iklan

Followers

Pages

Friday, 24 June 2011

Nikmatnya makan petai


Petai dari kebun Pangsenam

Tiba-tiba teringat pulak nak makan petai. Aku biasa makan petai mentah-mentah aje. Tengok gambar petai yang montel-montel dari kebun Pangsenam. Wah! Tanam sendiri rupanya.

Rupa petai yang dah dikopek. Ini kalau nak masak sambal dengan ikan bilis atau udang memang ada yang kopek begini. Kalau nak buat ulam mentah, aku hiris-hiris aje setiap satu bijinya pada yang masih bertangkai. Nak cerita pun tak reti, yang biasa buat faham le kot.


Petai ni memang kegilaan aku dengan arwah ayah. Tapi control makan tak banyak sebab baunya menyengat bila buang air kecil. Pastikan buang dalam mangkuk tandas, bukannya di lantai bilik air. Jangan lupa 'flush'! Lepas makan pun kena gosok gigi semula.

Hubby aku tak berapa makan sangat petai, lebih-lebih lagi yang mentah. Memang tak sentuh lansung kecuali yang dah direbus macam ni. Itu pun sikit je makannya atau kena potong nipis-nipis dan campur dengan sambal bilis atau udang, barulah dia makan.

Petai rebus

Sambal udang petai Kak Ummi ni memang menggiurkan aku. Aku tak makan udang sebab 'allergic' dan takut jadi gatal-gatal kulit dan bersin aje nanti. Biasanya aku kuis-kuiskan petainya aje. Lainlah kalau dengan sambal ikan bilis, memang berseleralah aku makan. Kalau duduk atas kerusi siap boleh angkat kaki sebelah ala-ala bersila orang tua gitu.. he..he.. tak senonohnya. Anak dara tak digalakkan buat ye! Mak dara pun kalau nak buat gaya tu di rumah sendiri aje, itu pun bila tak ada tetamu. Tak manis!


Ishh... besornya petai ni. Petai gergasi ke ni? Gambar ni aku jumpa di blog Kifli Si Dolce dengan ceritanya di situ... he..he.. terpaksa adik ni jadi model petai.


Petai pun banyak khasiatnya, baca kat SINI.

Pagi ahad nantilah cari petai di pasar basah Nilai 3. Dapat dua papan pun jadilah sebab aku sorang je yang makan. Yang peliknya jering atau buah kerdas aku tak makan sebab keras agaknya. Malas nak mengunyah.

10 comments:

Cik Eka said...

arrr potai..den suko potai..
tapi den makan bilo time cuti yo..malu nak makan time opis hour takut mulut bau potai..hehehehe

farah fauzi said...

adehh...saya tak makan petai...besar nyer petai yang dipegang oleh budak kiut tuh...

cantekk said...

hamboi, bosa nyo potai..
tp den tak mkn potai,,mucuk! ;-D hihihi

NaeBlog said...

K.Liza... makan mentah? tak pernah cuba... selalunya buat sambal dengan ikan bilis/udang atau rebus potong kecik2..

YanaMIB said...

sayur pn sy kureng mkn apa lg nk mkn petai ni kan..haha pernah tgk arwah kwn sy mkn petak, mcm akak la, mentah² tu dia kunyah..adess..berkerut dahi sy tgk dia mkn..haha~ =P

Hanis Azla said...

sambal tumis petai mmg faveret saya.. tapi nak makan mcm tu aje tak berapa pandai.. he..he.

nur said...

Petai oh petai.. Sambal udang tu mmg sedap..

Fazlinil Irma said...

ada sorang kawan saya, adik beradik dia makan petai macam makan gula-gula. sebab senang nak dapat.

tergelak saya bila dgar kawan cerita. :D

Suara Kalbu said...

Ida tak makan petai tapi still masak juga dengan sambal bilis sebab hubby suka bebeno dgn petai.

Hubby kata rugi tak makan sebab banyak khasiat tapi dah cuba tetap la tak boleh gak huhuhu

diana said...

mak saya buat sambal petai dia bubuh kulit sekali..
saya makan dengan kulit jugak..
heheh