iklan

Followers

Pages

Thursday, 31 March 2011

Aleesya Sumaira dan Asterisk Boutique

STICKY POST till 31 March 2011

Suka pulak aku tengok gambar budak kecik yang pipi tembun ni. Posing gaya klasik betul! Seronok kalau dapat gomol pipi dia ni...! Sorry le sebab dengan selamba curi gambar dia kat entry geram maknya ni : Majikan yang sukar memahami. Aku memahami perasaanmu wahai ibu Aleesya! Dilema seorang ibu yang terpaksa ambil cuti selalu kerana kasih sayang pada anak-anaknya.

31 Mac 2011 ni genaplah usianya 2 tahun. Dah petah bercakap pun. Aleesya Sumaira namanya, secomel kakaknya Adrianna Sofia dalam entry lama aku : Modelku yang cilik lagi petah.

Jadi sempena tarikh keramat tu, ibunya ingin meraikan bersama-sama mereka yang sentiasa menyokong Asterisk Boutique mahu pun yang baru mengenalinya.


Sempena birthday baby kami yg ke-2 pada 31 Mac ini, ada special PROMOTION... perkenalkan 10 orang kawan anda to "Like" Asterisk Boutique di Facebook, emailkan senarai nama kawan2 anda tu kepada order@asteriskboutique.com... dan anda layak menerima 10% DISKAUN untuk semua pembelian sehingga 31 Mac ini *(^_^)*
http://www.asteriskboutique.com/

Jom pakat-pakat jenguk, tak kenal maka tak cinta. Antara blog tudung yang sangat mesra pengguna. Senang dan ringkas nak memilih dengan gambar-gambar yang sangat tersusun dan jelas. Apa-apa soalan boleh email, pm kat fb atau sms. Hari-hari ibu si comel Aleesya ni mengadap butik mayanya.

Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita!

Seorang teman facebook tagged aku dengan video ni. Lokasi di Taman Impian Putra, Phase 6. Berhampiran dengan taman perumahan aku juga. Agak panjang, 11.02 minit. Ambillah masa kalian untuk mendengar ceramah dari Dr. Maza.

Berapa had laju untuk bas dua tingkat??

Aku drive di lebuhraya hala Seremban untuk balik ke rumah selepas ambil Aishah di sekolahnya. Aku memandu di lane tengah dengan kelajuan agak perlahan, cuma 80km/jam.

Melalui cermin pandang belakang kelihatan sebuah bas dua tingkat sayup-sayup di belakang berada di lane sebelah kiri sekali. Aku kira kelajuan bas itu melebihi aku kerana pergerakkannya agak pantas menghampiri aku. Lalu aku menukar lorong ke lane kiri sekali bila aku lihat bas itu memotong lori di hadapannya.

Aku sengaja menambah kelajuan kereta aku hingga mencecah 100km/jam. Tiba-tiba bas dua tingkat yang berada di lane tengah tadi mula memotong kereta aku. Berapakah kelajuan bas tersebut? Sudah tentu melebihi 100km/jam. Ini bas dua tingkat. Berapakah had laju yang dibenarkan untuk bas dua tingkat?

Tragedi kemalangan jalanraya di lebuhraya yang melibatkan bas masih lagi aku ingati. Ngeri untuk dikenang.

Kenapa tak ada anak??


Amirul semasa baby, now dah 13 tahun. Klih sini untuk wajahnya sekarang!

Kali ni aku nak cerita tentang tak ada anak pulak. Ini sekadar pendapat peribadi aku atas apa yang aku lihat, dengar dan baca di mana-mana buku mahupun majalah. Suami isteri yang tiada anak ni ada 4 sebab :

1. Belum nak rezeki. Kedua-duanya disahkan sihat.
2. Salah seorang atau kedua-duanya disahkan tidak subur atau mandul.
3. Hamil tetapi sering saja keguguran ; Kena dapatkan nasihat doktor.
4. Memang tak nak anak pun dan tahu untuk mengelakkan hamil.

Sebab ke-4 tu biarlah. Kalau dah tak nak, macam mana nak ada anak melainkan tak pandai bab 'planning'... jadi jugalah anaknya. Bila tak mahu anak ni bukan sekadar di mulut dan hati saja tetapi tahu juga bagaimana nak mengelakkan daripada ianya berputik. Ingat ye! Sebelum ia mula berputik! Bukannya dah berputik baru nak buang.

Sayang tu kalau buang anak sendiri walaupun hanya baru segumpal darah. Apatah lagi bila sudah kelihatan bentuk dan rupa. Orang lain ada yang menangis bila segumpal darah itu gagal menjadi anak atau perkataan mudahnya ialah keguguran. Aku tidaklah menangis tetapi sedih bila dua kali gugur selepas hamil kali kedua dan ketiga. Masa tu anak sulung baru je berumur setahun setengah. Dua kali gugur dalam tempoh dua tiga bulan aje bezanya.

Sedihnya sampai aku termimpi-mimpi ada baby girl dalam lingkungan usia 2 tahun, matanya bulat bersinar dan berambut lurus paras bahu datang sambil cuba menggerak-gerakkan kaki aku seperti cuba mengejutkan aku dari tidur. Ketika itu juga aku tersentak dari tidur dan terus duduk. Hubby aku pun terkejut sama. Tapi aku tak pernah ceritakan pada sesiapa pun termasuklah hubby aku tentang mimpi tu. Wah! Terbongkar di sini setelah hampir 14 tahun berlalu.

Penyebab 1, belum ada rezeki nak buat macam mana? Buat dah pandai dah. Semua masalah telah dikenalpasti dan hasilnya tiada masalah. Cuma belum ada rezeki Allah nak bagi walau pun dah lebih 10 tahun berkahwin. Nak lawan kuasa Allah ke?

