iklan

Followers

Pages

Saturday, 18 June 2011

Apa yang difikirkan bila sakit?

Semalam tiga entry aje aku dapat buat. Yang simple tentang hamba cinta dan kualiti baik. Yang agak remeh tentang kemalangan jalan raya yang aku sayang nak lepaskan.

Selepas balik dari ambil Aishah di sekolah, sakit kepala mula menyerang. Konon-konon nak bertahan tak nak makan ubat. Pukul 5.30 petang semalam aku dah tak boleh nak buat kerja apa dah. Terpaksalah juga aku telan ubat migraine aku. Entah berapa kali muntah dan badan pun dah lembik.

Terpaksa minta tolong anak sulung aku, Aishah masakkan nasi dan siang sotong untuk dinner. Anak kedua pula tolong angkatkan kain di ampaian di halaman rumah dan belakang rumah juga. Dah macam kedai dobi pulak kalau ahli keluarga agak ramai ; 7 orang.

Aku call hubby minta dia tolong ambilkan Arif dari rumah pengasuh sebab jam dah pun pukul 7.00 malam. Hubby dah keluar pejabat, cuma singgah kedai sekejap membeli barang mentah untuk nak masak sikit.

Lepas tu aku naik ke bilik aku, mandi sambil basuhkan kepala sekali. Lepas solat maghrib aku makan ubat lagi sekali dan tidur kejap. Lampu bilik memang aku tutup semua. Tak pasang aircond pun, cuma kipas aje. Saja nak bagi suasana sunyi dan tenang kejap. Tapi bukan lena sangat pun. Kejap-kejap tangan tu menarik rambut bagi letup-letup sikit, nak buang angin orang kata. Ye ke? Rasanya cuma memujuk hati untuk menahan sakit kepala aje kot.

Anak-anak semua lepak kat tingkat bawah. Pukul 8 sakit kepala reda sikit tapi badan memang rasa tak bermaya dek kerana tak makan dan penangan ubat migraine. Aku turun ke bawah. Berlari-lari Arif dapatkan aku "Mama!", macam lama tak jumpa pulak.

Nasib juga hubby aku pandai memasak. Itu pun sebab ada minat. Rupanya sotong yang Aishah siang tadi dibuatnya bahan untuk kuah mee rebus. Hubby buat mee rebus untuk dinner semalam. TQ yang! Nampaknya kena buat special untuk hari bapa ni... he..he..

Aku cuma duduk di ruang tamu dengan anak-anak menonton TV sambil melipat kain je. Belum ada selera nak makan. Sedap benar Arif makan mee rebus yang ayahnya masak. Inilah satu-satunya anak aku yang agak tahan dengan pedas semasa usia kecil lagi, baru 2 tahun je. Kakaknya, Asyikin nak suapkan pun dia tak nak. Nak makan sendiri.

Agak lewat aku makan malam, lebih kurang pukul 10 malam. Mak angkat aku, Opah Umie selalu pesan jangan makan malam lewat sangat, nanti makanan tu macam 'tapai' dalam badan. Menggemukkan dan merosakkan badan tengah malam sebab tak ada senaman lansung selepas makan. Dah tidur, mana nak senamannya..he..he..

Agaknya bila sekali-sekala kena sakit macam ni apalah yang korang fikirkan? Semalam aku terfikir "apa anak aku nak makan malam ni?". Sebab tu aku mintak Aishah masakkan nasi dan ingat sotong tu dia goreng aje. Lepas tu boleh le goreng ikan bilis atau telur aje. Suruh dia buat yang mudah-mudah aje asal anak-anak tak lapar. Mee rebus hubby ada sebagai penyelamat!

p/s : Saling bantu-membantu suami isteri pengikat kasih sayang!

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

suami mithali
mengikut sunah...Alhamdulillah

Wassalam

Ibu Muda 30series said...

wani pon kerap gak migraine mcm tu..dlm kepala ni ingat tidur je...

Ummiross said...

ummi pun lately ni asyik tak sihat je, nasib baik suami banyk membantu.

take care ye Liza...

mas saari said...

cayalah hubby akak masak mee rebus! Mas pun lebih suka masakan husband lagi sedap! hehehehee

bersama kak Es said...

so sooowiiitt laa.
alhamdulillah dpt suami yang memahami dan ringan tulang.
bestkan anak ramai boleh bahagikan tugasan dan ringankan beban :)
kasih syang pun lebih erat :)

Muhammad Izuan said...

seronoknya rasa ada keluarga yg bahagia... bahaya migrain kak. kesian. sy dgr, 90 peratus org yg sakit migrain, sbnrnya berpunca dr gangguan makhluk halus.