Pukul 1.45 petang tadi tiba-tiba Lebuhraya Seremban-KL sesak selepas kira-kira 200 ke 300 meter aku turun dari tol Putra-Mahkota menghala ke Bandar baru Bangi. Terdetik di hati aku "Ada accident ke? Harap janganlah". Kesian bila mengingatkan mangsa-mangsa kemalangan. Sakit!
Aku berada di lorong kiri sekali daripada tiga lorong yang ada kerana selalunya kalau ada kemalangan sering melibatkan lorong laju iaitu lorong kanan sekali.
Tengoklah kereta mahal nak memotong di sebelah kiri. Kereta murah aku mengekor saja belakang bas. Malas nak tambah sesak dan buat orang marah pulak.
Dah sampai kilometer 289.8. Tak nampak lagi bayangan apa yang berlaku di hadapan. Terdengar siren dan nampak lori bomba dan ambulan datang dari arah Bangi. Terpaksalah mereka buat U-turn di tol Putra-Mahkota. Ada kemalangan ni!
Kelihatan sebiji kereta berhenti di tengah jalan lorong kiri sekali dan bas cuba bertukar lorong. Aku pun bagi signal juga masuk ke kanan sikit.
Masuk semula lorong kiri dan kereta polis dah banyak kelihatan dan kon oren pun banyak dah di letak atas jalan. Bas depan aku macam mengelak sesuatu ke kiri. Rupanya ada motosikal tergolek di situ.
Aku tak boleh nak ambil gambar dengan baik. Niat hati nak ambil gambar motorsikal aje, bila dah balik rumah dan upload gambar tu barulah aku nampak gambar di sebelah kanan. Nampak seperti mayat yang telah ditutup dengan plastik hitam dan seorang polis berdiri di sisi. Ada tangan terkeluar sikit. Mungkin hanya satu nyawa telah hilang tapi tetap menimbulkan rasa kesal kerana nyawa tiada galang gantinya.
Kemalangan berlaku hampir dengan kilometer 290.5 yang menyebabkan kesesakan lebih dari satu kilometer. Sebaik aku melepasi motorsikal, ada lima buah kereta berhenti di kiri bahu jalan. Ada yang kemek belakang. Tak dapat nak ambil gambar masa tu.
Pukul 2.20 petang aku lalu semula jalan ini untuk balik ke rumah selepas mengambil anak sulung aku, Aishah di SMKJ4, Bandar Baru Bangi. Boleh nampak jalan masih sesak di sebelah kanan gambar ini. Semasa aku nak masuk susur tol Putra-Mahkota, kesesakan sudah pun merebak jauh sebelum jambatan tol Putra-Mahkota yang merentasi lebuhraya.
Tak boleh nak bayangkan bagaimana ia berlaku. Berhati-hatilah bila memandu dan bertimbang rasalah dengan penunggang motorsikal. Ramai orang kata penunggang motorsikal suka merempit tapi pemandu yang beroda empat pun sama saja. Kadang-kadang penunggang motorsikal elok saja dilorong kirinya tapi ada juga kereta yang nak menghimpit.
Apa-apa pun lebih baik beralah daripada nyawa menjadi taruhan. Aku memang tak suka nak cari pasal dengan penunggang motorsikal ni sebab kesian. Kalau tergesel sedikit pun boleh terjatuh dan silap-silap digelek tayar kenderaan lain. Lainlah kalau yang beroda empat ini lebih stabil gravitinya. Kalau tergesel pun cuma calar sikit aje, tak luka pun.
Helmet jangan lupa pakai dan ikat dengan kemas. Bukan diletak di kepala begitu aje. Hubby aku selalu kata "kepala dia keras macam batu, sebab tu lah tak pakai helmet".
6 comments:
ngerinya kak bila bab2 xceden ni...fiza pernah sekali tgk dgn mata kepala sendiri kemalangan jln raya....minta2 itu first n last fiza jumpa...takut kak...fobia...
seriesly bila yien baca n tahu
lokasi dia kat mana
berderau jantung yien..
risau nyer...
sape lah orang tue???
akk dapat tahu tak
itu org bangsa mana??
Hafizah Mohamad : boleh trauma juga tu
Yien : mungkin esok ada berita keluar atu kat TV mlm ni. kak liza pun tak tau bangsa apa.
Na'uzubillah, selalu berharap dijauhkan perkara2 begini. betul la, biar beralah dengan motor sebab bila kejadian begini berlaku, dema yg lebih teruk dari kereta atau kenderaan besar yg lain..
Tapi kadang2 tu dema datang memotong tajam depan kereta akak, berderau darah dibuatnya.
Ummi selalu takut bila tengok accident..
betul tu Liza, penunggang motosikal ni lebih berisiko, tak rugi mengalah kalau fikirkan nyawa tiada galang gantinya.
kak es trauma sungguh kalau tgk eksiden gini.
laporan yang lengkap! seronok membaca :)
Post a Comment