Sebaik saja aku habis menaip entry 'Menyonsang Arus', tiba-tiba aku terbau ada benda terbakar. Macam nak panik pun ada juga ni. Aku pandang bawah, tengok CPU macam ada asap halus. Alamak! Tak nak tunggu save entry dah dengan harapan autosaved berfungsi. Alhamdulillah memang berfungsi baik.
Kalut aku bangun dan terus tutup suis di dinding dan cabut 3 pin plug utama dari soket dinding. Takut tau kalau-kalau meletup komputer aku ni nanti sebab tak tahu apa yang terbakar. Spoil je aku nak published entry seawal 7.30 pagi tadi.
Aku cabut semua wayar pada CPU dan angkat keluar rumah. Takut juga kalau ada masalah terbakar yang tak sudah. Terpaksa aku tinggalkan dulu kerana ada nak jumpa kawan pada pukul 7.30 pagi di restoran dekat rumah aku.
Selepas jumpa kawan tadi aku terus balik rumah dan masih terbau benda terbakar tadi. Upacara menyelongkar bermula dek kerana tak puas hati. Nasib baik berlaku semasa aku yang guna. Kalau berlaku semasa anak aku yang guna dan aku pulak tak ada di rumah tentulah merisaukan juga.
Kena buka tiga skru di belakang PC
Skru tu letak elok di tempat yang selamat ye! Biasa berlaku tau buka barang tapi lepas tu nak pasang balik terkurang satu skru. Jangan main-main pasal skru ni. Macam manalah agaknya kalau repair kereta, lepas tu ada skru yang kurang semasa pasang balik. Jangan ada yang tercabut semasa memandu pulak.
Dah terbarai penutup CPU aku
Amboi! Banyaknya habuk! Kita vacuum dulu... hantam aje pakai vacuum habuk rumah yang besar gedabak tu je! Yang penting sedut habuk!
Aku pun mula menjadi tikus yang menghidu di manakah punca kebakaran. Tak dapat nak kesan sebab baunya agak sama di merata tempat. Maka aku pun mula meraba dan cuba mencabut plug kecil yang bersambung ke CD player ni.
Cuba-cuba nak cabut untuk melihat kalau-kalau ada yang tak kena.
Percubaan pertama menghasilkan kotoran di jari aku. Bila aku telek di bawahnya kelihatan kesan terbakar pada plug dan soketnya.
Cuma dua benda ni je yang terbakar. Risau juga kalau melibatkan litar utama yang kat bawah tu.
Aku ceraikan plug ni, kebetulan pulak boleh buat macam tu di sambungan yang warna putih tu.
Ini upacara nak membuka CD player pulak sebab soket di belakangnyalah yang terbakar tadi.
Ni dia aku dah keluarkan dengan membuka empat skru di kiri dan kanannya.
Dah tak ada warrantylah, tengok tahun pun 2010... tak best betul.
Jangan tanya macam mana nak repair sebab aku memang tak tahu nak repair. Jadi pasang baliklah cover depan dan belakang. Eh! Eh! Camner nak pasang ni. Dari atas tak OK, kena pasang cover dari belakang rupanya. Nampak sangat main redah ajekan.
Tindakan seterusnya aku kena bawa plug yang aku ceraikan tadi dan CD player ke kedai komputer untuk tanya idea terbaik dan termurah yang aku boleh buat supaya CPU aku kembali sihat. Nak tanya kalau-kalau boleh tukar soket CD player tu aje tanpa tukar keseluruhan kotak CD player tu. Korang ada idea tak? Plug yang bercerai tu confirmlah kena tukar.
Nasib ada back-up laptop untuk buat entry ni kan. Doa-doakan agar CPU aku kembali sihat. Aku suka guna desktop je sebab monitor jelas, keybord mudah dan bila tak nak guna tak payahlah nak tutup covernya macam laptop ni. Guna laptop bila keluar rumah aje, itu pun jarang berlaku.
5 comments:
CPU wani kong terus...tak repair2 lg ni..pesal apa tah power supply langsung tak masuk..huhuu
Blogger tegar ni kak... :)
Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terkini: Aku Share, Korang Fikir
wahhhh teror juga buka2 pc tu ye.. kalau mak kompom bukak sampai terbaraiiii semua hehehehe
penah kena mcm ni..nyaris la ade guarantee g masa baik...lega la....kalu motherboard rosak,say hi hi bye2..
waa, dasat juga ye. terer bukak sendiri...
Post a Comment