iklan

Followers

Pages

Saturday 14 May 2011

Kereta kecil

Wajah Ani keruh. Sedih benar dia dengan peristiwa tadi. Walau pun kelihatan tidaklah sebesar mana pun masalahnya tetapi ianya sangat membuatkan hati Ani terluka. Sudah acapkali suaminya bersikap begitu.

Ani cuba mengerti masalah suaminya. Namun dia keliru kerana secara rasionalnya kelihatan respon suaminya tadi tidak menunjukkan suaminya perihatin dengan kesusahan empat orang anak dan isterinya. Sama sekali tidak menunjukkan suaminya sanggup berkorban demi keselesaan anak-anaknya. Hati Ani sangat terluka.

Ani kecewa apabila hasrat ingin meminjam kereta suaminya untuk pulang ke kampung bersama anak-anaknya gagal. Memang itu jangkaan Ani pun. Entah mengapa kali ini hati Ani lebih kecewa daripada biasa. Seperti biasa suaminya tidak mahu turut serta pulang ke kampung.

Respon yang diberikan oleh suaminya sangat mengecewakan dan dengan alasan yang sangat menjengkelkan "Abang ada nak pergi Melaka esok!". Ani cuba memikirkan apa relevannya dia tidak dapat menggunakan kereta MPV suaminya. Suaminya pun ada urusan apa nak ke Melaka, tempat yang jarang sangat dia pergi. Ada saja alasan suaminya setiap kali Ani ingin mengguna keretanya atau mengajak pulang ke kampung.

Bukan Ani tidak mahu memandu keretanya sendiri. Tetapi kereta Ani kecil dan buruk pula untuk memuatkan anak-anaknya yang empat orang dan semuanya sudah bersekolah. Di tambah pula ruang barang yang agak kecil untuk memuatkan keperluan untuk lima orang. Memang kereta kecilnya itu akan benar-benar padat berbanding MPV suaminya yang besar. Logikkah kereta kecil perlu memuatkan lima orang, manakala MPV hanya pemandu saja yang menaikinya. Tiada rasa belas lansung dengan anak isteri, getus hati kecil Ani.

Adakalanya Ani terasa seperti janda beranak empat bila ke mana-mana kenduri yang dihadirinya sering sahaja tanpa suami di sisi. Begitu juga bila pulang ke kampung hanya ditemani oleh anak-anaknya sahaja. Kereta kecil itu pun dibeli atas hasil usaha Ani sendiri. Duit minyak dan tol pun Ani tanggung sendiri walaupun melibatkan hal menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.

Ani tidak kisah dengan kereta kecil itu tetapi bila memikirkan anak-anak yang terpaksa bersempit, Ani jadi sedih. Ani tak kisah jika suaminya memang benar-benar tidak mampu. Ani tak mampu nak bertukar kepada kereta yang lebih besar. Gaji Ani cuma cukup untuk membayar duit kereta kecilnya, minyak kereta dan tol sahaja. Ada MPV pun bukan untuk Ani dan anak-anak. Anak-anak sendiri adakalanya keliru dengan sikap ayah mereka. Ani pun tak tahu sampai bila harus begitu ; tiada perkongsian dalam perkahwinan.

Seperti biasa pagi itu Ani menghantar anak-anak ke sekolah. Ani terasa kelainan pada keretanya semasa dalam perjalanan. Ani berhenti di tepi jalan untuk cuba memeriksa kalau-kalau tayar keretanya pancit. Belum sempat Ani keluar dari kereta, tiba-tiba ada rempuhan kuat di belakang keretanya mendorong kereta Ani terseret dan jatuh ke dalam gaung kecil yang berada kira-kira 10 meter dari tempat kereta Ani berhenti tadi.

Kereta Ani remuk, menghimpit isi dalamnya yang sememang sudah sempit. Begitu jugalah remuknya hati suami Ani melihatnya bila mana tiada seorang pun yang terselamat. Kekesalan sudah tidak ada guna. Kesedihan sang suami ditambah lagi dengan cemuhan ahli keluarga Ani yang sudah lama memerhatikan sikapnya yang sering mementingkan diri sendiri.

11 comments:

Ibu Muda 30series said...

huhu...tiba2 rasa touching plak kak liza :((

Dinas Aldi said...

BUTA PERUT punya suami. 'Seronok' la dia sekarang, boleh sambung enjoy naik kereta besar tu sorang. Pi mai pun dia memang kedekut, dah memang naik MPV besar tu sorang2 pun.

Bukan setakat baca di sini saja, akak memang kenal beberapa orang suami & bapa yg berperangai macam ni. Semoga Allah membuka hati mereka untuk sedar sebelum rezeki mereka ditarik balik olehNya.

Muhammad Izuan said...

mcm tergantung je cerita ni...

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : sama le..

Dinas Aldi : ramai kak dinas

Muhammad Burn : utk difikirkan

Muhaimin said...

tumpang simpati kakk..

Zura said...

huu~~ kak liza, sedih la citer ni...suami dia pentingkan diri sendiri dan berkira dengan wife n anak2 sendiri,,,

Unknown said...

sedihnya..
sisuami ni kedekut la tu..
rela bagi anak dan isteri bawak kereta kecik..'dia je nak naik kereta besar tu..

kereta kecik tu,kereta kancil ye?
hehehheh

Eyrique Ettiqazz. said...

hidup jgn terlalu berkira dan pentig diri sendiri..Kalau boleh apa yg kita ada kongsi dgn org lain,mana tau rezeki lebih besar kita dpt..

tp dr cite diatas,kekesalan yg dpt..

Sabahan Bloggers Club said...

Salam.
Waaaah.... Sedih plak baca ni. Harap-harap suaminya baca blog post ni kan?

Sofya said...

Dah jadi camni baru nak rasa insaf ka? Ni bukan kes suami kedekut tapi suami yang tak layak pun digelar suami/bapa sebab takda rasa kasih pada isteri juga anak. Tanggungjawab pun takda, suami/bapa kah itu..?

ummiross said...

Menyesal tak sudah, hargailah orang2 tersayang, permintaannya cuma kecil, tapi impaknya besar