Gelihati pulak bila aku tengok gambar ni. Ini semasa adik aku bertunang tahun 2004 rasanya.. ada entry adik aku kat sini tentang Majlis Bersejarah. Gelihati tengok gelagat aku sendiri yang spontan memeluk adik aku. Siapa kakak siapa adik ni gamaknya.
Dulu aku ada sekeping gambar kami bertiga pada tahun 1985 yang duduk di atas tangga kayu belakang rumah. Masa tu adik aku baru berusia 4 tahun, aku 12 tahun dan kakak 19 tahun. Tapi dalam gambar ni usia kami 23 tahun, 31 tahun dan 38 tahun. Eh! Kakak aku 38 tahun masa ni? Usia aku sekarang ni le... tahun 2011.
Sekarang pun walau dah beranak-pinak, kami tetap kamcing tiga beradik perempuan dalam jarak usia yang jauh antara satu sama lain ; 30 tahun, 38 tahun dan 45 tahun. Bergaduh tetap ada tapi kejap aje macam masa kecik-kecik dulu. Tak sempat habis sehari kami dan boleh gurau semula. Masing-masing pun ada loyar buruknya.
Aku ada dua orang lagi abang yang dah pun berusia 42 tahun dan 47 tahun. Semua dah masuk era rambut jarang. Alhamdulillah, semuanya ngam dah mudah muafakat. Muafakat membawa berkat dan perlulah saling bertolak ansur. Kalau dengan orang lain kita boleh mesra, dengan adik-beradik perlulah lebih lagi. Darah yang mengalir dari hasil ibu dan ayah yang sama, mengapa harus ada persengketaan.
8 comments:
betul..tak faham dengan adik beradik 2,3 orang pun boleh bergaduh2..
sedangkan adik beradik ramai berbelas pun okey jer lagi....
waa kakaknya yang baju biru tu nampak manja dan ayu sekali...
sama la muka korang..huhuhu btol2 photostat nie kak :P
gaduh manja kan...hehe...
seronok saje ye
sayu pun ada sbb hubungan kita
dgn my only sister tak rapat
dah lah jauh dok nun di utara
seronok ada adik beradik ramai...
gojes! sy pun salu gaduh dgn akak tp kejap je pastu baik semula hehe...
Assalamualaikum Liza
orang kata
carik2 bulu ayam
lama2 bercantum juga
Wassalam
Post a Comment