Letih bila ada yang bagi soalan-soalan yang malas dah nak dijawap ; bila nak ada anak? Tak pregnant lagi ke? Tunggu berapa lama lagi baru nak beranak? Lagi sakit telinga bila ada yang siap bagi tazkirah apa pasal kau belum mengandunglah itu ini. Anak tu Allah bagi, kalau Allah belum nak bagi maka belumlah nak mengandungnya. Nak di tazkirah balik ke?

Macam 'Anonymous' ni kata dalam komen di entry 'Kecoh ke kalau anak ramai?', beliau ni 3 tahun kahwin masih belum ada anak. Masa tu jenuhlah nak menjawab soalan-soalan insan lain. Bila Allah bagi, dapatlah 3 orang. Dapat 3 orang anak pun rasa macam sedozen je anaknya. Meriah!


Tapi ada lagi soalan yang sangat menyakitkan hati di entry kawan blogger aku ni ;

Bila orang lain tak punya anak, jangan pula kita yang telah di kurniakan anak ini mengeluarkan kata-kata yang menambah kesedihannya. Kita harus ingat bahawa anak-anak itu adalah pemberian Allah. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil anak kita dan kembali kepadaNya. Adakah kesedihan atas kematian anak itu sedikit berbanding mereka yang memang tak punya anak sedari awal?

Begitu juga mereka yang tidak punya anak! Jangan sekali-sekala mempersoalkan mengapa Allah belum atau tidak kurniakan anak. Seperti apa yang aku katakan dalam entry 'Anaknya cuma dua', Allah itu maha mengetahui segalanya. Seperti juga kata 'Anonymous', bila dah 3 orang umpama sedozen ramainya. Kalau bersabar, pahalalah ganjarannya. Kalau tak sabar, di dera pula anak-anak yang selama ini dinantikan kelahirannya sekian lama.

Penyebab 2 itu terpulanglah pada kedua suami-isteri untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Aku tak nak komen. Begitu juga penyebab 3.

Cuma penyebab 3 ni aku ada contoh bila mana 4 tahun kawan aku ni menanti namun berakhir dengan kekecewaan bila hamilnya buat kali pertama gugur diusia janin hampir 4 bulan. Selepas itu dia tidak lagi pernah hamil. Akhirnya selepas 8 tahun kawan aku ni ambil seorang anak angkat perempuan yang masih baby. Itu cerita 5 tahun yang lalu. Dah sekolah agaknya budak tu.

p/s : Hairan aku orang yang suka mengata ni bila orang tak ada anak, anak sorang je??, tu laa.. sebab anak ramai!. Tak kisahlah ada atau berapa-berapa pun, semua tu ada kelebihannya! Kita bukan tahu masalah orang!

Kekal bertenaga sepanjang hari



Best ni.. petua nak kekal bertenaga.
Bukan kekal bertenaga saja, hati tenang dan minda pun cergas.
Aku baru je baca kat sini :


menarik!!

Happy birthday Aleesya


Aleesya & Ibu sedondon pink manakala aku & Arif berbaju coklat. Gambar aidilfitri 2010.


Happy Birthday Aleesya Sumaira!

Hari ini 31 Mac 2011 genaplah usia 2 tahun.

Anak saudara aku yang comel dan tembun pipinya ini.
Mulut pun bijak, pandai bawa diri... ha..ha.. bawa ke mana??
Lagi 3 tahun boleh ikut jejak kakak ke Genius Aulad ye!

Kempen Big Sales sempena Birthday Aleesya berakhir hari ini... cepat-cepat!

Pencarian yang berbaloi

Hanya selepas 45 minit aku publish entry Kedamaian permulaan hari, empunya diri yang disebut dalam entry telah berbunyi di kotak komen aku yang mengesahkan penemuanku.

Benar dugaanku rupanya, kaulah antara silent readerku selama ini selain daripada jiranku semalam. Dulu pernah sekali try cari tapi tak dapat. Pagi ni Allah bagi ilham dan petunjuk rupakan.

Mungkin ada naluri yang baik aku dengan Al-Qassam ni. Sebab sama-sama budak karan (elektrikal) agaknya? Melihat tugasan projeknya ni : Tidak ada kejayaan tanpa kegagalan ini buat aku terkenang zaman aku belajar dulu. Nantilah aku ceritakan di entry akan datang.

Bila Al-Qassam pun budak engineering, teringat pulak aku kat manueng!

Terima kasih dik! Komen yang membuatkan aku rasa berbaloi kerana dapat menambah bilangan teman blogger yang baik dan insan yang begitu menghargai entry-entry aku. Moga kalian mendapat manafaat daripadanya.

Sayang ummiross yang tengah kalut dengan urusan kerja dan peribadi pun sempat juga nak jengah blog aku tak kira pagi, petang, tengah malam, subuh....

Kedamaian permulaan hari


Sejuk mata memandang dari entry blog ini : Damai terasa

Pagi-pagi melayan lagu menenangkan jiwa di blog yang tak bernama milik AL-QASSAM dari Marang, Trengganu. Gambar anak kecil lelaki yang sangat comel menjadi wajahnya. Dah dua minggu tersenarai antara top 10 yang hit blog aku datang dari blognya. Penulisnya agak pendiam dan pemalu aku kira. Hanya gambar menceritakan segalanya.

Antara blog yang aku kenal berada dalam blog listnya adalah blog hebat Dapur Tanpa Sempadan. Aku terjumpa blog Menongkah Arus Kehidupan yang agak familiar nama di pandangan aku. Memang betul sebab aku dah follow blog ini. Rupanya pemilik blog ini adalah orang yang sama dengan blog tak bernama bila aku lihat nama pemilik dan wajah anak comel yang sama.

Namun ada sesuatu perkara yang buat aku ingat dengan blog Menongkah Arus Kehidupan ini. Aku terus mencari untuk memastikan sesuatu yang aku fikirkan itu betul. Oh! Tidak! Rupanya aku tersilap. Aku sangkakan dialah pemenang pertama Contest Sempena 3 Series : Ayurashidah dulu. Serikandi Umar dan Menongkah Arus Kehidupan dua blog yang berbeza tetapi hampir sama. Bagi aku, bila masuk ke blog mereka ini hati pasti terusik.

