cantik, disuntik pula. Eh! Dah terlebih 'Angelina Jolie' pulak. Senyum pun macam robot je. Biarkan kedut-kedut usia itu datang jika usaha secara semulajadi tidak berhasil. Apakah cara semulajadi itu? Jaga pemakanan, bersenam dan gaya hidup yang sihat untuk menjaga kesihatan. Cantik dalam kategori usia kita juga, jangan bandingkan dengan orang lain yang 10-20 tahun lebih muda. Itu memang melampau!

Bila orang mengeji tentang fizikal dan rupa paras pun biarkanlah. Ada aku menyusahkan dia? Mana yang boleh diperbaiki tu, buatlah seperti mengurangkan berat badan yang terlebih umpamanya. Mungkin juga terus berusaha mengubati jerawat di wajah. Memperbaiki penampilan yang lebih kemas. Tidaklah senget-senget tudung yang dipakai. Buang rasa rendah diri bila ada yang mencela dengan kecacatan yang mungkin ada pada diri kita. Mungkin sukar tetapi cubalah, jika tidak takut nanti merosakkan hati dan perasaan kita.

Panjang pulak mengomel... apa pun be happy! Bersyukur dengan apa yang kita miliki seadanya.

9 comments:

Unknown said...

Salam,haha. kelakar la. mcm saya bila jalan dgn mak sy, orang mesti kata kami adik beradik. Kebetulan plak mak suka ikut fesyen sy, mmg nampak mcm adik beradik lah.hahha

Ibu Muda 30series said...

kak liza awet muda :)

*tetiba tingat kat kenduri ujang, orang tu bagi wani gula2...huwaaaaa......*

Dr K said...

fitrah manusia...dah elok, nak elok lagi..dan lagi ..dan lagi...

sama sama kita muhasabah diri....

Misz-ella said...

setuju dgn liza. bersyukur .. itu paling penting.

ummiross said...

Betul tu Liza, memang kita patut bersyukur dengan apa yang ada, orang yang bersyukur Allah akan tambah nikmatnya..

ps: Liza memang awet muda pun...comel!

Hanis Azla said...

Salam kak.. masa saya baca entry kak melor malam tadi mmg saya teringat akak.. he..he.. kebetulan pula akak pun memikirkan yg sama yer.. mmg akak yg awet muda..

Anonymous said...

syukuri apa yang ada,hidup adalah anugerah...jangan menyerah...

Muhammad Izuan said...

tp mmg kak lza npk muda. dr dlu lg sy fikir camtu...

Sofya said...

i like ayat ni
"Risau kalau gemuk sebab terpaksalah aku beli baju baru. Tak boleh la nak jimat."
he3 leh ambik jd ayat semangat nak maintain kan badan