iklan

Followers

Pages

Monday 16 May 2011

Syukur dengan kesempurnaan ini

mata google

Pernah aku ke Kuala Lumpur dengan menaiki komuter dari hentian UKM dan berhenti di hentian KL-Sentral. Aku harus menaiki monorel pula untuk ke Bukit Bintang. Sampai di hentian Bukit Bintang, ada seorang perempuan cina pertengahan umur yang buta kedua matanya turut sama keluar dari monorel. Tercari-cari di mana tangga hendak turun.

Penumpang yang lain juga ramai yang begitu sibuk berjalan laju tanpa memperdulikan wanita buta tadi. Aku hanya bersuara padanya "Tangga sebelah kanan!" dan membiarkan dia berjalan dengan perlahan hingga tiba di tangga. Setiba di tangga barulah aku menarik tangannya supaya memegang tangan aku untuk sama-sama turun tangga dan terus keluar dari stesen.

Wanita buta itu hanya menundukkan sedikit kepalanya dan berkata dengan perlahan "terima kasih!". Aku hanya membalas "sama-sama" dan meneruskan perjalanan aku.

Terdetik di hati aku, bagaimanalah jika aku yang buta? Ada perkara yang aku boleh buat sendiri, namun ada juga yang aku perlukan bantuan orang lain. Syukur alhamdulillah kerana aku diberikan mata yang jelas untuk melihat, tangan, kaki, telinga dan semuanya elok berfungsi. Namun aku harus ingat bahawa bila-bila masa sahaja Allah mampu mengambil nikmat itu dari aku.

MySuaraBlog : Jangan hina mereka

8 comments:

Sal Saari said...

apa yg k.liza buat ni patut dicontohi anak2 muda sekarang..

Hanis MY said...

betul tu kak liza...kalau Allah nk tarik bila2 masa je, nauzubillah... bersyukur dgn apa yg ada

Unknown said...

bagus kak liza../
sekurang2nye bila anak2 kita tengok baru dia rasa..
"itu yang sepatutnya aku buat.."
ada orang kak yang malu nak hulurkan bantuan..dia rasa..
"tak nak la..nanti orang kata apa pulak.."
ada setengah tu lagi teruk..
"biarlah..satgi ada la yang tolong.."
aneh2 je manusia ni..
heheheh

Hanis Azla said...

Bagusnya akak ni.. kita memang kena bersyukur dengan apa yag kita ada.. dan perlu juga menghulurkan bantuan pada mereka yang tak sempurna kan..

-Sara- said...

tersentu bace entry kak liza nii..penuh makna..

ejoy said...

saya puji sikap awk..

ummiross said...

setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, insyaAllah

Gee said...

betul2..setuju..bersyukur dgn apa yg ada...tapi kdang2 bila kat luar sana x ramai org yg sudi tlung mereka2 nie..nak bg seat tempat duduk pn x mau..