Inilah yang aku temui pagi ini gara-gara ingin melihat 'referrals' di akaun Nuffnang aku. Penemuan yang sangat menarik dan bererti buat aku. Bagaimana dengan kalian?

Terharunya bila blog aku tersenarai di dalam blog listnya yang bertajuk BLOGGERS SATU. Aku perasan setelah entry ini telah siap aku taip.

Wednesday, 30 March 2011

Contest Photo Anakku Ceria

Teruja pulak aku nak join contest ni.
Syarat-syarat contest boleh baca di blog penganjur : Living Our Dreams

Kalau nak join sebelum 10 April 2011 ni....

DOB : 28 May 2009 (1 yr 10 mth)
Mama & Ayah : Liza & Faizal

Emailku di sini : adzriel573@gmail.com


Nak tag 3 orang.. siapa ye??

Deelaku sayang... anak sedara baru tu ada!
Wani brutal... takkan tak ada baby?
Sara romantik... hero syakir pun orait!

Tambah! Liza @ Adzriel AB


Aku rasmikan sendiri penambahan nama pada blog aku ni dari Adzriel AB ke Liza @ Adzriel AB. So headernya pun aku tukarkan nama saja. Nama utamanya Liza AB dan yang keciknya Adzriel AB.

Sebenarnya nama Adzriel tu berdaftar bawah SSM. Tapi bila orang asyik panggil aku Adzriel, rasa kekok le pulak. Salah sendiri, redha je lah kan. Tak ada nak marah siapa-siapa pun. Tidak juga nak marah diri sendiri. Tapi ada juga yang tahu memanggil aku Liza atau Kak Liza.

Tak pelah...now nampak jelas sikit kat header tu nama Liza AB. AB tu nama ayah aku, Abu Bakar. Aku kekalkan juga nama Adzriel tu supaya tak ada yang confuse nanti.

Terima kasih kepada kalian yang begitu rajin melawat aku di blog ni. Insyaallah aku akan cuba balas kunjungan kalian asalkan ada jejaknya.

Kecoh ke kalau anak ramai?

Anak ramai? Ada yang kata anak 3 orang dah ramai, ada 4 orang pun dah kecoh rumah. Macam manalah gamaknya mak teh aku yang anaknya sampai 14 orang? Jiran aku pun ada 7 orang anaknya tapi aku tengok aman je. Anak aku baru ada 5 orang, tapi lebih kecoh daripada jiran aku. Memang le sebab jiran aku ni lemah lembut orangnya yang mana sifat tu turunlah kat anak. Anak-anak aku memang le riuh sebab aku pun riuh.

Ada anak ramai tu susah ke? Mana ada susah. Lagilah menyenangkan aku sebagai ibu.

Aku suruh anak aku sidai kain, buangkan sampah, sapu sampah, basuh pinggan, lipat kain, tukarkan lampin baby, cuci kereta aku, sterika baju dan macam-macam lagilah kerja rumah yang ada. Termasuklah masak nasi, goreng telur, masak nasi goreng, masak roti telur. Amboi! Banyaknya menyuruh anak-anak buat kerja. Aku buat apa? Aku jadi pengarah la...suruh diaorang buat itu ini.

Senangkan kalau anak ramai ni. Ha..ha.. macam bagus je! Betullahkan?? Tak payah bazir duit ambil orang gaji.

Bukan aku suruh hari-hari buat pun. Sekali-sekala kena ajar anak-anak berdikari. Kadang-kadang panik juga aku bila ada hal-hal yang buat aku hilang sabar. Masa tulah aku kena lihat orang lain yang punya anak lebih ramai tetapi segalanya teratur. Aku seronok kutip ilmu dari para ibu yang lain tak kiralah sama ada anaknya ramai atau sikit atau dia lebih muda atau tua daripada aku.

Kerenah anak-anak ini pelbagai, teruskan usaha mencari idea untuk menangani setiap masalah yang timbul dengan baik. Rajin-rajin bertanya dan membaca ilmu berkaitan.

Batuk dan sakit tekak



Batuk sikit dan sakit tekak. Air hidung pun nak meleleh je. Suara pun dah romantis! Ooooh... jangan demam udah ler. Macam musim aje ye.. macam ramai juga yang begitu.

Minum air mineral lebih kerap. Jangan minum ais! Aku memang jarang minum ais, agaknya gatal juga nak minum teh o limau ais hari Isnin lepas. Kena pulak dengan cuaca kejap hujan kejap panas ni maka dapatlah selsema juga.

Jejak pelawat-pelawat yang komen di blog aku belum terbalas untuk hari ini.

Tenang-tenang jangan gelabah. Hidup mesti diteruskan juga. Sikit je sakit tu!

Memandu subuh buta di Karak



Ini kisah aku semasa bekerja shift di Hitachi Electronic di Bandar Baru Bangi tahun 1994 dulu. Kerja shift 12 jam memang agak penat. 12 jam tu untuk operator saja tetapi aku wajib extend lagi sejam dua untuk siapkan daily report QC sebelum balik dan submit pada shift leader aku.

Shift pagi paling meletihkan sebab rasa waktunya panjang sangat ; 8 pagi hingga 8 malam. Kalau aku dah tentu pukul 9 malam atau 10 malam baru dapat balik. Shift pagi ni semua boss ada, tak boleh nak mengelat le. Shift malam pulak jenuh menahan mata yang mengantuk. Kerja shift 12 jam ni memang susah le nak dapat dating..ha..ha.. Kalau nak dating kena tunggu hari cuti le. Nasib le kan!

Cuti memang tak menentulah. Aku pun tak berapa ingat rutinnya. Yang pastinya cuti tak sama dengan orang lain le. Adakalanya cuti hari Isnin, tidak pun Selasa. Tidak akan sama kerana bergilir 3 kumpulan shift.

