iklan

Followers

Pages

Wednesday, 29 June 2011

Semuanya semakin mahal

Harga barang sekarang ni rasanya mahal belaka. Beli barang basah dalam satu beg plastik kecil itu aje dah RM10 tak termasuk ikan atau ayam. Kalau tak ada sekurang-kurangnya RM10, jangan berhajat nak beli banyak barang di pasar. Terkejut aku bila hubby kata ikan keli di pasar malam tu dah RM7 sekilo. Rasanya baru beberapa tahun dulu aje baru RM4 sekilo.

Semalam nilai RM50 pada aku macam diangin lalu aje. Isi minyak kereta dah RM30, bagi duit belanja anak RM8 untuk dua orang disekolah rendah dan sekolah ugama, top-up kad touch n go dapat RM10 aje dan adalah baki RM2 untuk aku. RM2 aje? Sedihnya! Tambang naik komuter nak ke KL pun tak cukup.

RM50 terasa besar pula nilainya bila dimasukkan ke dalam tabung derma masjid. Rasa berlebih pula kalau diberi pada anak buat belanja sekolah.

Macam tak ada rasa apa-apa aje bila bayar duit makan di Mc Donald, Chicken Rice Shop, Secret Recipe atau restoran nasi Arab dengan nilai RM50 hanya untuk makan dua orang. Tapi tersedak la bila bayar banyak tu di restoran biasa... he..he.. Mahal sebab kena caj aircond dan mungkin privacy lebih daripada gangguan orang-orang yang nak menjual buku, CD atau keropok ikan.

Memanglah nilai matawang besar atau kecil mengikut keadaan dan barangannya. Tapi aku rasa harga perkhidmatan dan barang sekarang memang mahal. Aku dah memandu kereta Kelisa kesayangan aku ni sejak tahun 2003. Dah hampir 8 tahun pun.

Banyak perubahan kenaikan harga minyak berlaku. Maka kelainan nilai RM30 untuk mengisi minyak 8 tahun lalu dan sekarang meninggalkan rasa perbezaan yang besar bagi aku. Terasa jarak dan tempoh pemanduan dengan nilai yang sama itu lebih singkat.

Harga segelas plastik air di pasar malam masih lagi RM1, tapi bekasnya dah makin kecil!

4 comments:

Lulu Caldina said...

betul tu kak liza.. kos hidup makin naik..

Ibu Muda 30series said...

harga air dorang tak naikkan, tp bagi cup makin kecik...

sebenarnya =naikkan harga lah kan...hihihi

ummiross said...

hmm memang terasa sangat kalau makan kat luar sekarang...

Eye_nee said...

Brtul la sis...50 ringgit bagai tiada value hari ini...beli 2-3 brg dah lebih dari itu...