iklan

Followers

Pages

Tuesday, 14 June 2011

Boleh niaga puding macam ni!



Alhamdulillah, eksperimen buat puding marble dengan anak-anak dara aku berjaya nampaknya. Aku cuma beri panduan dan nasihat sikit-sikit aje, ecehhhh... macam lah expert sangat.

Asyikin ditugaskan untuk lihat semula resepi dalam blog kawan aku ni. Siap ada video lagi cara-cara nak buat puding marble ni. Puding yang lain pun ada. Bulan lepas aku ada order puding marble dari dia. Sedap! Teringin pulak nak buat sendiri.

Aku masak agar-agar atas dapur manakala bahan-bahan lain aku agihkan pada Aishah dan Asyikin untuk menyediakannya. Aishah bertanggungjawab untuk campur kesemua bahan-bahan yang telah disediakan.

Design puding marble tu hasil kerja tangan Aishah le tu. Puding 'spiderman' katanya. Macam-macamlah anak-anak aku ni.


Inilah hasilnya dan dah boleh makan ni. Bagi sejuk dalam peti sejuk barulah sedap dan nikmat nak makan. He..he.. boleh niaga tak? Terima kasih pada pasangan suami isteri, Lela dan Ijan dengan resepi korang yang sedap ni. Jenguklah entry INI kalau teringin nak buat juga ikut resepi mereka.

Aku ada buat kali kedua dengan menambah roti gardenia pada puding ni. Sedap juga tapi lebih sedap lagi kalau tanpa roti. Roti tu aku rendam dengan air gula dulu.

7 comments:

ummiarissa said...

Lama tak buat puding...kalau orang tak bagi idea...tak ingat nak buat dah...

Maya Mayana said...

kalau hantar smpai sini mcm mana ye kak..hehe

Sofya said...

bestnya.. buat sama2 ngan anak2 perempuan.. teringat masa kecik2 kenangan ngan mak kat dapur..

kakchik@ella said...

wahhh .. nmpk sedap!!

'CikMimiEy' said...

whoaaahh , mcm besh nih puding 'spiderman' akak ... hihi
sy kalo bab2 puding ni mmg suke sgtt laaa.. akn mkn dgn penoh nikmat ^^

hazila said...

Senang la ada "pembantu" kat dapur....

jeBateja said...

akak try yg letak roti erk...? ada yg version yg tak roti...tajuknya puding mable shj.....