Selalunya driver van sekolah tu akan pergi ambil kalau ada murid yang tertinggal. Tapi sebab Jumaat dan aku pun baru nak keluar, maka aku pun call driver van kata aku aje yang ambil Azri. Kesianlah driver van tu tentu kalut nak solat Jumaat lagi. Tak lama kemudian Azri call aku dari public phone kata dia tertinggal van. "Takpe! 'E' tunggu mama ambik!", jawap aku. "Terima kasih ma!" alahai sopan suara anak mama... he..he..
Jadi aku ambil Azri dan hantar dia balik rumah. Terus aku bergegas keluar nak ambil Aishah pula di Bandar Baru Bangi. Terlewat hampir 10 minit dari jadual asal kerana melayan jem hari Jumaat lagi di Bandar Baru Bangi.
Semasa Azri dalam kereta tadi sempat aku tanya mengapa dia tertinggal. "Cikgu suruh 'E' hantar barang!". Patut le... rasanya elok cikgu jangan suruh murid hantar barang masa waktu dah nak balik sekolah. Akibatnya mungkin tertinggal van. Waktu lain mungkinlah ok juga. Tak mengapalah, nanti aku jumpalah dengan cikgunya. Boleh juga selidik nakal tak nakalnya anak aku ni di sekolah.
Cara aku jumpa cikgu ni santai aje. Tak adalah nak serang-serang ni. Mukadimah dulu sikit hal lain, lepas tu barulah sentuh masalah sebenar tetapi dengan ayat yang baik dan berhemah. Nanti ada pula yang kata betapa manjanya anak aku, suruh sikit pun tak boleh. Aku suka kalau cikgu suruh, biar rajin sikit budak tu. Guru wajib dihormati. Setakat menolong angkatkan buku atau beg tu dapat pahala kalau buat dengan ikhlas. Kadang-kadang kalau tak sempat, aku lupakan aje.
Aku pun hormat driver van tu yang aku kenal sejak Azri tadika lagi. Kebanyakan ibu bapa suka dengan caranya yang sangat mengambil berat hal keselamatan anak-anak yang dibawanya. Dia pernah muncul dalam TV9 pada pagi Ahad - Nasi lemak kopi O. Insyaallah aku cuba upload video dan kisahnya nanti.
5 comments:
baik anak akak tolong cikgu nye..:)
susah nk jumpa pemandu van macamtu sekarang :(
waa ada dating ye,best2!
saya teringat masa zaman sek dulu. kawan2 yg mana naik bas mmg gelisah bila cikgu lepaskan keluar lambat. takut bas tinggal. :)
cikgu pun kena kenal anak murid, mana yg naik bas tak perlulah diminta tolong. sian dorang. nak tolak takut cikgu marah.
kalau anak kak pesan kat mmber suruh pkcik drebar van suruh tnggu pn ok gak kan.
Post a Comment