iklan

Followers

Pages

Tuesday, 14 June 2011

Comel ye..??

Setiap kali anak-anak sakit, aku pasti akan ke klinik panel hubby aku iaitu Poliklinik An Nur Bandar Seri Putra milik Dr. Khairul Nazim. Cuma 3 minit je naik kereta dari rumah aku pun dah sampai. Kalau ada sakit yang perlu rawatan lebih teliti aku akan minta surat rujukan dari doktor dan menyusul ke Hospital An Nur di Bandar Baru Bangi.

Aku kerap singgah di klinik ini dan jururawat-jururawat yang bekerja pun dah kenal sangat dengan 'Kak Liza' ni, termasuklah doktornya. Lebih-lebih lagi bila musim demam yang kadang-kadang membuatkan satu persatu anak-anak aku akan ke klinik ini. Manalah depa tak kenal aku. Mulut peramah pulak tu.

Minggu lepas aku ke klinik. Tengoklah apa yang cik jururawat ni tulis kat plastik ubat aku ni!! Dah sampai kat rumah barulah aku perasan bila anak aku tunjuk "Mama! Siapa tulis ni?". Bila aku tengok tulisan pun dah kenal "Mesti kak Yana ni!". Bukan Yana MIB ye! Perasan aku kejap! Sekali-sekala mengusik membawa bahagiakan.



Ini ubat tahan gatal (Piriton), bukannya ubat menggatal. Back-up bila kena selsema dan gatal hidung teruk. Kadang-kadang lupa diri bila makan sambal belacan, dapatlah penyakit gatal ni.

Senang bila berurusan dengan adik-adik jururawat kat sini. Kalau aku musykil, tanya kat doktor terus aje! Demi kesihatan anak-anak, segala benda aku tanya..he..he..

9 comments:

solomolo said...

memang comel...

zaidah said...

memang comel...hehehe

Ibu Muda 30series said...

Kak liza memang comel :)

Student uniSZA said...

kak liza mmg comeyy pon ..
patotlah si jururawat tulis cam tu erk .. huhu

Unknown said...

hehehe...boleh eh tulis kat packing ubat tu mcm tu..lawak la...

Sofya said...

mesti terus tersenyum lebar kan...hi3 malu2 laks

ubat ni leh tak nak makan untuk gatal2 muka.. entah kenapa naik bijik2 merah kat muka nii..

Unknown said...

nasib baik ubat tahan gatal tu tk ditukarnya ubat untuk org gatal..hehehe

Dr K said...

ekekekke..senang berurusan kalau dah kenal macam family kan...saya sendiri suka berurusan dgn patients yg regular..senang nak marah(kalau malas makan ubat)..ekekeke..senang nak bergurau..

Hanis Azla said...

mmg kena sangat sangat tu kak.. mmg comel pun..