iklan

Followers

Pages

Monday, 13 June 2011

Jangan biarkan yang kecil menjadi parah

Semalam anak aku yang keempat mengadu gusinya sakit. Anak lelaki dah berusia 9 tahun pun. Aku intai gusi di gerahamnya nampak macam merah sikit. Jadi aku letakkan ubat ulser (Oral Aid) yang adiknya (Arif) punya je.

Pagi tadi dia mengadu hal yang sama semasa nak hantar ke sekolah rendah. Aku bekalkan ubat ulser dalam bentuk spray. Pesan aku kalau sakit tu spray aje. Balik dari sekolah, dia kata ada spray dalam tiga kali. Reda sekejap aje sakitnya.

Tengahari tadi dia tak habis makan nasi. Sakit katanya. Aku pun suluh lagi dan nampak seperti gelembung kecil di gusi belakang gerahamnya. Kesian anak aku! Kita orang tua ni sering saja ambil mudah bila anak mengadu sakit.

Petang ni aku dah janji nak ambil dia dan Asyikin balik dari sekolah ugama. Jadi tak perlulah naik van sekolah petang ni. Aku nak bawa dia terus ke klinik An-Nur dekat-dekat rumah aku juga. Risau sakitnya jadi serius pulak nanti.

Pernah tak bagi kalian yang ada anak sering melewat-lewatkan rawatan ke klinik bila anak mengadu sakit perut, sakit kepala, sakit gigi, sakit mata, sakit kaki dan apa-apa jenis sakitlah.

Pandai-pandailah kalian menilainya, takut juga bila sakit mata sikit-sikit tapi esoknya dah bengkak. Sakit kepala berpanjangan rupanya matanya yang rabun sebab perlukan cermin mata.

Selalu aku berpesan pada anak-anak agar segera beritahu aku jika ada yang sakit atau yang tak kena pada diri mereka biar sekecil mana pun masalahnya. Kadang-kadang mereka ingat, kadang-kadang terlupa juga.

4 comments:

jeBateja said...

betul2 kak.....lepas ni den kena lebih peka....

sarah-najwan said...

mmg betul..bergantung pada jenis sakit..budak2 ni kalu mcm sakit yg xberapa nk jelas tu..mmglah saje cari alsan xnk pi skol..tu anak2 saya la..

sekali check..rupanya homework xsiap..kantoi..

suha said...

mama yg bagus (^_^)

Kujie said...

kalau anak demam, tahulah kita nak ubatkan macam mana...tapi kalau dia dah merengek sakit gigi....mmg mati akal nak buatnya.

pernah bawa anak pergi klinik gigi kerajaan utk buat pemeriksaan pertama...sbb baca tips dr pakar pergigian...tapi doktor tu ckp " tak sakit, ngape bawa sini"

pernah bawa anak pergi klinik swasta check gigi...dia tgok2...sarankan , nasihat itu ini... esok dia boleh call kita tanya, mcm mana gigi anak


owhh.... doktor gigi belajar kos yg berbeza dan amalan perubatan yg berbeza kot. nasihat atau tips atau panduan yg kita baca tu sekadar tampalan kt dinding sebagai poster.

erk...panjangnya membebel..sori tuan tanah :p