iklan

Followers

Pages

Wednesday 4 May 2011

Hormati nama orang lain



Setiap hari aku haruslah menjenguk blog dia ni. Blog yang kedua pemilik glamour di abad ini, Ben Ashaari lah. Aku baca entrynya tentang namanya yang sebenar. Ada vlog khasnya di sini : Nama sebenar BEN ASHAARI. Namanya memang unik sebab aku tak pernah jumpa lagi nama tu setakat ini.

Alhamdulillah, Ben Ashaari gembira dengan nama yang telah diberikan oleh kedua ibu-bapanya. Nama yang unik dan tersendiri, aku suka. Nama sebenar aku sendiri pun tak banyak yang aku jumpa di mana-mana tetapi ada. Kalau di tempat kerja lama aku dulu yang pekerjanya beribu-ribu orang tu cuma ada seorang saja yang namanya sama dengan aku. Apa nama sebenar aku? Di SINI.

Ramai juga lelaki yang namanya bunyi seperti nama perempuan. Semasa di sekolah rendah ada seorang rakan lelaki yang namanya 'Haliza'. Bukan 'Heliza' ye! Kami memanggilnya dengan nama 'Liza'. Eh! Sama dengan aku pulak. Tapi tak ada pula rasanya yang nak mengejek atau mempersendakan namanya. Bagi aku OK aje.

Hubby aku pun ada yang panggilnya dengan singkatan 'Sal' dari namanya Faizal. Aku pula tak ada rasa "Eh! Macam nama perempuan aje!".

Aku yakin bahawa ramai di antara kita yang punya nama-nama yang unik dan tersendiri, nama seperti lelaki tetapi pemiliknya perempuan dan sebaliknya. Itulah nama-nama yang ibu bapa kita berikan. Jika selesa, gunakan saja. Jika tidak, tentulah ada nama panggilan yang lain. Bukanlah hak kita untuk untuk mempersendakan nama-nama yang kita rasa pelik di pendengaran kita. Biasanya kalau namanya panjang dan sukar nak sebut, aku akan mohon cadangan nama yang lebih mudah dan biasa orang lain panggil.

Aku suka memanggil nama seseorang dengan nama yang dia sendiri cadangkan. Jika ingin memanggil dengan nama yang lain, mohon izinlah dulu. Aku juga agak cerewet bila mengeja nama seseorang mengikut yang disukainya. Contohnya 'Hafiz' dan 'Hafeez'. Bunyinya sama tapi mana satu yang betul? Kalau pemiliknya tak kisah tu tak mengapalah. Pernah seseorang berkata pada aku "Kak Liza sorang je yang eja nama saya ni betul!". Seolah-olah dia menghargai dengan cara aku mengeja namanya.

Aku sendiri terpaksa letak nama sebenar aku dihujung nama panggilan aku ni di facebook supaya senang kawan-kawan sekolah nak cari terutamanya semasa sekolah rendah. Cikgu-cikgu semasa sekolah rendah pun tak boleh nak cam dengan nama 'Liza'. Bila aku sebut nama sebenar aku barulah mereka ingat.

Semasa di sekolah menengah, rakan-rakan di sekolah masih memanggil aku dengan nama sebenar. Hanya mereka yang tinggal di asrama dengan aku saja yang memanggil Liza. Bila aku sambung belajar dan seterusnya bekerja, hanya nama 'Liza' yang ku sebut untuk memperkenalkan diri. Pernah aku kenalkan diri di depan ramai teman-teman jabatan tapi di hujung ayat aku selalu berkata "panggil saya Liza je".

Jiran-jiran di kampung pun memanggil aku dengan nama 'Liza' sejak kecil. Begitu juga dengan saudara mara aku. Itulah panggilan yang mak aku berikan sejak aku kecil. Terasa kekok dan 'tak ngam' bila ada yang memanggil aku dengan nama sebenar. Tapi kalau ada yang memanggil aku menyahut juga, kan itu nama aku. Itulah nama yang patut tertera kalau terima cek, urusan bank dan paling penting dalam urusan nikah dulu.

Entry lain berkaitan nama :

12 comments:

Hanis Azla said...

macam saya jugalah kak.. dalam blog tak kisah guna nama hanis tu.. tp di luar saya prefer guna nama sendiri yg arwah ayah letak sempena nama arwah ibunya..

CHE ROSSLI said...

Pangil saya AL-QassaM pejuang Islam(^_^)

Misz-ella said...

Btl tu liza. mcm kakchik ni, kan ,, nama penuh Norzaila tp dsbbkan dh terbiasa dipanggil ella atau kakchik, maka u panggil la ai kakchik ye. hihihi ..

Dr K said...

saya sedih tengok trend parents zaman sekarang, yg letak nama anak panjang2, banyak maksud yg baik....tapi last last panggil Boboy aja...~haha

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : oo...nama arwah moyang rupanya.. sedap. klasik je bunyinya.

Liza @ Adzriel AB said...

AL-QASSAM : mestilah. kak liza tau dah tu. *(^_^)*

Liza @ Adzriel AB said...

kakchik@ella : yg penting tu mesra

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : itu yg anak2 semuanya kak liza panggil dgn nama mereka sendiri.

Unknown said...

nama betul saya ada 3 orang blogger je yang tau..kakchik ella,kak hanis azla,dan sarah najwan..senang sikit orang nak sebut bila pakai nama diana je..

Sofya said...

sofya ni hanya nickname ja..
Dr start kenal alam maya ni..
Itulah nama yang saya guna setiap kali di alam maya

Liza @ Adzriel AB said...

diana : nanti bagitau kak liza ye..

Liza @ Adzriel AB said...

Sofya : nama ni pun sedap di dengar