Masa bujang tu boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku balik kampung. Bosan sebab tak de mende nak buat. Nak dating pun tunang aku keje lak masa aku cuti. Tunang yang dah jadi hubby aku le. So balik kampung bermanja dengan mak lagi best.

Hari tu aku kerja shift pagi. Pukul 10 malam baru punch out. Sampai rumah sewa agak lewat sebab pergi dinner dulu dengan tunang aku hingga pukul 11 malam. Esoknya hari Selasa, aku cuti dua hari. Tunang aku kena kerjalah esoknya. Dia pakai motor je... masa tu motor kawasaki Kips, kira bergaya jugalahkan! Aku pulak bawa kereta dia punya. Masa tu 'confident level' tunang aku bab drive kereta ni agak kurang. Lesen baru. Lain le aku ni, memang selamba je. Baru dapat lesen dah masuk KL dan PJ. Terbalik pulak ye, pompuan lagi brutal.

Lepas dinner tu, pukul 12 malam baru aku tidur. Entah kenapa aku terjaga pukul 3 pagi dan tak dapat tidur lepas tu. Buntu tak tahu nak buat apa, aku pun mandi, bersiap-siap dan kemas-kemas barang yang sepatutnya. Aku start enjin kereta dan lansung memandu balik ke Jengka, Pahang dalam pukul 4 pagi tu juga melalui lebuh raya Karak. Kalau dulu bila nak balik Pahang masih lagi terpaksa melalui Karak dengan jalannya yang tak lurus tu. Sekarang dah ada lebuh raya yang lurus, 2 jam dah boleh sampai Jengka.

Kereta sepanjang perjalanan tu tak banyak pun. Ada satu dua je yang sekali-sekala bersaing. Selamba pulak aku drive sorang-sorang je. Tak ada rasa cuak atau takut sikit pun. Slow and steady.

Sampai saja di Temerloh jam sudah pukul 7 pagi. Aku berhenti di public phone betul-betul sebelum jambatan besar yang melintasi sungai Pahang tu. Masa tu dah agak cerah. Aku terus call tunang aku. Dia tanya aku kat mana sebab mungkin ada bunyi kereta lalu lalang agaknya. Terkejut dia bila aku kata aku dah sampai Temerloh. Manalah tak terkejut sebab malam tadi dinner sama. Lepas tu dia balik tidur. Bila bangun tidur je kata aku dah kat Temerloh.

Bila aku fikir-fikirkan semula, gila agaknya aku ni. Seorang perempuan yang drive sorang-sorang, pagi-pagi buta pulak tu di sepanjang lebuh raya Karak. Lebuh raya yang penuh dengan kontroversi berkaitan makhluk halus.

Aku bukan tak tahu semua kontroversi tu, tetapi sungguh aku tak teringat lansung tentangnya sepanjang perjalanan aku tu. Bila dah teringat, mulalah seram sejuk pulak aku. Kalau siang-siang aku tak kisah pun. Kenderaan lain banyak yang lalu situ.

Kesimpulannya, jika kita melakukan sesuatu walaupun ianya merbahaya tetapi minda kita tenang dan tiada anasir-anasir jahat yang mempengaruhi, ianya akan berjalan lancar. Lepas tu barulah 'Eh!' dengan gaya muka pelik.

Inilah sebahagian kontroversi makhluk halus tu : KaraK! Laluan Puaka
Dalam aku dok cari gambar hantu kat atas tu, terjumpa pulak aku blog ni : Puaka Karak

Pandai anak abah!



Ha..ha.. so sweet baca dialog antara anak jiran aku dengan abahnya di facebook ni. Seronok dengan gelagat anak-anak ni! Tak pelah nak, hari ni hentam. Esok lusa abah dan mama ajar yang betul le pulak. Ini jiran aku yang rumahnya selang lebih dari 10 buah rumah rasanya. Yang kelakarnya aku kenal dia melalui facebook. Terjumpa!

Nuqman : Abah, Nuqman dpt highest ujian English...

Abah : Tahniah

Nuqman : ada satu soalan Nuqman sorang je betul. Nuqman jawab "he walks" org lain semua jawap "he walk"

Abah : Kenapa Nuqman jawab macam tu?

Nuqman : Sebab Nuqman baca doa sebelum jawab exam

Abah : jadi Nuqman hentam ajelah ye?

Nuqman : hehehe

Tuesday, 29 March 2011

Anaknya cuma dua!

Ini kisah benar... tak pandai nak mereka-reka melainkan ianya cerpen :

Setiap kali bercerita, wanita tua ini akan mengeluh kerana anaknya cuma dua orang. Dia sering sedih bila mengenangkan sembilan orang anaknya yang telah meninggal dunia. Ada yang meninggal semasa di dalam perut, sebaik dilahirkan, beberapa jam selepas dilahirkan dan ada yang telah berusia 4 bulan. Hanya dua orang sahaja yang Allah panjangkan umur mereka. Elok pula sepasang, yang besar perempuan dan lelaki yang bongsunya. Kedua-duanya telah berumahtangga.

Pada wanita ini aku memujuk. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap kejadian ke atas kita sebagai hambanya. Bersyukur kerana dua orang anaknya yang masih hidup itu taat padanya sebagai ibu yang melahirkan mereka. Alhamdulillah kerana kedua-duanya hidup senang. Tidak pula melarat hingga mungkin akan menyusahkan dia sebagai ibu sepertimana yang banyak berlaku sekarang ini. Apakah dia tidak merasa bersyukur dengan dua orang anak yang ada, manakala selebihnya yang telah tiada bakal memimpin tangannya ke syurga kelak.

Allah mungkin telah menduga wanita tua ini sangat perlahan dalam melakukan apa-apa pekerjaan. Terlalu lemah-lembut dan tidak teguh tubuh badannya sejak muda lagi. Bagaimanalah agaknya anak-anaknya menanti masakan si ibu yang terlalu lambat di siapkan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam kerana itulah yang sering suaminya suarakan setiapkali waktu makan tengahari. Mungkin itu alasan remeh!

