iklan

Followers

Pages

Thursday 31 March 2011

Kenapa tak ada anak??


Amirul semasa baby, now dah 13 tahun. Klih sini untuk wajahnya sekarang!

Kali ni aku nak cerita tentang tak ada anak pulak. Ini sekadar pendapat peribadi aku atas apa yang aku lihat, dengar dan baca di mana-mana buku mahupun majalah. Suami isteri yang tiada anak ni ada 4 sebab :

1. Belum nak rezeki. Kedua-duanya disahkan sihat.
2. Salah seorang atau kedua-duanya disahkan tidak subur atau mandul.
3. Hamil tetapi sering saja keguguran ; Kena dapatkan nasihat doktor.
4. Memang tak nak anak pun dan tahu untuk mengelakkan hamil.

Sebab ke-4 tu biarlah. Kalau dah tak nak, macam mana nak ada anak melainkan tak pandai bab 'planning'... jadi jugalah anaknya. Bila tak mahu anak ni bukan sekadar di mulut dan hati saja tetapi tahu juga bagaimana nak mengelakkan daripada ianya berputik. Ingat ye! Sebelum ia mula berputik! Bukannya dah berputik baru nak buang.

Sayang tu kalau buang anak sendiri walaupun hanya baru segumpal darah. Apatah lagi bila sudah kelihatan bentuk dan rupa. Orang lain ada yang menangis bila segumpal darah itu gagal menjadi anak atau perkataan mudahnya ialah keguguran. Aku tidaklah menangis tetapi sedih bila dua kali gugur selepas hamil kali kedua dan ketiga. Masa tu anak sulung baru je berumur setahun setengah. Dua kali gugur dalam tempoh dua tiga bulan aje bezanya.

Sedihnya sampai aku termimpi-mimpi ada baby girl dalam lingkungan usia 2 tahun, matanya bulat bersinar dan berambut lurus paras bahu datang sambil cuba menggerak-gerakkan kaki aku seperti cuba mengejutkan aku dari tidur. Ketika itu juga aku tersentak dari tidur dan terus duduk. Hubby aku pun terkejut sama. Tapi aku tak pernah ceritakan pada sesiapa pun termasuklah hubby aku tentang mimpi tu. Wah! Terbongkar di sini setelah hampir 14 tahun berlalu.

Penyebab 1, belum ada rezeki nak buat macam mana? Buat dah pandai dah. Semua masalah telah dikenalpasti dan hasilnya tiada masalah. Cuma belum ada rezeki Allah nak bagi walau pun dah lebih 10 tahun berkahwin. Nak lawan kuasa Allah ke?

Letih bila ada yang bagi soalan-soalan yang malas dah nak dijawap ; bila nak ada anak? Tak pregnant lagi ke? Tunggu berapa lama lagi baru nak beranak? Lagi sakit telinga bila ada yang siap bagi tazkirah apa pasal kau belum mengandunglah itu ini. Anak tu Allah bagi, kalau Allah belum nak bagi maka belumlah nak mengandungnya. Nak di tazkirah balik ke?

Macam 'Anonymous' ni kata dalam komen di entry 'Kecoh ke kalau anak ramai?', beliau ni 3 tahun kahwin masih belum ada anak. Masa tu jenuhlah nak menjawab soalan-soalan insan lain. Bila Allah bagi, dapatlah 3 orang. Dapat 3 orang anak pun rasa macam sedozen je anaknya. Meriah!


Tapi ada lagi soalan yang sangat menyakitkan hati di entry kawan blogger aku ni ;

Bila orang lain tak punya anak, jangan pula kita yang telah di kurniakan anak ini mengeluarkan kata-kata yang menambah kesedihannya. Kita harus ingat bahawa anak-anak itu adalah pemberian Allah. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil anak kita dan kembali kepadaNya. Adakah kesedihan atas kematian anak itu sedikit berbanding mereka yang memang tak punya anak sedari awal?

