iklan

Followers

Pages

Wednesday 11 May 2011

SEGMEN BEN ASHAARI : KHAS BUAT MEREKA


Siapa nak join segmen Ben Ashaari kali ini? Sangat menarik tajuknya, boleh klik sini :

18 tahun lalu aku bermula dengan kerja sebagai Juruteknik di kilang elektronik. Pengalaman tak seronoknya bila aku kerja syif yang cuti tak menentu harinya. Kadang-kadang sukarnya aku nak join perjumpaan keluarga aku. Tak bestlah bila adik-beradik lain dapat berkumpul ramai-ramai di kampung sedangkan aku terpaksa bekerja. Nasib baik cuti raya aku sama dengan orang lain.

1 tahun je jadi Juruteknik di situ kerana permohonan aku untuk bertukar ke syif normal tidak berjaya. Maklumlah sebab masa tu nak kahwin, malas le nak kerja syif. Aku terus memohon kerja di tempat lain di sekitar Bandar Baru Bangi juga. Sementara permohonan dalam proses, sempat aku bekerja 3 bulan di syarikat Jurukur Perintis di TTDI.

Aku kembali ke Bandar Baru Bangi sebagai Juruteknik juga di kilang elektronik yang lain. 12 tahun aku kekal di situ hinggalah aku berhenti kerja sebagai Pembantu Jurutera pada 31 Ogos 2007. Merdeka! Paling banyak kenangan pahit dan manis di situ. Manisnya bila 'Bos Besar' suka dengan kebanyakan laporan yang aku olahkan dari 'Bos Kecik' yang akan dihantar ke HQ di Jepun. Jelas dan ringkas katanya. Pahitnya biarlah menjadi kenangan.

Sekarang aku hanyalah seorang Jurujual. Apa pula yang aku jual? Macam-macam ada di SINI. Tak best bila tak banyak yang terjual, bermakna kuranglah pendapatan aku. Seronoknya bila ada yang membuat ulangan pesanan, bermakna mereka puas hati dengan barangan aku. Alhamdulillah.

Selain itu aku juga menjadi Jurujual unit amanah dan takaful insuran. Perunding sebenarnya..he..he.. Jangan marah ye Ben! 'Juru' lah juga kan.

7 comments:

ummiross said...

banyak pengalaman Liza ni, nanti boleh jadi jurucakap, tumpang belajar dari pengalaman...

Ir. Jamal said...

Salam Ziarah dari Jamal. Datang dari blog Abg Ben.

Jamal datang nak baca entry yang best-best dari segmen KHAS BUAT MEREKA.

Jom baca entry Jamal pulak..kalau rajin, tolong la komen sikit ye..Thanks..

www.jamaluddin.net

Fahimah Mahayuddin said...

Hehehe...hebatlah awak! macam2 jenis JURU.. awak jadi.papepun hope awak sentiasa berjaya dalam hidup dan kerjaya awak!

Kelab Kembar Malaysia said...

singgah dan baca cerita juru!

Unknown said...

saya tak de pun juru2 ni..:)

Asterisk Boutique Administrator said...

Kak ija kena add 1 more Juru...
As JURUcakap asteriskboutique.com

lalalala...

*(^_^)*

Sunah Sakura said...

jurukakak pun masuk jugak yeee...hehehe..