iklan

Followers

Pages

Monday 13 June 2011

Akhirnya dia berjaya! Tahniah!

Single terbaru - Cinta Teragung

Akhirnya Juara juga Hazama dalam Akademi Fantasia 9 pada 12 Jun 2011 yang diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Dekat dah dengan rumah kawan blogger glamour kita iaitu Ben Ashaari. Aku kalau pasal konsert ni memang pastilah tak akan pergi.

Aku tau berita ni dari radio Era pagi tadi aje. Pengacara AF9 pun cuti pagi ini tetapi juaranya, Hazama dah kena berada di radio Era sejak awal pagi lagi. Nak popular kenalah berkerja keras, ye tak!

Bila disoal tentang perasaannya sewaktu dinobatkan sebagai juara, Hazama kata ianya umpama mimpi. Malah setiap kali bangun pagi di AF pun bagaikan mimpi juga katanya. Dua kali rasanya dia mencuba nasib untuk masuk AF hinggalah yang ke-9 ini pun rezeki telah tertulis untuknya masuk melalui Operasi Gugur. Dia sendiri tidak menyangka akan semua ini boleh berlaku pada dirinya.

Tahniah pada Hazama yang tidak berputus asa untuk terus bangun dari kegagalan lalu. Dia terus berusaha memperbaiki mutu nyanyiannya dan tidak malu untuk terus cuba masuk ke dalam AF tanpa menghiraukan kata-kata yang cuba mematahkan semangatnya. Rupanya Allah dah tentukan rezekinya menjadi juara dalam Akademi Fantasia yang ke-9.

Begitu juga dengan kehidupan kita ini yang harus terus meniupkan semangat ke dalam diri agar tidak mudah berputus asa. Buangkanlah pula sifat suka menjatuhkan orang lain dengan cara yang tidak baik. Bersikap adil itu adalah lebih baik.

Bagi aku semua finalis sedap-sedap belaka nyanyiannya. Mereka pun baru, manalah nak setanding penyanyi lama. Oklah tu... he..he.. Mentor yang baru berlalu lagi aku suka!

Tahniah Hazama sebagai juara, Lena kedua, Fina dan terakhirnya Azri. Peratusan kemenangan dari Astro di sini : Juara terakhir milik Hazama

Tiada AF lagi selepas ini! Inilah yang dinamakan rezeki untuk Hazama!

5 comments:

Nazzue said...

Dah agak dari mula hazama masuk lagi, dia akan juara :)

Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terbaru: Hacker Indonesia Menyerang Blog Malaysia

Ummiross said...

Tahniah kpd yg menang, jangan mudah lupa diri bergelut dalam dunia seni...

Sofya said...

Kak chik, silap kot nama pemenang tu..
1-Hazama
2-Lena
3-Fina
4-Azri

Hebat semangat hazama kan..
moga semangat tu terus membara..

Liza @ Adzriel AB said...

Sofya : TQ yang... kak liza dah betulkan..

Unknown said...

dia dapat kereta tak kak liza???