Masa muda remaja dulu mungkin bila ada kekurangan dalam diri akan buat aku rasa rendah diri. Tapi tidaklah buat aku sampai nak bunuh diri atau nak lari dari rumah dan segala tindakbalas yang sangat mengarut. Mungkin sebab aku ada keluarga yang menyayangi yang membuatkan mereka sentiasa terikat dan melekat di hati aku. Besarnya kesan kasih sayang keluarga ni.
Ayah tak garang sangat, yang garangnya mak aku. Kalau nakal sama ada bingit telinga mendengar leteran atau lebih sadis dapat cubit kat perut. Tapi semua itu tidak membuatkan aku berkecil hati atau merajuk lama-lama pun. Pagi kena, tengahari dah OK. Kadang-kadang adalah lima ke sepuluh minit dah selamba aje tanya mak itu ini. Perangai tu turun kat anak-anak aku juga.
Bila dah berusia dewasa begini, aku dah malas sangat nak memikirkan kekurangan diri. Aku cuba tutup kekurangan dengan kelebihan yang ada pada diri aku. Ada juga kadang-kadang gurau-gurau kena kutuk dengan adik-beradik atau hubby aku sendiri tapi ada aku kisah! He..he.. memang tahap degilkan.
Hubby aku selalu cakap "kalau tak pandai belajar la.." berkenaan hal memasak. Aku masak ikut suka hati aku aje. Memasak! Buat ajelahkan! Asal kenyang.. Sebenarnya lebih kepada tak minat dan malas. Bukan aku tak pernah buat kek dan biskut raya pun. Masa zaman kanak-kanak dan remaja dulu selalu tolong mak buat kuih dan kek. Lebih-lebih lagi kuih samperit, hanya aku dengan mak aje yang boleh nak memusingkan adunan dalam acuan hingga menjadi kelopak bunga yang banyak. Kakak aku yang pandai buat kuih pun selalu tersangkut jarinya.
Nilah rupa kuih samperit. Ada orang panggil biskut dahlia, ada juga panggil bunga cina.
Gambar ini aku ambil dari blog Yummylicious! Resepinya mudah saja tapi aku tak pernah nak ingat. Bolehlah cuba resepinya di Yummylicious ni. Klik aje link tu!
Acuan biskut samperit yang wujud sebelum aku lahir agaknya. Aku ambil kat kampung sebab tiada siapa yang sudi menerimanya lagi. Tapi biskutnya tidak juga ku buat.
Menjahit pun bukanlah kepakaran aku. Setakat nak jahit seluar atau kain anak terkoyak sikit tu bolehlah. Kalau nak menyuruh menukarkan kain ela menjadi baju memang tak kesampaianlah. Kakak aku pernah ajar aku sekali membuat baju kurung. Memanglah jadi, itu pun dia yang potongkan kainnya dan tolong jahit juga. Aku pun jahit juga tapi senget-sengetlah jahitannya. Lepas tu aku tak buat dah! Aku kata leceh!
Agaknya kerja-kerja orang perempuan ni aku kurang berseni walau pun aku ni perempuan. Aku tahu yang biasa-biasa ajelah. Tak sabar pun perangai aku juga. Sebab itulah agaknya Allah tak jadikan aku gemuk sangat, maka senang aku nak cari baju kurung yang dah siap berjahit sebab aku memang susah nak tempah baju. Kadang-kadang dua tiga tahun aku simpan dalam almari jika ada kain ela yang orang hadiahkan.
Apa ye yang aku pandai buat? Pandai yang bukan semua wanita suka buat..
- Tukar bateri kereta sendiri
- Repair paip sinki dapur
- Wiring suis kipas bilik anak
- Tukar starter dan lampu bilik
- Tukar filter paip air luar rumah
- Cabut dan pasang semula komputer/TV/CD player
- Buka dan pasang semula meja komputer/kabinet buku
- Wiring mendapatkan channel Astro yang sama untuk dua TV.
Aku buat yang mana aku rasa boleh buat ajelah, yang leceh-leceh sangat tu malas juga.
Masa pindah rumah dulu pun, aku dan hubby sama-sama memanjat tangga memasang lampu dan kipas siling. Aku hulur barang dia pasang. Kalau ada yang dia tak dapat buat, akulah yang buat. Begitu juga dengan ariel Astro dulu. Dulu-dulu la! Sekarang ariel Astro tu sekadar hiasan. Aku dah pasang ariel biasa aje.
Jadi tak nak rasa syahdu-syahdu sangat jika ada perkara yang tak pandai. Kalau nak syahdu juga, belajarlah sampai pandai. Setiap orang ada kelebihannya. Gunakan kelebihan yang ada untuk dimanafaatkan kepada perkara dan tujuan yang baik.
Tak eloklah nak merajuk untu perkara-perkara yang remeh. Tak puas hati sebut aje pada pasangan supaya jelas di telinga dan mindanya. Kalau nak merajuk juga, pastikan merajuk tu berbaloi..he..he..
Boleh baca juga : Setiap kelebihan ada kekurangannya
6 comments:
Hebat la Liza Public ni. Kerja-kerja yg liza boleh buat tu, sume kc tak reti. hihi.
betul tu kak...
setiap orang ade kekurangan dan kelebihan masing2 yg t'sendiri ^^
btw , terliur la pulak tgk biskut dahlia tuh !
my ever peberet biskut time raye ! hehe
acuan nye pon still ade agi kat rumah ni ..tp yg plastik nye huhu
kakchik@ella : sebab kelebihan kak chik tang lain pulakkan.
'CikMimiEy' : biskut ni ada sentimental value dlm keluarga kak liza. acuan plastik pun ada juga.. yg lama ni juga best.
waa rumah baru yang simple tapi tetap menawan hati..
Liza, semua keje yg Liza senarai tu ummi tak boleh buat,ummi ni lembik sikit,heee..
Nampak semperit dah ingat raya...
sy slalu juga rasa rendah diri.cara atasi, blajar sampai pndai.tp kalau xda kelebihan, camna nak cover kelemahan.hehe...
masing2 ada bakat tersendiri kan kak liza? kalau semua orang tau buat perkara yang sama dan semua dia tau, tak de lah rezeki untuk orang lain.
mcm orang tak tahu menjahit, secara tak langsung menyumbangkan kepada rezeki wani...hihiii...contohhhh :))
Post a Comment