Pernahkah dia terfikir bagaimanakah mampu dia memenuhi keinginan untuk melawat kesemua rumah anak-anaknya di usia tuanya ini sedangkan yang dua ini pun mulutnya sudah mengomel keletihan, rindukan kampung dan pelbagai alasan lagi. Bagaimanalah jika 11 buah rumah yang harus dia pergi? Lainlah kalau sakit teruk, pasti tak boleh ke mana-mana.

Anaknya cuma dua tetapi begitu gundah hatinya risau kalau-kalau anak-anaknya ini bergaduh kerana berebutkan harta peninggalan. Kalau ramai, tentulah lebih-lebih gundahnya. Kedua-dua anaknya sangat sepakat, cuma dia yang terlalu risau. Mungkin kerana itu juga Allah berikan dua orang anak sahaja.

Mungkin kerana usianya yang tua membuat hatinya mudah terusik. Seorang wanita tua yang setia mendiami rumah peninggalan arwah suaminya. Arwah suaminya pernah berpesan agar tidak meninggalkan rumah pusaka itu apabila arwah telah tiada nanti.

Biar secantik dan sebesar mana sekali pun rumah orang lain hatta rumah anak sendiri, kita akan tetap selesa di rumah sendiri walau pun mungkin agak kekurangan kesenangannya. Tidur di tilam sendiri lebih nyaman walau pun nipis saja. Itulah yang mesti kita ingat selalu bila ibu atau bapa kita yang telah tua tidak mahu tinggal bersama kita. Sebab lain tu kena kaji sendirilah!

Setianya seorang isteri yang menurut pesanan arwah suaminya itu sangat dihormati. Anak-anaknya tidak mahu memaksa kerana tidak mahu melukakan hati ibu tua. Namun kebajikan dan sakit pening ibu tua tetap diperhatikan walaupun kedua-dua anaknya tinggal berjauhan. Setiap minggu telefon rumahnya akan berdering menerima panggilan dari anaknya yang bertanyakan khabar.

Aku khabarkan padanya bahawa dia tidak gagal! Anak-anaknya baik-baik belaka. Kedua-dua anaknya tidak pernah sekali pun meninggikan suara dengannya sebagaimana anak-anak orang lain. Wanita tua itu mengiyakan kata-kata aku. Anak-anaknya juga taat bersolat, tidak seperti sesetengah orang yang sangat culas walau pun sudah bergelar ibu-bapa.

Itulah ibu kepada hubby aku, ibu mertua aku yang sangat lemah lembut pergerakan dan tutur katanya namun hatinya sangat tegas dalam urusan solat dan menjaga budi bahasa. Hasilnya seorang lelaki yang rajin bekerja, berbudi bahasa, belajarnya tanpa perlu disuruh maknya dan kulit cerah macam maknya juga. Lelaki ini untuk aku selamanya... buat hubby tersayang!

p/s : apasal entah, tiba-tiba nak meleleh pulak air mata ni bila baca semula entry ni. Wah! Perasannya! Terasa nak call mak mertua sekarang juga! Helloooo....

Jangan pegang-pegang!

Aku memang suka dengan lagu Cikgu Shida yang ini.. tak jemu. Kreatif pulak tu! Memang tersenyum sorang bila tengok. Passion betul gayanya!


He..he.. gambar ni pulak aku cilok dari blog si comel Yana, tunang si Ujang!

p/s : Jangan marah Yana ye!

Ghairahnya makan durian

Jumaat lepas aku drive ke Bangi dengan anak teruna aku yang montel tu. Baru 13 tahun tapi lebih besar daripada aku. Risau lak menengoknya.

Tiba-tiba kitaorang terbau sesuatu yang sangat semerbak masuk dalam kereta. "Alamak abang! Sedaplah bau dia!" Aku kata pada anak aku yang aku panggil 'abang'.

Laaa... patut le! Ada lori durian kat depan kitaorang! Dah lama tak makan durian. Sekarang dah musim durian ke? Nak kena suruh hubby beli ni. Rasa teringin le pulak.

Petang tu hubby beli durian kat tepi jalan. Aku tak pesan pun lagi. Macam tau-tau aje ye!

Macam biasa aku ni memang tak suka nak kopek durian. Lain le dengan adik aku yang hantu durian ni. Ibu Aleesya tu memang lebih gila durian daripada aku! Sanggup dia kopek sendiri je.

Hubbylah tukang kopek durian. Aku cuma bersila sambil menanti dengan kesabaran untuk melahapnya. Kena sediakan dua bekas juga untuk asingkan yang mana elok dan tak elok. Memang sedap pun. Tak dapat nak simpan sikit untuk buat bubur durian. Beli lain pulaklah nanti.

Kawan aku kata durian ni ada khasiat peningkat ghairah. Wah! Berita baik ni. Tapi aku tak kira dah! Aku ghairah makan durian aje dah. Apa citernya? Baca Durian peningkat ghairah.

Sayang orang yang culik dia!

Aku pergi Jepun tadi tengok movie kat sana. Terbang dalam blog je! Movie citer sedih sampai meleleh air mata aku. Kisah anak kecil yang menyayangi orang yang menculiknya lebih daripada ibunya sendiri.

Pergilah tengok! Bukan kena beli tiket pun, klik sini je : Mother

Teringat anak-anak aku! Rasa nak peluk sorang-sorang!
Hargailah dan sayangilah anak-anak kita!

Antara dungu dan jahil

Tersenyum baca blog adik comel Hanna ini. Bukanlah aku nak kata dia dungu kerana tajuk entrynya Stupid Tot. Idea Bodoh yang dok berfikir-fikir macam manalah baby terhasil. Aku nak ulas detail ke? Oh! Tidak! Masalahnya aku dulu pun dungu begitu juga. Cuma mungkin aku ni jenis tak ambil kisah sangat dengan hal-hal tu hinggalah aku nak kahwin. Eh! Citer apa ni? Bacalah entry adik Hanna tu.

