iklan

Followers

Pages

Thursday 10 March 2011

Handphone kena rampas!

Tiba-tiba aku dapat sms dari Aishah, anak sulung aku!

"Ma tlng bwkkn buku latihan kecil mt nnti. urgent, ada mt 1 ang mt 3. Ada dlm almari bju bwh sekali."

Ishhh... ada yang kena cubit ni nanti! Kalau nak ajar biarkan je! Buat ubat jangan lupa!

Eh! Anak aku bawak handphone pergi sekolah? Boleh ke? Eh! Tak boleh la... Last week handphone dia dah kena rampas. First time kena rampas sejak dia form 1 sampai sekarang dah form 3. Aku belum pergi jumpa cikgu dia lagi nak ambil balik handphone tu. Handphone murah je, tak sampai RM100 pun.

Boleh pulak aku biarkan anak aku bawa handphone ke sekolah... mana nilai-nilai murni yang patut aku terapkan? Ecehhh...!!

Aishah guna handphone hanya untuk sms aku kerana dia selalu tak menentu waktu balik dari sekolah. Dia pengawas pusat sumber di sekolahnya. Kadang-kadang terpaksa bertugas di pusat sumber, ada kelas tambahan, ada aktiviti kelas dengan rakan-rakannya yang perlu masa lebih yang tidak menentu. Lebih-lebih lagi dah form 3, cikgu lebih kerap adakan kelas tambahan.

Kalau hal berkaitan dengan pusat sumber tu bolehlah aku call Cikgu Norlianya bertanyakan apa-apa jika ada masalah tapi bila hal lain susahlah pulakkan. Aku pun segan juga nak call Cikgu Norlia selalu selaku guru pusat sumber yang agak rapat dengan Aishah. Apatah lagi tahun ni Cikgu Norlianya bertugas mengajar sessi petang sedangkan Aishah di sessi pagi.

Kadangkala pernah juga aku terpaksa turun naik ke kelasnya, ke pusat sumber mencari Aishah kerana dia tak keluar dari sekolah seperti waktu yang dijanjikan. Pernah juga sampai aku pergi ke pejabat untuk buat pengumuman di manakah kau Aishah oiiiii! Penat mama mencari ni! Sebab tu anak-anak aku tak berani sangat nak menipu mak diaorang ni. Depa dah tau perangai maknya yang akan cari samapi dapat! Ikut perangai mak aku le tu. Selidik sampai puas hati! Aishah kata "Ish! Malulah mama ni!". Selamba je aku jawap "Padan muka! Sapa suruh tak jawap handphone?".

Aishah tetap akan sms aku minta izin bila nak keluar lunch sekejap dengan rakan-rakannya di kedai berdekatan sementara nak tunggu aktiviti seterusnya selepas waktu sekolah. Aku mengenali kebanyakan rakan-rakannya dan ramai yang jadi rakan facebook aku juga. Mereka pun dah cam kereta kelisa dan wajah aku ni. Setiap kali keputusan exam memang akulah yang datang mengambilnya di sekolah. Setiap kali itu juga aku akan ambil peluang beramah-mesra dengan rakan-rakannya.

Waktu-waktu lain pun dia gunakan handphone untuk sms kawan-kawannya dan cikgunya juga. Sorry to say aku memang check sms-sms yang ada. Kalau dia delete pun mana-mana yang pelik, suatu hari akan kena juga. Ada ke Aishah? Berapa kos yang dia gunakan pun memang aku control juga! Laptop aku yang dah macam milik dia (lebih-lebih ekkk!) pun aku check juga segala history yang ada. Dari situ aku tau le apa yang dia suka... lagu2 Jepun! Tak kisahlah kak! Janji homework siap, exam ok dan bilik tu jangan malas nak kemas.

Tak kisahlah orang nak kata aku mungkin mengongkong anak dara aku asal jangan aku menangis kemudian hari. Aishah pun tak pernah merungut tentang handphonenya, cuma bengang bila kena rampas tu je. Apa aku nak kata.. memang salah walau pun hati tak setuju pun. Dia kata "handphone akak yang paling murah daripada 9 yang cikgu rampas dari kelas akak je!".

Jadilah nak, itu je yang mama mampu buat masa ni. Lagi pun guna untuk perkara penting je. Sekarang dia tak serik tetap nak bawa handphone juga guna handphone buruk adik dia brand Nokia yang masih guna plug chargernya yang bersaiz besar tu. Tak kisahlah asal boleh sms.

Aku ingat nak cadangkan pasal handphone ni pada pihak sekolah :

1. Murid-murid yang bawa handphone kena register ke pihak sekolah dan bagi nombor siri. Wajib tampal kat hanphone... nak jangan cepat rosak kena letak dalam tempat bateri.

2. Ciri-ciri yang basic saja.. no camera lansung! Model lamalah tu! Boleh buat call & sms.

3. Mesti 'silent mode' dalam kawasan sekolah.

4. Tidak boleh buat call dalam kawasan sekolah kecuali emergency je. Kalau cikgu nampak kena siasat.

5. Kalau hilang tanggungjawab sendiri. Cikgu tak ada hati nak tolong siasat!

6. Kalau guna waktu bukan pada waktu santai, harus cikgu rampas.

p/s : Boleh ke macam tu?? He..he... suka hati aku je buat undang-undang!

