Arif sudah pun berusia dua tahun pada 28 Mei 2011 lalu.
Mulut dah mula petah bercakap itu dan ini!
Hmmmm kadang-kadang aku pun tak faham apa yang dia cakap.
Bila tak faham tu aku minta dia tunjukkan apa yang dia nak.
Jadi akan ditariknya tangan aku dan tunjukkan apa yang dia mahu.
Yang paling jelas sebutannya tentulah 'Mama' dan Ayah'.
Elok je bunyinya memanggil 'kakak' tapi abang di sebutnya 'abam'.
Adakalanya ikut aku memanggil kakak sulungnya Aishah
dari tingkat bawah di rumah
dengan turut sama nak tolong panggil 'Ataaaahhhh...'
dengan nada tinggi.
Inilah antara sebutan Arif yang semakin maju nampaknya!
Air = Air
Susu = Fufu
Ayam = Ayam
Makan = Amm..
Sakit = Sakit
(dulu dia sebut 'Aww')
Panas = Anaeh
(sejuk pun panas juga dengan gaya 'owchhh' tu)
Buang air = Yak
Nasi = Shiikk
dan yang ini pula.....
Inilah gelagat si baby aku, Arif semasa di 7-Eleven.
Mama! Nakkkkkk....!!!
Amboi! Dia pun nak juga!
Nasib baik ada kakak yang baik hati nak menolong!
Sayangggg... kakak Ikin!
Kakaknya, Asyikin ni pun rajin melayan Arif.
Sabar ye Arif! Kakak tolong isikan!
Apakah perasaan aku melihat gelagatnya ini? Tentulah gelihati dan gembirakan. Kalau minggu lepas aku agak cemas dan risau bila Arif demam. Inilah perasaan kita yang sering bertukar-tukar bila ada anak, lebih-lebih lagi bila di usia sekecil ini yang segala-galanya perlukan perhatian. Adakalanya boleh juga menimbulkan kemarahan dan rasa terganggu dengan kerenahnya. Tapi mampu juga buat aku tertawa dengan gelagatnya yang spontan dan lucu.
Tengok ni... tak boleh duduk diam. Aktif betul.
Tudung mama tu dik... adik boy laa... bukan girl!
3 comments:
comel2 la anak2 akak ni suka tengok... alahai kiut sgt pelat arif tu hehe...
Anak2 penawar duka...
2 thn yg menggembirakan buat liza....
Post a Comment