Begitu juga mereka yang tidak punya anak! Jangan sekali-sekala mempersoalkan mengapa Allah belum atau tidak kurniakan anak. Seperti apa yang aku katakan dalam entry 'Anaknya cuma dua', Allah itu maha mengetahui segalanya. Seperti juga kata 'Anonymous', bila dah 3 orang umpama sedozen ramainya. Kalau bersabar, pahalalah ganjarannya. Kalau tak sabar, di dera pula anak-anak yang selama ini dinantikan kelahirannya sekian lama.

Penyebab 2 itu terpulanglah pada kedua suami-isteri untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Aku tak nak komen. Begitu juga penyebab 3.

Cuma penyebab 3 ni aku ada contoh bila mana 4 tahun kawan aku ni menanti namun berakhir dengan kekecewaan bila hamilnya buat kali pertama gugur diusia janin hampir 4 bulan. Selepas itu dia tidak lagi pernah hamil. Akhirnya selepas 8 tahun kawan aku ni ambil seorang anak angkat perempuan yang masih baby. Itu cerita 5 tahun yang lalu. Dah sekolah agaknya budak tu.

p/s : Hairan aku orang yang suka mengata ni bila orang tak ada anak, anak sorang je??, tu laa.. sebab anak ramai!. Tak kisahlah ada atau berapa-berapa pun, semua tu ada kelebihannya! Kita bukan tahu masalah orang!

12 comments:

Sunah Sakura said...

bila da tiba masanya, DIA akan bagi..insya'Allah..teruskan meminta kan kak?

Anisa Hang Tuah said...

anak anugerah Illahi
(;

Amiera Hilton said...

insyaallah bila ada rezeki Tuhan akan bg. anak tu kan anugerah dan jugak rezeki kita. :)

-Sara- said...

akak, sara plak jenis xsuke tanya org yg baru kawen or yg dh kwen tp lom ade anak "xde lagi ke?"

sebabnya kadang2 kite xtau mslh org ni, or mmg dorg planning ke ape ke kan? nnti terasa plak dorg tu..

ardinihumaira said...

dni tengok makcik dni lama kawen tak dapat anak.. kadang lepas orang tanya dia sembunyi g nanges. rasanya kalo lepas 2-3tahun pasangan tu tak dapat anak juga, jangan tanya.. hati dan perasaan orang kena jaga, kan..huhu

shamyheart said...

Wah, panjang berjela..

Ye, anak tu rezeki dari ALLAH

Siti Hajar Masri said...

sy pun x suka org yg mulut tak reti nak jaga ni..jagalah hati orang yg x dpt ank lagi..:)

Hanis Azla said...

kdg tu kita yg mendengar pun rasa tak patut.. saya mmg sejak dulu tak pernah bertanya org dah mengandung ke belum.. even dgn adik beradik dan saudara terdekat pun.. sbb takut disebabkan soalan kita, baik2 org tu tak kisah, terus dia jd susah hati..

mrs kayrul said...

rezeki anak tue semua di tangan Allah...cepat dan lambat jer....

TANPANAMA said...

btul kak, takde anak org mengata..anak ramai pon org mengata..
moralnya,peduli apa org kata..hanya Tuhan tahu segalanya..


*tgh berusaha ukt yg ke3..masih belum berhasillll..

MumMe said...

mumme dah try...planning nak preggy lps setaun kawin sbb belum stabil...sbb x thn soalan2 cenggini yg membawa kepada perasaan sunyinya rumah ni...lps 6 bulan jer preggy...so ms tu mumme dh dpt rasakan cemana la kalau mmg org tu x lekat2...

Hanis MY said...

rindunyaaa kat akak sy ssh nk bw skrg ni huhu..kalau sempat pun tak sempat komen..terima kasih atas sokongan dan doa...
saya pun masih menanti rezeki dari Allah...insyaAllah...pasti ada rezeki kami nanti