iklan

Followers

Pages

Tuesday 3 May 2011

Sudah besar rupanya anak ini

Baru-baru ada entri tentang perkahwinan yang memberikan aku menantu perempuan yang kedua di SINI. Apa maknanya tu? Ini bererti usia aku yang semakin meningkat, tinggal 1 tahun 8 bulan saja lagi dari tarikh entry ini usia aku bakal mencecah 40 tahun kerana aku lahir di bulan Januari.

Bila aku melihat mak aku yang kini sudah berusia 69 tahun , maka terdetik di fikiran aku "Beginilah aku nanti akan mula sakit-sakit lutut, tenaga semakin lemah, perasaan juga sensitif".

Manalah tak terasa usia yang meningkat begitu banyak, tengoklah gambar budak comel berbaju kuning tu. Baru berusia 9 tahun. Anak kedua dari 4 beradik, kiri kanan tu adik-adiknya. Dia antara anak saudara di sebelah suami yang paling rapat dengan aku dan hubby. Gambar ini diambil pada hari perkahwinan aku, 16 tahun yang lalu. Aku baru berusia 22 tahun dan hubby pun 25 tahun. Beza 3 tahun aje.


Ini pula gambar pada malam pernikahannya 29 April 2011 yang lalu, juga pada usia 25 tahun iaitu umur yang sama dengan hubbyku sewaktu dia bernikah. Terasa cepat waktu berlalu atau aku yang tidak menyedari usia yang meningkat... ehh!


Melihat gambar pernikahannya hampir saja buat aku sebak dan hampir menitiskan air mata gembira. "Sudah besar anak saudaraku ini!". Aku mula mengenalnya dari tempoh pertunangan dengan hubby pada usia anak ini 8 tahun dan kini telah pun berusia 25 tahun. Alhamdulillah! Dia bernikah dengan wanita pilihannya sejak dibangku sekolah (tingkatan 2).

Moga kebahagian menjadi milik Ery dan Ana hingga ke akhir hayat. Ingatlah! Dunia perkahwinan ini penuh dengan dugaan namun jika ianya di lalui dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab, Insyaallah korang akan enjoy dan bahagia. Makcik sayang korang berdua!

8 comments:

nur fatin amani said...

nice blog..i'm following..hit me back. :)

Unknown said...

saya dengan suami pulak sebaya..saya tua 4 bulan..tapi selalu pesan kat dia "anggap la kita muda 4 tahun dari abang ye.."
punye la takut tua..wakakakak

Puan Kutu said...

slmt pengantin baru yer..lama tu kenal sejk form 2 kan..semoga bahagia!

Hanis Azla said...

cepat betul masa berlalu.. dari budak comel dah jadi pemuda hensem.. semoga kebahagian menjadi milik mereka berdua..

Liza @ Adzriel AB said...

nur fatin amani : dah follow blog comel

Liza @ Adzriel AB said...

diana : 4 bulan je. ramai yg 2-3 tahun.. eh ada yg bini tua 5 tahun. yg penting bahagia.

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : itu le..pandai pulak dia berahsia.

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : itu yg terharu sgt tu