Ini kisah pagi tadi semasa hantar anak ke sekolah. Kereta Avanza ni berhenti di depan kereta aku. Dia kemudian menghantar anaknya melintas ke sekolah di sebelah kanan jalan. Aku kenal tuan kereta sebaik saja nampak dia masuk kereta. Gambar ni aku ambil sebelum dia masuk kereta.
Apa agaknya terlintas di fikiran korang bila tengok gambar ni berdasarkan kenyataan ringkas aku di atas? Adakah sama dengan apa yang aku fikirkan?
Aku cuma nampak betapa mudahnya aku nak larikan kereta ini. Bukan susah pun cuma belok ke simpang kiri yang tak jem jalannya. Nampakkan ada satu kereta lampu breknya menyala di sebelah kanan? Jalan situ jem sebab betul-betul depan sekolah.
Hilang kereta satu hal, bagaimana jika ada insan lain dalam kereta tu? Dibawanya lari sama macam yang selalu kita baca dalam berita. Sungguh menakutkan. Sesetengah orang sering berfikir ianya tak mungkin berlaku padanya. Kadangkala kita tak menjangka kalau malang nak menimpa.
Janganlah buat macam ni! Takut aku! Kalau nak cepat pun, tutuplah pintu kereta tu dulu dan kunci. Ini seperti mempelawa dan memudahkan lagi pencuri nak bawa lari. Lambat sikit tak mengapa, cuma pengawas tulis nama anak aje. Kereta hilang memanglah sedih, tapi lebih sedih kalau ada insan lain yang kita sayang hilang bersama kereta.
12 comments:
betul tu..
ni keta tuk anta anak die p sekolah..kat umah die banyak lagi keta kott..haha...amik je free...
mm.. betoi2..
sekali dia jumpa blog ni, nmpk gmbr kete dia. haha...
bhaya btol..huhu dibuatnya ada budak kecil dlm tu..senang2 je org nk larikan..
Nadya O'Conner : setuju
faisal apardi : motor pun ada tu.
Khairul Hakimin B. Muhammad : kita pun kena beringat jugakan.
Muhammad Burn : he..he.. nombor tak de.
diana : soalan yg baik tu diana.. lelaki!
Kalamhati : itulah yg terlintas diminda kak liza ni. takut!
dye xnyempat nyempat snagat ke pai tinggal gitu je..ish
kadang2 prg tak ambik bert benda nie kan kak.org kata malang tak berbau,mencegah lebih baik dr merana.haha..
belum kena lagi mcm ni la. biasalah manusia. bila dah kena baru nak terngadah. ;p
sedetik kita lalai, akibatnya takut tak tertanggung..
kalau wani lah kan kak...hantar anak kat taska yang beberapa langkah dari kereta pun daku siap tekan lock lagi...hihi
kat stesen minyak pon sama...
owh.. tak sangka ade yang berani wat camni.. bahaye betul
Post a Comment