iklan

Followers

Pages

Saturday 7 May 2011

'Hernia' atau 'angin pasang' jangan dibiarkan


Gambar cilok kat blog DaddyZiyyad

Pada 30 Disember 2002 jam 7.35 pagi lahirlah baby aku yang keempat ; Azri. Berita pertama doktor maklumkan pada aku ada yang abnormal padanya. Suspen juga aku mendengarnya. Doktor kata baby aku ada 'hernia' atau kalau kebiasaan orang Melayu panggil 'angin pasang'. Tak boleh dibedah segera, perlu tunggu hingga usianya seawal 3 tahun.

Setiap kali cuaca sejuk akan kelihatan 'kantung' kanannya membengkak. Biasanya aku lurutkan perlahan-lahan dengan minyak afiat sampai bengkaknya susut. Kesian juga bila tengok ianya membengkak. Nasib juga si kecil cuma menangis sekejap saja. Buntu juga sebab kita tak tahu sakitnya yang bagaimana. Tapi aku tidaklah panik pun. Bertenang ajelah.

Kalau dilihat pada gambar kat atas tu, anak aku 'hernia' dalam kategori 'inguinal'. Baru aku tau, ingatkan sejenis aje. Terima kasih DaddyZiyyad atas pengetahuan ini.

Kami menurut nasihat doktor untuk melakukan pembedahan bila usianya mencecah 3 tahun. Nasib baiklah hubby aku ada 'GL' untuk seluruh ahli keluarga yang mendapat rawatan di hospital pakar panel. Masa tu cuma dua hospital saja yang menjadi panel tempat hubby aku bekerja iaitu hospital Ampang Puteri dan SJMC (Subang Jaya Medical Centre). Hubby tanya aku nak bawa Azri ke hospital mana. Aku pilih SJMC memandangkan pernah melalui pengalaman 'slow' di hospital Ampang Puteri.

Kami buat pemeriksaan awal untuk Azri oleh seorang doktor pakar dan menetapkan tarikh pembedahan. Jadi pada tarikh yang ditetapkan aku dan hubby pergi awal pagi ke sana. Kami sempat bersarapan dulu di kafe hospital.

Seperti biasa aku jugalah menemannya masuk dibilik menunggu untuk pembedahan. Teringat pula seorang 'nurse' buatkan belon untuk Azri daripada sarung tangan getah. Suka benar dia bermain dengannya.

Selepas Azri mula dibius, aku terpaksa keluar dari bilik itu. Ikutkan hati nak aje aku menemankannya sampai ke bilik pembedahan dan melihat segala aktiviti pembedahan. Tapi nak buat macam mana, doktor tak izinkan.

Tempoh pembedahan tidaklah lama mana rasanya. Cuma ambil masa 1 ke 2 jam saja. Semasa hubby mendukung Azri untuk pulang, dia kelihatan 'mamai' kesan dari bius tadi. Mereka beri pilihan sama ada nak tinggal di wad atau terus bawa pulang. Dah tentulah nak bawa pulang je. Lainlah kalau memang memerlukan tinggal di wad.

Sebelum pulang aku bertanya dulu segala pantang larang dalam tempoh pemulihan Azri. Alhamdulillah, penjagaan yang mudah saja. Cuma kita orang Melayu ni banyaklah pantangnya juga terutama dari segi pemakanan. Azri tetap boleh bermain seperti biasa, cuma tidaklah lasak sangat hingga lukanya pulih. Kecil saja pembedahannya. Ada di dua tempat yang panjang bedahnya cuma lebih kurang seinci saja.

Sekarang semuanya dah OK. Usia Azri sudah pun 9 tahun. Bila aku tengok semula tempat bedah tu macam tak ada kesan apa-apa pun. Nak letak gambar pun tak ada gara-gara anak lelaki aku yang sorang lagi terdelete satu 'folder' dari laptop buruk aku. Naik angin aku masa tu sebab banyak gambar-gambar kenangan di dalam tu. Naik angin dengan membebel ajelah! Aku tanya dia "Nak bayar ganti rugi tak?". Ceh! Sempat lagi nak ugut anak... gurau je lah!

korang bacalah blog kawan maya aku, DaddyZiyyad ni untuk memahami dengan lebih jelas tentang 'hernia' :

http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/05/mythbusters-siri-3-episode-hobin-jang.html

9 comments:

Ibu Muda 30series said...

kalau anak laki, ni lah yg merisaukan ye kak

Eyrique Ettiqazz. said...

anak sedara EE pernah kena sbb terhentak masa main basikal...pegi urut n then ok dah but dia kena berpantang dr makan mknn sejuk mcm betik n many more

ummiross said...

Alhamdulillah Azri dah ok, nasib baik Liza tidak bertangguh kan, kalau dah besar tentu lagi sukar.

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : nanti masa berkhatan pula ada juga pantangnya ye..

Eyrique Ettiqazz. : mungkin sebab kemalangan begitu jadi tak perlu operate kot. biasa yg kena operate bila dia jadi tiba2 aje. kena refer doktor utk ilmu lebih ni.

ummiross : b4 operate tu memang risau aje.

Unknown said...

o..
budak2 pun jadi ye??
saya ingtkan orang dewasa je..

ibu mithali said...

selain dr operate ade care lain x utk ubat angin pasang nie..?

Liza @ Adzriel AB said...

ibu mithali : org dulu ada juga petua & cara rawatan tradisional rasanya tapi pembedahan yg terbaik. rujuk doktor lebih baik.

Anonymous said...

Anak saya pun dh baru kene operate..cuma saya nk tanya,lps operate.,telur sebelah kanan anak saya tu masih besar lg,tp kadang2..so adakah anak awk mcm tu juga selepas operation..?..adakah ia akan perlahan2 beransur pulih.

Liza @ Adzriel AB said...

c luncai : tak ada rasanya... selepas operate mmg ok je tak ada masalah. Alhamdulillah.. cuba rujuk doktor yg sebaiknya.