iklan

Followers

Pages

Wednesday, 22 June 2011

Contest mata menawan



Lulu tag aku untuk Contest mata menawan. Ambil gambar jauh sikitlah ye! Dah tualah Lulu, banyak kedut bawah mata ni. Jadi aku pilihlah gambar yang agak muda sikit.. he..he.. Aku pun dah lupa gambar ni tahun berapa. Ingatan dah kurang. Nampak sangat dah usia makin melewati angka 40. Yang pasti masa gambar ini diambil, anak dah 4 orang. Itu gambar aku dengan anak ketiga, Asyikin semasa menghadiri kenduri kahwin sepupu aku di resort dekat jambatan Iskandar, Kuala Kangsar.

Antara hadiahnya dapat contact lens dari Korean Lens... Masa kerja dulu adalah pakai contact lens. Pakai masa ke tempat kerja saja. Waktu biasa bagi mata lebih bernafas, guna cermin mata aje. Sekarang power mata turun, malas dah nak pakai cermin mata. Bila malam dan terpaksa memandu barulah pakai cermin mata. Contact lens pun tak sentuh dah.

Kena lengkapkan ayatnya :

"Saya suka pakai contact lens kerana mudah nak buat kerja dan tidaklah terasa ada benda bertenggek atas hidung ni"

Kena tag dua orang ni...best..best ni!
Siapa ye nak kena tag ni?
Aku pilih :


Klik link bawah ni untuk tengok syarat-syarat contest ye!

7 comments:

Hanis MY said...

Goodluck akak! mata akak mmg cantik menawan pun... wahh cantik header baru...

Nini D.. said...

kuyu aje mata akak nih...saya suka tengok mata kuyu..

tenkiu :)

Ibu Muda 30series said...

mata ai menawan (perasannn...kih kih kih), tapi tak pakai lens lah pulak :p

Sofya said...

gd luck ya kak..
tapi saya ni takut sgt2 ngan lens.. sayang nak sentuh mata ni ha..

Anonymous said...

correction,safari resort bkn dkt ngan jmbtn iskandar tp dkt ngan jmbtn sultan abdul jalil aka jmbtn sayong....


good luck,tang mate tu dah seksi mcm Jennifer Lopez.hahahaha..ade can nak menang ni..

Zura said...

memang menawan ni....hehehe

Cik Tim said...

thnks kak tag tim. hehe... baru perasan.. :)