Selepas SPM aku lansung menuruti kakak aku di PJ. Dia yang masih bujang tinggal di rumah sewa dekat Jalang Klang Lama. Aku bekerja di A&W PJ State yang hanya bertahan selama dua minggu saja. Tak tahan dengan gangguan seorang lelaki india yang menagih cinta. Lelaki yang menjadi supervisor aku juga masa tu.
Lelaki itu sering menuruti aku sewaktu aku nak naik bas balik dari kerja. Nyaris juga ada seorang insan lain yang aku anggap abang hingga kini yang menyelamatkan keadaan. Hubby aku pun dah pernah jumpa abang angkat aku ini serta keluarganya yang juga aku anggap seperti keluarga aku juga.
Terpaksalah abang angkat aku ini menemani aku di perhentian bas hampir setiap hari kerana kebetulan sama kumpulan kerja dengan aku, jadi waktu syif pun sama. Selepas tu dia balik sendiri naik motorsikalnya je. Bila teringatkan hal itu, jadi takut pulak aku. Aku teringat kalaulah lelaki india itu antara mereka yang berusaha menarik cinta gadis-gadis remaja yang beragama Islam untuk masuk ke dalam dunia Kristian mereka. Berbekalkan wajah yang agak boleh tahan dan kelihatan sangat 'caring' mampu juga mencairkan hati wanita. Maaflah, confirm dah mak ayah aku reject kalau calon begini. Aku tahu taste mak ayah aku.
Aku beralih kepada kerja kerani di kedai Singer yang terletak di bawah flat Sungai Way. Flat yang ramai di duduki oleh pekerja kilang di Sungai Way. Dugaan lelaki menggoda tetaplah ada hingga mengabadikan wajah aku dalam potret yang aku simpan hingga kini. Simpan aje, tak gantung pun.
Dia tidak menyatakan rasa hati tetapi pemberian potret boleh aku rasakan sebagai simbolik. Mungkin aku perasan agaknya tapi aku buat muka selamba aje dengan hanya mengucap terima kasih. Setiap ajakan untuk dating pun aku tolak dengan baik dan pelbagai alasan. Comel orangnya, tetapi maaflah kerana aku agak sukar untuk mudah mempercayai lelaki ketika itu. Mungkin kerana berhati-hati agaknya atau masih terlalu muda untuk menerimanya.
Fokus aku cuma ingin mencari sedikit wang sebagai yuran permulaan jika aku mendapat tempat di mana-mana IPT nanti. Alhamdulillah, rezeki aku ada kerana aku permohonan aku ke politeknik diterima di POLISAS, Kuantan. Jurusan Sijil Elektronik Perhubungan yang aku dapat... redah ajelahkan.
Aku dan semua adik-beradik aku yang lain berjauhan dari keluarga setelah mula bekerja. Empat orang di lingkungan Lembah Kelang, cuma yang sulung tetap di Perak. Mak dan ayah nun jauh di Jengka, Pahang. Namun ia bukanlah menjadi alasan untuk aku dan lain-lain mendapatkan lesen melakukan apa-apa perkara sesuka hati.
Aku mungkin dikatakan kolot bila berpegang pada prinsip tidak izinkan kaki aku melangkah ke mana-mana kelab malam walau hanya nak minum 'fresh orange'. Ada seorang lelaki misteri yang kerap sangat call aku di kedai Singer tu ajak 'dating', ajak tengok wayang, masuk kelab itu ini. "Alaaa.. bukan ada apa-apa pun, minum aje!", pujuknya. Nombor telefon kedai, semua orang mudah nak dapat. Tak dapat aku nak melarang. Tapi memang jadi pantang besarlah nak keluar dengan orang yang aku tak kenal lansung.
Nak tahu apa yang aku takutkan? Aku takut sangat kalau ada yang jahat masukkan sesuatu dalam minuman aku semasa dalam kelab malam tu. Takut bila langkah pertama menjadi mimpi ngeri buat aku untuk selama-lamanya. Takut bila langkah pertama buat aku ketagih nak masuk lagi dan semakin terserap dengan budaya bercampur gaul di situ. Aku bukan alim pun. Pakai skirt juga bila pergi pasar malam di rumah berhampiran. Pastilah tak bertudung juga masa tu.
Lagi satu kakak aku selalu pesan pakai seluar panjang kalau nak 'dating' sebab senang nak lari kalau jadi apa-apa. Itu kalau nak lari, kalau yang nak menyerah jiwa raga tu pakai seluar panjang banyak butang pun tetaplah hanyut.
Kalau pergi tengok wayang pun hanya filem tertentu yang aku pergi dengan kakak aku. Kalau tidak pun aku paksa abang aku lagi seorang yang masa tu tinggal di Keramat menemani aku. Terpaksalah aku tanggung segala kos. Ada sekali aku teringin sangat nak tengok cerita lakonan Jackie Chan, lupa pulak tajuknya. Abang aku temankan aku tapi dengan berdengkur dalam panggung. Suka hatilah asal ada bodyguard dah ok bagi aku. INI antara kisah aku tengok wayang. Saja nak bagi gembira budak umur 10 tahun..he..he..
Keselamatan diri sendiri kena jaga. Semua pihak pun kena bekerjasama menjaga keselamatan tak kira jiran, sahabat, majikan mahupun kerajaan. Tegaslah pada diri sendiri dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil berat. Hanya kalau benda dah nak jadi, apalah daya kita nak menghalang.
Bila diingatkan kembali sebenarnya ada banyak peluang aku nak 'berseronok' gila-gila di tengah kotaraya KL yang hangat tu. Tapi fikir-fikirkanlah "Tepuk dada tanyalah iman".
Hiduplah dengan budaya berdikari yang sihat yakni sihat kesihatan dan sihat minda.
Tertarik dengan kupasan dalam Berita Harian ini tentang Berdikari bukan lesen lepas bebas.
3 comments:
kita dulu kak bebas berpada2 bukan macam remaja sekarang!
bebas melampaui batas..
Kita yang menentukan hidup kita...
Risau tengok remaja sekarang yang mudah sangat tersilap langkah
Satu jer saya nak tanya...BERITA HARIAN ke....BERITA MINGGU....ahakz...ahakz
Post a Comment