Aku katakan padanya dalam komen di entrynya itu bahawa itu bukanlah dungu. Kita layak dipanggil dungu jika kita telah pun mempelajari sesuatu perkara tetapi sedikit pun tiada hasilnya. Kalau ada sikit tu tak pelah juga. Ini dinamakan proses pembelajaran. Dungu kalau belajar sesuatu tetapi satu apa pun tak faham. Tapi dungukah kita kalau yang mengajar pun entah apa-apa. Ha..ha.. faham ke apa aku kata ni?

Isi entry Hanna itu termasuk dalam kategori tak tahu, jahil atau naif. Memang tak tahu lansung. Manakan ada 'output' kalau tidak diberi 'input'. Sekurang-kurangnya ada 'input' teori sebelum praktikalnya. Maka 'output' teorinya adalah kita tahu hasil yang bakal terjadi.

Anak-anak tidak akan mengerti apakah makna nombor 1 jika tidak diberitahu. Apa pula ertinya 2, 3 dan seterusnya. Begitu juga dengan huruf A, B, C. Kalau huruf S di cantum dengan A akan apa pula bunyinya. Pembelajaran harus berulangkali hingga faham jika inginkan hasil yang positif. Lainlah kalau cepat belajar! Satu kali ajar sudah boleh pandai.

Roti canai sebagai 'output' tidak akan terhasil tanpa 'input' seperti campuran tepung, garam dan minyak. Harus pula ada cara menghasilkannya dengan mengulinya pula. Lagi sedap agaknya bila peluh tambah perisa. Ahh.. tidak.

Teringat pulak roti canai yang arwah ayah uli lebih sedap dari mak buat. Sebab tenaga lelaki yang uli lebih gamaknya.

Samalah halnya, susahlah kerja nak siap kalau bos tak bayar gaji. Tak ada 'output' lah hari ni bos! Tolong selesaikan 'input' dulu!

Monday, 28 March 2011

Don't play fool on 'April Fool'

Hari ini sudah 28 Mac 2011. Tinggal 4 hari saja lagi ke tarikh 1 April 2011. Rata-rata ramai yang tahu bila tiba 1 April, maka ramailah yang ingin mempersendakan orang lain semata-mata kerana meraikan 'April Fool'. Aku memang sangat tak suka, tak berkenan dan benci dengan 'April Fool' ni.

Sejak zaman sekolah dulu pun memang aku tak suka menyambutnya. Tak minat betul aku mengenakan orang lain dengan lawak bodoh dan kemudian mentertawa orang yang terkena tu. Kadang-kadang dari elok-elok berkawan boleh jadi musuh. Masa tu aku tak tahu lagi kisah di sebalik sambutan 'April Fool' ni.

Korang bacalah kisah di sebalik tabirnya di blog kawan kita dalam entrynya tahun lepas je. Cukup menyakitkan hati aku : Apa itu 'April Fool'? Ada juga penerangan dalam majalah Mastika keluaran April 2011 di pasaran sekarang.

Aku merayu pada yang pernah menyambutnya dan yang berhajat nak meraikannya agar segera niat itu dibatalkan. Andai ada kasih dan cintakan Islam, mengabaikan sambutan 'April Fool' itulah yang terbaik.

Malang sungguh andai ada suami yang jahil suka-suka menyebut perkataan cerai talak 3 terhadap isterinya. Menangis pun tak guna! Orang lain ambil alih le isteri awak tu. Lebih cantik kalau ambil alih forever! Konon-konon nak meng'April Fool'kan isteri dia, tapi dia yang terkena.

Jangan cari pasal nak mengenakan orang lain dengan mengatakan salah seorang insan yang dia sayang telah meninggal dunia. Silap-silap ada yang lebam bijik mata bila dah tahu kebenarannya nanti.

Tidak kira bergurau kasar atau pun suam-suam kuku aje, tapi kalau semata-mata nak sambut 'April Fool' tu elok batalkan saja. Bila kita meraikannya samalah seperti kita menyokong 'Foolish Day' yang telah menyebabkan pembunuhan beramai-ramai ke atas saudara Islam kita oleh tentera Salib yang kejam di Granada, Sepanyol suatu ketika dulu.

Tajuk Mat Salih, isi Melayu! Sorrylah ye!
p/s : Aku memang tak suka rancangan Bang! Bang! Boom!

GEGAR BLOGGER BARU !


Ben Ashaari tanya kenapa aku pilih gambar ni? Curi dari blog dia!

Suka benar aku dengan gambar burung ni. Burung apa ni Ben? Ha..ha... jahil betul aku kalau nama-nama burung ni. Gambar aku ambil dari Entry Ben Ashaari yang bertajuk : Bila si dia belajar anyam ketupat. Banyaklah ketupatnya ye Ben! Ni burung betina atau jantan?

Gambar ni menceritakan pelbagai kisah dari sudut yang berbeza dan dari pelbagai minda. Aku melihat kepada si burung yang hanya boleh terbang dan berkaki namun mampu ia mencipta keajaiban menganyam sarang yang kukuh. Kukuh ikut standard burung la.. Bangunan pun boleh runtuh dengan tsunami.

Si burung hanya menggunakan paruh anugerah Allah untuk mengadun sarangnya dari helaian-helaian rumput halus. Begitu sabar dan tekun si burung berulang-alik berkali-kali dari tanah untuk mencapai helaian rumput lalu terbang ke tapak sarang menyambung tugas anyaman sarangnya hingga siap.

Hasil anyaman amat memberansangkan. Ianya kukuh untuk membendung berat si burung itu bertelur hinggalah zuriatnya itu lahir dari telur-telur yang ditetas. Mampukah kalian membina keteguhan sarang yang sama?

Setiap hamba dan makhluk Allah itu di cipta dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Allah itu maha mengetahui. Maka jangan kita terlalu meratapi kekurangan hingga terlupa menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita. Kita hendaklah berusaha, selebihnya serahkan pada Allah untuk menentukan keputusannya.