Satu sms datang lagi... "kul 10.30 tunggu akak kat foyer dkat parking"... ewah! Mengarah aku lak! Ok bye... nak pergi dah! Nangis lak budak ni kalau aku buat dek nanti!

26 comments:

ibu qaleesya said...

hikhik saya dulu hampir 3 kali kena rampas telefon kat sekola..
lalallala

So Shy Lady (SSL) said...

hmm... ok jugak law tuuu..bukannya apa..kita risau ttg kslamatn ank2 jer

tp takut plak d salah guna

Fairus Bin Mamat said...

HAHA.. TERINGAT MASA TIME SEKOLAH DULU.. SAYA BAWAK TELEFON ERICKSON YANG BESAU TU.. SEKARANG TELEFON KECIL2 BELAKA.. :)

Dda Ly said...

heheh budak2 zaman skang..tgk tu, siap ngan nfon..:) tp mudah la kan? kite pon kena dmit..sgt mudah kalau dorg ade fon..hihi

meh ke rumah..
~petua kencing manis~
keep in touch ye..♥♥♥

ummiross said...

Ummi setuju dengan saranan Adzriel tu..

mama Rayqal said...

bagus jugak cadangan tuh heee... cam best je anak dah besar.. =D

mrs kayrul said...

budak2 sekarang makin advance..manfaatkan teknologi yang ada....hehehehe

Liza @ Adzriel AB said...

ibu qaleesya : bagus! tak putus asa..ha..ha..

Liza @ Adzriel AB said...

So Shy Lady : betul tu.. yg jadi masalah bila banyak negatif dari positifnya.

Liza @ Adzriel AB said...

Fairus Bin Mamat : Itu maknanya akak ni dari zaman dah tua... tak kenal hp pun masa sekolah.

Liza @ Adzriel AB said...

Dda Ly : memang mudah.. sedihnya bila ada yg salah guna.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : cikgu tu kata pekeliling dah keluar tak leh pakai hp.. kena bawak isu ke atas lagi kot.

Liza @ Adzriel AB said...

elyna H. : memang best dgn cabaran yg berbeza pulak. mcm tu lah yg ibu bapa kita lalui dulu ye!

Liza @ Adzriel AB said...

shah-kayrul : itu le... advance sangat!

A.s.t.i.n.a said...

perlu kak.. sekarang ni bukan soal berlagak ape kai hp.. tujuan keselamatan.. bukan mcm dulu2 sekarang tinggal di mesia ni..

A.s.t.i.n.a said...

perlu kak.. sekarang ni bukan soal berlagak ape kai hp.. tujuan keselamatan.. bukan mcm dulu2 sekarang tinggal di mesia ni..

shafiq ahmad said...

haha..masa dulu dok asrama cikgu buat spotcheck..cepat2 sorok fon dalam kotak hadiah and seletep..cikgu pegang kotak hadiah tu tanya "apa benda ni??"..saya jawab "hadiah besday dari mak, baru sampai hari ni cikgu"..naseb baik cikgu tak bukak..haha

Hanis Azla said...

betullah juga kak.. ada juga kepentingannya bila anak2 bw hp ke sekolah.. taklah jenuh kita nak mencari satu sekolah.. dan klu ada emergency cepat2 kita tahu.. wahh.. lawalah rumah baru akak..comey..

Liza @ Adzriel AB said...

A.s.t.i.n.a : anak dara lebihlah nak kena pantau di mana beradakan.. risau!

Liza @ Adzriel AB said...

shafiq ahmad : memang sangat bijak... i like!

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : eh.. bunga mcm langsir hanis ye..

Hanis MY said...

wahhh sukalah cara akak didik anak2..huhu biasalah tu kak anak buah sy asyik duk merengek minta hp canggih2...katanya semua kawan2 pakai hp hebat banding hp dia yg murah tu huhu...sedih betul...kadang mereka tatau bersyukur sebab skrg ni semua benda sng nk dpt...nak2 pengaruh kawan2...masa hanis dulu merasa ssh jugak la..

zati embong said...

dulu zaman jat xde pun bawak2 hp g sekolah.time masuk matrik baru pakai hp sendiri.masa 2 xleh berenggang dgn hp.haha.duk msg2 je.kejutan budaya dgn hp O.o

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis MY : dia tak kisah hp sempoi pun tapi kalau dpt yg canggih punyerlah suka.

Liza @ Adzriel AB said...

zati embong : 24 jam sms je ye.. he.. tau2 kredit dah habis. adoiii..

LiFe KaMi said...

ingat dulu masa sekolah mana ada hndphone, kat kolej pun ada le nokia cap ayam tu, skang ni kat sekolah pn budak2 pkai hphone pasni siap bwa laptop aper,, budak zaman skang makin maju,kena hati2..