iklan

Followers

Pages

Tuesday, 21 June 2011

Kurangkan perut buncit, berkesan ke?

Petua nak elak perut buncit tu ada cuma nak ikut atau tidak sahaja. Inilah cara yang aku percaya secara peribadi. Ada orang percaya dan ada juga tidaknya, terpulang pada masing-masing.

Semasa dalam pantang :

1) Bertungku perut selama 44 hari ; aku buat supaya perut aku hangat dan urat-urat yang menampung baby selama 9 bulan tak terasa tegang. Pecah sikit lemak-lemak..he..he..

2) Jangan lupa bengkung perut yang sebaik-baiknya selama 44 hari ; ada orang letak limau dengan kapur untuk sapu pada perut tapi aku tak boleh sebab kulit perut jadi gatal.

3) Makan jangan bersulamkan air. Apatah lagi air yang manis dan berkarbonat.


Hari-hari biasa :

1) Jangan minum air yang berais. Sekali-sekala aku minum juga.

2) Sama juga jangan minum bersulamkan air. Aku buat juga sikit-sikit!

3) Jangan terlebih makan pulak. Yang ini pun tak boleh tahan!

Lagi cantik kalau rajin bersenam bangkit tubi dan itu kenalah tanya cikgu aerobik kita Kak Chik untuk lebih terperinci. Aku kalau bab bersenam ni malas sikit.

Tapi aku memang tak tinggallah makan jamu dan selalu minum air mineral. Susah sikitlah nak nampak aku minum ais kat kedai makan kecuali tengah tension...he..he..

p/s : Bertungku dengan berbengkung tu untuk yang bersalin normal aje.

16 comments:

Anonymous said...

minum air limau ....ok gak...

Anamarza said...

makan bersulam kan minum air tu tak mampu nak tinggal, mesti buat jugak..hihihi

Tinta Lana said...

Akak, tak boleh ke yg operate, pas baik luka tu buat bengkung, bertungku? T___T maaf, tak tau bab2 cenggini.heh3

Misz-ella said...

Nak perut ala-ala six pack tak?? I ada rahsianya ..hihihi.

Liza @ Adzriel AB said...

Eyrique Ettiqazz : betul EE..boleh turunkan berat badan juga tu. Air asam jawa pun ok. ambil yg suam.

Anamarza : ambil sikit2 le..lepaskan geram.

diana : tak pe kalau jarang mkn kat luar, kurang le aisnya. he..he..

TYNTHA LANA : bengkung mungkin boleh, bertungku tak digalakkan sgt.

kakchik@ella : mestilah nak... kak chik share lah kat entry.

suriani azwan said...

huhu..amalan tu semua susah sngguh nak ikot betol2....sebab tu lah perut saya agak buncit selepas melahirkan anak...adus..camne nak buat ni..nk g slim world xmampu...

jalan2 singgah sini dari blog abg ben...

anismelon said...

nice info..anis dolu dolu amalkan..xkan makan kalo anis xmandi lgi..and bile makan nasi kat umh minum air masak..tp skang dah bedal je..huuu

aku dan segalanya said...

sy baru je lps bersalin..anak baru 3 bulan..operate lak tuu..haihhh..tp anak yg ke 3 la...yg atas2 tu normal je bersalin...mmg x puas kalau x bertungku nihh...mujur la perut sy x berapa buncit..maybe sbb pakai bengkung lam pantang..leceh la kalau operate ni kan...tp bg yg biasa operate x pe je kot...hihihi

Puan Kutu said...

sy pun jarang minum ais kt kedai..tp buncit jugak.haha

shahjiehan said...

hehehe

otut la buncit.... rupanya salah cara makan daaa

Niena Muhammad said...

sy xpenah ikut lgi kak petua ni lepas bersalin hehehehhehe....
sebab sy tak bersalin lagi..kawin pn xlgi..

Liza @ Adzriel AB said...

suriani azwan : perkara baik memang susah nak ikut. kena rajin senam kat rumah le... kak liza pun tak larat le nak bayar slim world.

anismelon : betul tu...elok makan selepas mandi. tapi kadang2 hentam aje ye..

aku dan segalanya : kadang2 buncit pun tak mengapalah asal sihat. alhamdulillah kalau tak buncit tu.

Puan Kutu : he..he.. kena usaha tang lain le kot.

shahjiehan : makan sedap sangat ni. he..he..

niena shopping2u : niena kutip ilmu dulu.. dah kawin nanti senang.

Hanis Azla said...

waktu dalam pantang semuanya saya ikut.. tp lepas pantang semunya pulak saya tak ikut.. itu yg perut buncit juga tu.. tak sukanya..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : kak liza tengok hanis ok aje..

Lan Bingka said...

saya pun jarang minum ais.. kalau nak beli air sejuk pun, saya pesan jangan letak ais..

ummiross said...

Masa dalam pantang sapu kapur makan + air limau nipis, sampai gatal2 perut...