Ben Ashaari tanya lagi apasal aku jadi blogger?
Aku memang suka bercerita. Blog ini umpama merekod segala perkara yang ingin aku taipkan. Boleh juga sebagai kenangan buat anak cucu aku nanti. Betapa rock, brutal dan sentimental juga nenek diaorang ni. Aku ni kadang-kadang terlupa. Adakalanya aku baca semula entry-entry lama yang dapat mengungkap kenangan lama yang mungkin manis, sedih dan lucu. Aku ingin juga kongsikan pengalaman-pengalaman aku yang mungkin dapat diambil teladan dan pengajaran oleh sebahagian orang.

Ben Ashaari tanya blog mana yang menjadi pilihanku hari-hari?
Wah! Soalan yang sama dalam segmen pertama aku tapi hasilnya 4 orang je?? Ben Ashaari boleh 400! Jawapannya aku copy je lah! Nak berapa ni Ben? Selain Ben dan Eqbal, akak bagi 10 blog lagi! Wajib aku terjah hari-hari!

4 orang je?? Ben Ashaari boleh 400!

Segmen aku pertama telah di selamatkan oleh 4 peserta saja. Maka memang mudahlah aku men'review' mereka. Aku ok je walau pun yang join cuma 4 penyertaan saja. Agaknya kalau 400 penyertaan macam Segmen Ben Ashaari, tak larat le nak review. Pampang nama blog je lah kat sini. He..he.. nak lawan Ben ke?? Tak de kerja aku nak lawan dia!

Aku tetap happy sebab dapat tambah dan dapat jenguk blog-blog yang mereka suka nak lepak hari-hari. Ada antaranya yang aku tambah terus dalam blog list aku. Senang aku nak jenguk semula.

Lepas ni segmen apa pulak ye? Harap lebih ramailah yang sudi join segmen dari blog aku yang tidak sehangat blog Eqbal.

Oklah, aku pun dah tentu ada blog-blog yang hari-hari bertepek kat PC aku ni selain daripada blog 2 orang taiko Ben dan Eqbal tu. Hari-hari aku kepingin nak jenguk. Banyak sebenarnya tapi yang ni memang jarang miss lah.


Senarai agak panjang di blog list 'Kunjungan Selalu'. Jangan malu-malu jenguk blog-blog diaorang ni. Mungkin ada yang berkenan di hati korang juga.

Terima kasih bebanyak pada 4 teman yang join :
2. nur
3. Lina

MumMeku sayang! Lenyek la pipi budak tu!



Mumme sayang... last minute join segmen pertama aku. Walaupun dok Bangi, dekat aje dengan aku tapi tak pernah lagi berjumpa. Aku dah cam sangat gambar mumme kiss budak comel tu sebab aku pun selalu ke blog mumme.

Seorang ibu yang sangat prihatin dengan pembelajaran anak-anaknya. Dia bukan sekadar ibu, malah guru yang sentiasa punya idea-idea bernas dalam mendidik anak-anaknya.

Inilah contoh ibu yang berilmu dan melaksanakannya dengan baik. Ada yang nak kutip ilmu?


p/s : Mumme! Lupa ek nak tinggalkan link kat entry asal & letak header akak kat entry! Kuignorekan je kerana aku menyayangimu..ecehhh!

Header sweet, isi blog pun sweet!



Pagi ni dapat kenalan baru bila si comel ni join segmen pertama aku pukul 10.17 malam tadi. First time masuk blog dia memang header yang comel. Ada teddy bear! Macam Aleesya laa...

Eh! PMR candidate! Dia kena panggil aku aunty ni, dah sebaya Aishah, anak sulung aku lah ni.

Adoiiii.... entry-entry dia sweeet sangat! Tersengih aku sorang-sorang bila baca!

Jom tengok blog-blog siapalah yang Lina suka lepak hari-hari :

Ramainya peminat dia!


Terima kasih pada ALL IN ONE yang sudi join Segmen pertama aku!

ALL IN ONE ni kira kawan baik aku juga dalam blog ni. Walaupun aku tak mengenal wajahnya tetapi ikatan persahabatan tu tetap ada.

ALL IN ONE atau mesranya dengan panggilan 'nur' ni rajin up-date blog berkali-kali setiap hari. Aku tau le sebab nama blog dia dalam blog list 'Kunjungan Selalu' aku! Sebaris pulak tu dalam blog list 'Santai di Paris' milik blogger glamour serata alam maya yakni blog Ben Ashaari.

Sehingga entry ni aku taip, follower ALL IN ONE dah ada 2211 orang. Wah! Dah la ramai, nombor cantik pulak tu. Apasal ye ramai bebeno followernya? Sebab ramai yang suka berkunjung ke blog dia? Jadi korang pun kenalah jenguk juga, tengok apa yang menarik kat ALL IN ONE ni! Tak kenal maka tak cinta.. jom kenal-kenal!

Aku nak tengok blog sapalah yang suka beno ALL IN ONE terjah hari-hari :


p/s : nur! TQ sudi jenguk akak hari-hari!

Murah rezeki awal pagi


Arif sempat berposing dulu sebelum tidur

Malam tadi sakit kepala sikit, so aku pun nak masuk tidur awal lebih kurang pukul 9.30 malam. Kalau dah ada baby, kenalah ajak si kecik tu tidur juga. Baby Arif aku ni type lambat nak lelap selagi bilik terang benderang. Kenalah bagi gelap-gelita dulu barulah ada potensi nak lelap. Itu pun nak main-main lagi. Bising mulut dia kalau aku baring tak mengadap dia. Manja betul sekarang ni.

Aku terjaga semula lebih kurang pukul 12.00 malam. Semua orang dah lelap. Dah terbiasa kalau terjaga tu mesti nak ke toilet dulu buang air kecil dan lepas tu baru boleh sambung tidur. Kepala terasa berdenyut lagi. Lepas sambung tidur aku terjaga lagi pukul 2.25 pagi. Kepala semakin sakit. Takut berlarutan lebih teruk aku pun makan jugalah sebiji ubat migraine aku.

