iklan

Followers

Pages

Tuesday 31 May 2011

Selamat pengantin baru : Salih Yaacob & Samihah Sheikh Ali


Selamat pengantin baru

Hangat kisah perkahwinan artis terkenal Salih Yaacob (50) dan pasangannya yang juga isteri keempatnya Samihah Sheikh Ali (24) pada 30 May 2011.

26 tahun beza umur mereka. Agaknya bila ye SY kahwin kali pertama ye? Kalau kebiasaan umur yang agak awal dalam usia 25 tahun bermakna bakal isteri keempatnya belum lahir lagi masa tu. Itulah jodoh dan maut semuanya Allah tentukan. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha.

SY masih lagi mempunyai tiga lagi isterinya Norlizah Mamat (47), Norraha Hamat (43) dan Norfara Wahida Sulaiman (33) dengan 11 orang anak.

Perkahwinan dengan empat isteri sudah tentu mencabar dan menimbulkan pelbagai respon dari ramai pihak. Namun kita sebagai orang luar yang hanya melihat dan memerhati tidak perlu mengatakan hal-hal yang negatif. Kebahagiaan orang lain tidak mungkin sama dengan kehendak kita.

Kebahagiaan itu sangat subjektif untuk kita tafsirkan.

Mungkin saja ada orang merasa bahagia apabila berkereta besar, rumah besar dan mampu melancong hingga ke luar negeri. Tetapi ada insan yang cukup bahagia apabila dapat makan bersama-sama keluarganya yang ramai atau mungkin saja berdua dengan insan tersayang.

Belum tentu ada kebahagiaan bagi mereka yang setiap hari suaminya akan pulang ke rumah setelah habis waktu kerja. Tetapi ada yang merasa cukup bahagia apabila dapat meraikan waktu-waktu emas yang ada sekali-sekala bersama suami tercinta. Nak buat macam mana kalau suami bekerja sebagai pelayar yang harus bermusafir hingga berbulan-bulan lamanya.

Kita doakan agar rumahtangga yang baru dibina SY bersama isteri keempat dan isteri-isterinya yang lain agar sentiasa bahagia, aman dan harmoni.

Amin!

Kalau nak tengok banyak lagi gambar :

9 comments:

Siti Hajar Masri said...

betul tu..kita org luar ni doakan jelah diorg bahagia..;p

Puan NisaKhaidir said...

wah! meriah betul. kuning diraja tema mereka yek... :)

ummiross said...

Ye lah Liza, kebahagian tu sangat relatif,moga2 SY berbahagia dengan isteri2 dan anak2nya...

Anonymous said...

alhamdulillah...
selamat dah, 4
;-D smg bahagia smpai akhir hayat

jeBateja said...

Kak...lepas ni nak ajak ABANG akak jadikan SY mentor...buleh...?.....ahakz

Unknown said...

tak sanggup membayangkan suami diatas pelamin bersama wanita lain..
heheh...

ilman hizami said...

cntk nye wife bru die.
:)

bicara mak dara said...

semoga berbahagia.. tp kalaulah itu suami mak dara rasanya mak dara kat bawah tu tgh asah parang hehehe

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

susah nak kata...semoge bahgia untuk mereka...amen..amen...kena ikhlaskan hati hukhukhuk