iklan

Followers

Pages

Wednesday, 22 June 2011

Kemalangan nak masuk simpang Intana Ria

Kisah 5 tahun lalu memandu kereta Kelisa nak balik ke rumah di Taman Seri Melor yang dekat juga dengan seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kemalangan kecil semasa nak masuk simpang.

Seperti biasa aku memberi signal ke kanan untuk masuk ke simpang yang berdepan dengan apartment Intana Ria. Elok aku nak membelok aje aku ternampak ada satu motorsikal meluru dari dari belakang di sebelah kanan aku. Kalut aku pulas stereng ke kiri semula tapi dah terlambat kerana motorsikal tu sempat bergesel sedikit di pintu kanan depan kereta aku.

Kemek kereta aku di bahagian bawah pintu. Motorsikal tu tumbang di atas jalan bersama dengan penumpangnya sekali. Dua-dua tak pakai helmet. Aku alihkan kereta aku ke tepi dulu dan kemudian keluar dari kereta. Nasib baik mereka luka sikit aje.

Remaja lagi yang lelakinya di depan, yang perempuannya menumpang di belakang. Sepupu katanya. Kalut nak hantar sepupu perempuannya ke klinik sebab bekerja di situ. Si lelaki pun sedang belajar lagi di Uniten. Helah nak elak kena bayarlah gamaknya.

Aku tak kira walau pun dia yang tergolek. Memang kena marah jugalah dengan aku budak dua orang tu. Aku sebut kesalahan-kesalahan diaorang, aku tak nampak dah kesalahan aku. Biasalahkan! Kita ni mana perasan kesalahan sendirikan!

1) Dua-dua tak pakai helmet.
2) Memotong dekat simpang.
3) Standard langgar dari belakang memang salah.
4) Memotong dekat dengan bonggol jalan pulak tu.

Tak sayang nyawa gamaknya nak merempit pagi-pagi ni. Aku kata "kalau ada kereta datang dari depan langgar korang, macam mana?". Tak sampai separuh badan kereta aku pun beralih lorong. Kalaulah aku tak pandang cermin sisi kanan tadi memang sah momentum langgar lebih kuat. Silap-silap aku pun teruk kena. Manalah tahu dia pulak terbang masuk dalam kereta aku.

Kesian punya pasal, aku pau diaorang RM100 aje. Itu pun dia bagi RM50, lepas tu aku turut sampai ke klinik dan doktor yang menjadi majikan budak perempuan tu tambah RM50.

Masa kecoh kat jalan tadi ada juga seorang lelaki yang datang bertanya. Dia takut juga aku pulak kena buli nanti. Aku kan perempuan, dua orang tu pulak kan ada pepatah "kalau jumpa ular dengan orang 'itu' korang bunuhlah orang 'itu' dulu". Takut dengan belitnya yang lebih hebat. Tak semualah macam tu, tapi dah persepsi orang macam tu.

Syukurlah tak ada berlaku masalah serius. Risau juga aku masa tu. Pengajaran juga buat aku walaupun dah bagi signal awal, pandanglah cermin sisi lebih awal untuk pastikan betul-betul selamat. Itu kalau bagi signal, bagaimana yang perasan dan syok sendiri masuk simpang tanpa signal? Dia ingat orang lain boleh baca isihatinya gamaknya. Jangan buat macam tu ye!

p/s : sampai sekarang aku tak repair pun kemek tu... sikit je sebab sempat elak!

No comments: