iklan

Followers

Pages

Monday 16 May 2011

Kerja yang halal

Jumaat lepas aku menunggu anak aku balik dari sekolah. Sementara menunggu, kelihatan lori sampah bergerak perlahan di depan kawasan perumahan berhampiran sekolah sambil pekerja-pekerjanya berlari-lari anak mengutip sampah dari tong sampah setiap rumah dan mencampakkannya ke dalam lori sampah.

Kebanyakan pekerja dari Bangladesh aku rasa. Kelihatan cara berlarinya begitu gigih tanpa riak malas diwajah mereka. Timbul keinsafan di hati aku. Banyak cara untuk kita mencari rezeki yang halal, cuma kita mahu atau tidak saja. Kebanyakan kerja yang ramai kategorikan sebagai menjijikan atau 'low class' ini tidak boleh memberi kehidupan yang baik. Tidakkah mereka tahu, hasil rezeki yang halal dari kerja inilah yang melahirkan ramai insan-insan yang berguna untuk terus berbakti kepada masyarakat. Mereka juga punya anak-anak yang sedang bersekolah.

Bagi aku, kerja seperti mengutip sampah, mencuci tandas-tandas awam, menyapu sampah itu lebih baik daripada meminta sedekah.

Ada berlaku di Bandar Baru Bangi seorang lelaki muda yang menggunakan tongkat kayunya diselitkan diketiaknya ke sana-sini meminta sedekah dengan alasan ingin mencari wang untuk membuat pembedahan kakinya. Bertahun-tahun dengan alasan yang sama tersengih-sengih memohon simpati orang ramai. Hinggalah pada suatu hari rakan hubby aku suruh dia duduk dalam sebuah restoran dan bertanya "Aku tengok kau dah minta sedekah lebih dari 4 tahun dah kat sini. Tak cukup-cukup ke lagi duitnya?". Tak tahulah apa ceritanya selepas tu, yang pasti aku sendiri dah tak pernah nampak lelaki tu. Aku rasa ramai penduduk Bandar Baru Bangi yang telah lama tinggal di situ mengenali lelaki tu.

Aku dulu pun pernah jadi 'cashier' dan 'waitress' di restoran A&W sementara menanti keputusan SPM tahun 1990. Jadi kerani cabuk di kedai SINGER pun ada. Insyaallah, rezeki tu ada jika kita mencari. Boleh juga goreng keropok ikan dan isi dalam peket kecil-kecil dan bekalkan ke kedai-kedai atau pun restoran. Pandai-pandailah berusaha asal kerjanya halal.

4 comments:

Zura said...

betul tu kak.. kalau kerja angkut sampah tu x ada org nak buat alamatnya jadi negara terkotor kan...
tapi ramai lagi yang memandang sebelah pada pekerja2 mcm ni..kesian diaorg...tapi salute dgn diaorg ni..

Dr K said...

peluang kerja dan lubuk rezeki di malaysia ni luas...kalau tak tak ada lah bangla/nepal/myanmar/indo tu semua berduyun duyun masuk malaysia...ya, orang malaysia memang pemalas, dan tak tahu bersyukur dengan nikmat yang ada. Saya dah masak sangat dengan perangai kaki MC.

Sofya said...

Salam Kak Chik..
Betul tu.. kadang2 tengok orang yg minta sedekah tu kuat ja.. nampak sihat ja.. tapi dah malas, nak jalan mudah, sanggup minta sedekah.. kalau saya jumpa org gini memang tak hulur la..

ummiross said...

Hmm betul tu Liza, banyak peluang nak cari rezeki kat Malaysia ni ,patut bersyukur sangat2, dulu kecoh jugak pasal berita ada yg melacur nk cari rezeki, logik ke? memang rasa nak marahkan dengar alasan orang yg nak cari jalan mudah...grrr!!!