iklan

Followers

Pages

Monday, 13 June 2011

Musim demam melanda

Nampak cergas tapi doktor kata Azri demam. Suhu badannya panas sedikit ; 38.5°C. Kalau tak check tadi, aku pun tak tahu dia demam seperti entry tadi kat SINI.

Rupa-rupanya bukan saja gusinya bengkak di belakang kedua-dua geraham tetapi ada ulser juga dekat dengan tonsilnya. Lidahnya pun kelihatan berbintik dan keputihan. Tentu sangat tak selesa nak makan.


Doktor beri antibiotik, gel untuk ulser dan ubat demam. Harap cepatlah eloknya. Sebelum tidur kena pastikan gosok gigi dan kumur dengan ubat kumur yang aku ambil di klinik. Lepas tu sapu ubat ulser supaya cepat sembuh.

Malam ini aku buatkan bubur nasi nak sup ayam untuknya. Perlu sejukkan dulu baru boleh nak makan. Spray dulu ubat ulser untuk kurangkan sakitnya.

Aku tak boleh ambil mudah hanya kerana aku tak merasa kesakitan itu tetapi bayangkan pula kalau aku yang kena. Tentulah perhatian ibu dan ayah sangat aku harapkan sebagai orang dewasa yang berpengalaman untuk mengurangkan derita sakit begini. Dia hanyalah kanak-kanak yang masih memerlukan bimbingan aku untuk mengharungi kehidupan ini.

p/s : Musim demam sebab ulser nampaknya. Perlu lebih kerap minum air.

3 comments:

Kak Aya said...

ala kesiannya azri....kita sbg ibu mesti risau kan, tengok anak tak sihat sikit je mulalah tak lena tidur.

solomolo said...

Alhamdulillah, solomolo jarang demam...
cuma kalo dah demam tu, memang teruk...
berlarutan beberapa hari...


p/s : semoga Azri cepat sembuh kak... Amin...

Nazzue said...

Semoga azri cepat sembuh yea...

Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terbaru: Juvana Ibarat Najis