Hari kita tengok trend visitor ke blog aku pulak.
Sejak mula blog ni dibuka hingga kini, 23 Jun 2011 @ 9.00 am.
Paling ramai visitor datang dari blog Ben Ashaari yang mungkin disebabkan oleh :
1/ Link blog aku ada dalam blog list Ben Ashaari pada Mac 2011 lalu dan kekerapan up-date entry juga membuatkan adakalanya entry aku berada di list teratas dan mana-mana pelawat blognya ternampak dan jenguk blog aku.
2/ Aku mula menyertai 27 segmennya sejak awal Feb 2011 hingga hari ini. Ada juga yang terlepas kerana tak sempat dan memang saja tak join sebab rasa tak mampu pulak nak bagi komitmen pada segmen tu. Tapi kebanyakan segmennya memang mudah pun.
Pada mereka yang kata Ben makan trafik tinggi sorang-sorang tu mungkin tak benar berdasar trafik yang aku terima ini. Antara kesan ketara aku rasa pada awal-awal menyertai segmennya di SINI.
URL yang kedua itu gara-gara aku masukkan nama blog ini dalam pertandingan Digi WWWOW Awards. Aku terdorong untuk join sebab ternampak nama kawan blogger aku Erique Ettiqazz atau lebih manja dengan panggilan EE aje dalam senarai. Hujung April 2011 aku join tapi besar kesannya pada trafik blog aku. Ben Ashaari pernah pilih komen EE antara yang terbaik di SINI.
Pengunjung setia yang memberi lawatan setiap hari sudah tentulah Diana, Hanis Azla dan Ummiross sejak awal tahun lagi hingga kini. Diana mengungguli carta mulut paling becok memberi komen di blog aku setiap bulan. Blog orang lain pun sama aje banyak komennya.
Wardah merupakan silent reader aku yang setia datang ke blog aku. Adzrien Shoppe pula blog aku satu lagi. Mungkin pelawat dari situ datang ke sini kerana ada link blog ini di situ. BeloG MTT sudah tentu PA setia Ben Ashaari yang sentiasa menyenaraikan nama-nama peserta segmen Ben Ashaari. Tak cukup tangan Ben nak buat! Beratus-ratus yang join segmen pada satu-satu masa.
Itu baru analisis ringkas trend sepanjang masa. Cuba tengok yang berikutnya mengikut bulan, minggu dan sehari (semalam hingga pagi ini).
Sebulan - Ben Ashaari juga yang top.
Ada kejutan bagi aku di sini bila blog Izah Muffin Lover mengekori kerana jarang nampak sebenarnya. Masih terfikir mengapa agaknya ye? Begitu juga dari blog Bulan Purnama dari entrynya yang INI yang mana aku ada tinggalkan komen pendek di situ.
Seminggu - Mungkin sebab aku ada menang tempat kedua sebagai pengomen terbanyak dalam Kontest 2 dalam 1 di blog Syurga Itu Indah agaknya...he.. he.. macam diana jugalah. Ada tiga peserta aje masa tu. Best hadiahnya kat SINI. Enjoy entry lawaknya kat SINI. Gelak gila aku!
Sehari - Eh! Blog Syurga Itu Indah lagi! He..he..
Dua entry dalam kotak merah tu baru publish bulan May 2011 tapi dah masuk top 10 post popular dalam blog aku. Kebanyakan yang masuk entry Ujang-Yana kahwin tu adalah daripada rakan-rakan blogger sendiri manakala kisah Salih Yaakob kahwin lagi tu banyak daripada Google Search. Masa Ujang-Yana kahwin tu pun banyak aku dapat trafik dari blog Cik Epal!
Jadi, antara yang aku nampak kesan yang menyebabkan trafik masuk lebih sikit ke blog aku :
1. Bila link blog kita berada dalam blog list rakan-rakan. Kalau mengikut nama-nama yang tertera dalam trend di atas adalah teman-teman blogger aku yang tersenarai di bloglist aku juga.
2. Bila rajin up-date entry, nama blog kita akan selalu berada di atas dalam bloglist mereka. Jadi pelawat blognya pun nampak dan ada kebarangkalian untuk mereka datang ke blog kita.
3. Bak kata Diana, rajin-rajinlah menyapa blog orang lain kalau nak orang lain melawat blog kita. Jangan tak baca tips Diana ni!
4. Join segmen atau apa-apa contest kawan-kawan ikut keselesaan. Join segmen Ben Ashaari lagi agak besar kesannya.
5. Blog janganlah berat. Letih nak tunggu loading, lansung pelawat klik pangkah. Kalau boleh gunalah kotak komen yang mudah seperti yang diterangkan dalam entry INI.
Tentang isi entry pun mempengaruhi juga. Orang selalu kata isi kenalah menarik. Menarik tu subjektif untuk diterangkan kerana lain orang lain pula minatnya. Buatlah ikut keselesaan masing-masing.
Itu ajelah untuk insan blogger yang sederhana macam aku. Kalau nak trafik ratus-ratus dan ribu-ribu sehari tu kenalah rajin-rajin menyelongkar ilmu dari blog para blogger hebat. Kena rajinlah mencari.
Trend ini aku dapat dari Statistic di 'Stats' dalam blog ini aje. Boleh juga lihat dan analisis dari akaun Nuffnang masing-masing.
Jika dari sites paling banyak pelawat blog aku datang dari :
Ini sajalah dulu maklumat trafik untuk blog aku. Tidaklah banyak mana tetapi aku gembira kerana teman pun bertambah. Kalau ada rezeki trafik bertambah, bolehlah dapat duit sampingan sambil-sambil berblog. Jangan stress sangat, happy-happy sambil berkarya.
Yang baik boleh kongsi, yang buruk letak tepi.
Terima kasih pada kalian yang sudi melawat blog aku!
12 comments:
Hebatlah liza. dpt perhatian blog2 fofular. Hihi.
laporan seolah laporan traffic jalan raya kat hot fm je.
banyak faedah kalau join segmen dan bloglist. dapat ramai kawan baru. disamping boleh baca banyak blog yang membawa manfaat pada kita.
selamat berkarya.
lengkap report!
fuhhh rajinnya buat laporan... terbaiklah sis =)
wah..banyak buat research ni...tak lenguh ke taip n then nak link lagi kendian nak tampal gambar lagi....banyak masa tak nak buat macam ni punya entry...apapun semoga maju lagi...
tahniah..tahniah..pe2 pun teruskan usaha..jangan putus asa.tak mustahil akan berada di puncak...
lama takda sini sebab cuti berblog... mood ke laut la.. bukan xsudi singgah tau..
berbaloi baloi kan bila link blog ada kat blog BA
ramainya pelawat akak......huuuu syabas kak...
Alhamdulillah Liza, makin popular nampaknya ni...
moga2 kak tambah maju dimasa depan ya kak. :) Nadh mendoakan. :)
wah.. seronok tgk peningkatan pengunjung ke blog akak.. tumpang bangga juga ni.. Tahniah yer kak.. terima kasih juga utk tips2 yang baik tu juga link blog saya yg terlalu selalu berada di entry2 akak.. terharu saya dibuatnya.. appreciate it so much..
Post a Comment