iklan

Followers

Pages

Monday, 20 June 2011

Biawak dan mengkarung bersimpul

Anak aku si Amirul,13 mengadu kakinya sakit lagi hari ini. Entah kenapa teruk dia kena 'simpul biawak' atau ada yang panggil 'tarik mengkarung' petang semalam. Menjerit dia menahan kesakitan. Cepat-cepat aku angkat Arif yang kebetulan sedang duduk di sebelah dia, khuatir sentuhan Arif boleh menambah kesakitan.

Selalunya orang yang mengandung kerap terkena sakit ni. Memang sakit sangatlah di buah betis kaki tu. Krem yang sangat menyeksakan.

Hubby aku yang berada di tingkat atas pun kalut turun mendengar jeritan Amirul. Sampai Arif pun menangis ketakutan mendengar abangnya menjerit tadi. Terpaksalah aku dan Asyikin memujuk.

Apa yang aku mampu buat hanyalah sapu minyak afiat dan urut perlahan-lahan di buah betisnya yang lebih besar daripada sebagai ibunya. Urut perlahan aje tapi mulutnya asyik mengaduh saja!

Hubby aku kenakan Amirul "Itulah! Badan abang besar sangat! Kena kuruskan badan ni sebab berat dah terlebih!". Aku pun risau juga sebab muda-muda dah selalu sakit kaki. Cuma kali ini bukan sakit kaki biasa, krem 'simpul biawak' pulak.

Sambil mengurut mulut aku pun membebellah juga dengan Amirul ni "dulu mama masa pregnantkan abang selalu kena sakit macam ni! Ini baru kena sekali jeritnya macam lebih teruk daripada bersunat lagi!". Gelak si Amirul bila hubby aku kata nama sakit ni 'simpul biawak'.

Apalah kena mengena penyakit ini denganmu wahai biawak?

Biawak

Gambar jumpa di google dengan bantuan Amirul juga "Apa dia biawak dalam Bahasa Inggeris ye abang?". "Cuba mama taip 'dragon komodo'!" jawap Amirul. Inilah hasil positif yang dia dapat sebab suka tengok 'Animal Planet' di TV. He..he.. macamlah tak boleh nak cari 'biawak' di google tu! Bertambah ilmu aku dari anak sendiri.

Bertambah juga ilmu Amirul bila ada nama lain bagi penyakit ini iaitu 'tarik mengkarung'. "Apa mengkarung tu mama?", tanya Amirul. "Inilah dia mengkarung!" macam cicak tapi ekornya panjang dan badannya berjalur panjang juga. "Oooo... ini Amirul pernah nampak kat kampung atuk!". Kampung hubby aku di Semanggollah tu.

Mengkarung

Tadi sempat aku bawa Amirul ke tepi tasik di KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor), tempat Cik Bulat, Wan Fakhrul dan Jamaluddin Abu Bakar ni. Ramai juga teman-teman blogger lain di sini. Cantik tempat ni, ada juga terserempak satu dua pasangan suami isteri sedang berjogging. Romantis jogging sama-sama macam tu.


Saja mengajak Amirul berjalan-jalan supaya reda kesakitan kakinya. Berkali-kali suruh dia bersenam tapi bak kata orang utara, penyegan sungguh. Lebih kurang sama maksud dengan malaslah tu. "Mama! Dalam tasik ni ada jerung tak?", ishh... Amirul ni kalau pasal mengarut memang suka sangatlah. Alhamdulillah! Nampak ok dah jalannya. Tak payahlah ambil ubat di klinik.

Sampai di rumah aku suruh dia tunggang basikal kat depan rumah. Dia gelak aje! Gelak nak mengelatlah tu! Tau-tau dah tertidur atas sofa di ruang tamu. Alahai si tembam Amirul!

Terkini ada dia beritahu aku yang ketinggiannya dah 162 cm dengan berat badan tak berubah yang masih 86 kg. Oklah tu lebih tinggi tapi berat badan tak naik. Kalau turun berat badan tu lagilah bagus. Bermakna anak teruna aku dah melepasi 2 cm daripada ketinggian aku pada usia 13 tahun.

Artikel tentang 'simpul biawak' di Berita Harian ; klik SINI.

p/s : Jom tidur pakai stokin macam masa dalam pantang.

5 comments:

diana said...

agaknya memang pasal berat badan la kak..
sebab dulu masa saya umur 17/18 badan saya memang gemuk..
bila mengeliat je memmang jadi simpul biawak ni..
kat tempat saya orang panggil tarik mengkarung..hhehhe

anismelon said...

yeke sebab berat badan..org tua tua pon selalu kene kan..bende nie cam cramp kan??

S..U..D..@..I..S said...

ada petua mengatakan tarik ibu jari kaki kalu kena 'tarik mengkarung'..
saya dah coba mujarab juga....
ble la coba

Adzriel @ Liza AB said...

diana : bila terlebih berat dan jarang pulak bergerak, memang mudah kena. yg penting tak boleh lama terperap je.

anismelon : faktor umur mungkin juga. semuanya makin lemah.

S..U..D..@..I..S : kadang2 jadi kadang2 tak. tarik mengkarung dgn cramp biasa lain sikit aje. ini lagi sakit.

Wan Fakhrul Rin said...

Hehe. Sekarang dah lagi cantik kak :) Siap dibuat susur gajah untuk berjoging/berbasikal keliling tasik. Hee