Kalau kena musim hujan, memanjanglah tak dapat tengok TV sebab channel Astro memang tak dapat walau pun hujan renyai-renyai je! Bukan depa nak cover pun kerugian tu. Bil tetap kena bayar penuh tiap-tiap bulan. Lambat bayar kena lagi caj untuk sambung semula. RM20 rasanya. Mahal tu! Lagi ada hati nak naikkan bil.
Bayangkan kalau 10 orang tak bayar bil RM100, dah RM1K. Takkanlah pelanggan Astro cuma 10 orang, itu mungkinlah deret rumah aku je. Kalau satu Malaysia dah berapa orang. Ada sebuah rumah boleh langgan dua bil Astro lagi. Kalau semua pakat boikot memang terasalah jawapnya. Kesian kawan-kawan kita yang bekerja di Astro. Mungkin terasa bahangnya nanti. Tapi nak buat macam manakan.
Baca sini untuk info lebih lanjut berkenaan Astro :
Boleh boikot dah! Akademi Fantasia dah habis dan Maharaja lawak pun dah habis!
6 comments:
setuju!! KC pun nak boikot. Nak bagitau asben, bln ni jgn bayo.
sama lak ngan entry wani pg tadi...hihi
Pentingkah ASTRO?
tgh pikir nie nak boikot ke tak..klu naik jugak sy potong terus.haha..
menanti unifi ni,kak liza...
Imam Muda pun dah nak habih jumaat ni...
TV Al Hijrah lagi best, pengisiannya lain dr yang lain,fokus rancangan keagamaan.
Ida langgan Astro sejak tahun 2001. Masa tu dekoder Astro mahal ya Rabbi. Masa tu janjinya Astro ni tak akan ada iklan tapi sekarang iklan lagi meriah dari cerita yang asyik duk ulang tayang bertahun-tahun sampai ida dah hafal skripnya.
Kalau hujan.. hampeshhh tapi tu lah.. kalau pakai antena biasa kang .. TV dah gadang gempak tapi siaran pulak kelabu asap adoiii ...
Apa la Astro ni
Post a Comment