Nasib baik dapat tidur semula. Arif pun lena nampaknya. Cuma sekali dia mengigau menyebut"Amin! Amin!". Terlebih mengaminkan doa agaknya. Comel kalau baby mengigau macam tu. Kalau orang tua, apa pulak yang diaminkan ye!

Terganggu betul tidur aku malam tadi. Terjaga lagi pukul 3.30 pagi. Aku cuba lelapkan mata tetapi minda aku dah befikir macam-macam. Berfikir tentang anak-anak, kerja rumah, kerja cari duit aku dan entah apa-apa lagi. Bila minda aku dah mula berfikir banyak perkara biasanya aku memang tak dapat tidur semula. Dua kali aku duduk dan baring semula.

Tak boleh jadi ni. Nasib sakit kepala dah hilang. Terasa buang masa lama sangat bila baring tapi tak boleh nak tidur. Aku bergegas bangun pukul 4.00 pagi dan keluar perlahan-lahan dari bilik. Takut Arif terjaga pulak nanti. Aku kutip bakul yang berisi baju-baju kotor lansung turun ke dapur. Masuk dalam mesin basuh le! Baju yang dah basuh malam tadi terus aku pasangkan hanger dan gantung di luar rumah. Bersidaianlah baju-baju seperti kedai dobi je.

Sempat aku menyusun pinggan, menyapu ruang tamu, buang sampah dan kerja-kerja rumah yang lain hinggalah pukul 5.00 pagi. Terdengar hubby macam dah bangun je. Risaukan Arif sementara dia mandi.

So aku pun terus naik atas dan sterika baju-baju sekolah Azri dan Asyikin. Yang menengah memang sterikakan baju sendiri. Aku terus sterikakan baju sekolah ugama mereka yang biasanya aku buat pukul 12.00 tengahari je. Untuk Asyikin tu aku cuma sterikakan baju sekolah ugama saja sebab dia buat sendiri untuk baju sekolah rendahnya. Aku tak harap lagi dengan Azri.

Hari ini awal juga menghantar anak-anak aku ke sekolah. Nampaknya kerja rumah aku banyak yang dah siap gara-gara terlebih awal bangun tidur.

Inilah kebaikannya kalau bangun awal. Banyak kerja-kerja rumah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Tidaklah kalut pagi-pagi dengan anak-anak nak ke sekolah lagi. Tapi biasanya mata tu berat je nak tidur terus. Aku selalu macam tu... Sekali-sekala terjaga awal memang aku nampak kebaikannya.

Teringat mak aku bercerita tentang arwah nenek aku yang selalu marahkan anak-anaknya bangun lewat. Kata nenek "oghang dah lepaih ke Bote, kome kat tempat tido lagi!" (Orang lain dah sampai ke Bota (Perak), korang masih lagi tidur!). Masa tu arwah nenek aku tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput, Perak iaitu kampung kelahiran aku juga. Daerah Bota tu memang agak jauh le jaraknya.

Maksud arwah nenek aku yang dipanggil 'Embah' (Jawa!) tu kalau bangun pagi lambat kita akan terlepas banyak peluang rezeki. Kerja banyak tak siap, rugi banyak perkara dan jadi pemalas. Orang lain dah maju tapi kita masih ketinggalan.

Jadinya bangunlah awal pagi supaya Allah murahkan lagi rezeki kita dan kerja pun banyak yang siap!

SEGMEN 1 : AKU MESTI JENGUK BLOG NI HARI-HARI!


Segmen pertama aku yang mudah je, semua orang yang ada blog boleh join :

1. Letak tajuk entry : AKU MESTI JENGUK BLOG NI HARI-HARI!
2. Linkkan ke entry ini.
3. Copy dan paste gambar header aku kat atas tu dalam entry
4. Senaraikan 5 blog yang hari-hari memang korang suka nak jenguk.
5. Letak link bagi setiap 5 blog berkenaan dalam entry korang.
6. Tinggalkan link entry korang ruang komen entry aku ni.
7. Sebaik-baiknya tinggalkan juga link entry korang di 5 blog tu juga.
Ini bukan tag 5 blog tu, cuma nak bagitau mereka secara mudah yang korang suka jenguk blog diaorang hampir setiap hari.

Tujuan aku cuma nak juga tau blog-blog hangat yang korang suka!
Kawan-kawan lain pun dapat share. Bolehkan?

Nanti aku canangkan dan war-warkan kat blog aku ni.

Tutup sampai Isnin, 28 Mac 2011 pukul 8.00 pagi.

Sunday, 27 March 2011

Suka hati je tampal-tampal



Aku rasa ramai antara korang yang pernah dan selalu jenguk blog ni. Boleh katakan hari-hari aku masuk blog ni. Lepas baca satu entry, aku baca lagi dan lagi! Memang lekalah masuk blog ni sebab blognya ringan, template tak delah serabut dan ringkas. Yang penting isinya hari-hari ada aje yang pelik. Up-date setiap jam pulak tu!

Tajuk yang satu ni buat aku nak ajak korang semua pergi baca kat blog dia ni.


Aku harap depa boleh laksanakan hukuman ni kat Malaysia... haraplah sangat!

Gambar atas tu aku jumpa kat google lalu tersesat ke blog DENAI BERBISIK. Ada banyak lagi gambar tampal-tampal kat sini. Best juga baca entry-entry dia yang lain.

Birthday Hanis Azla & Luahan Fikiran


Hari ini 27 Mac 2011 merupakan hari ulang tahun dua orang rakan blogger aku laaa..


Kek maya je lah ye aku bagi. He..he..!

Boleh pilih nak biru atau pink. Macam biasalah gambar kek yang sedap ni aku curi kat blogMyPu3 Cake House.

Selamat Hari Jadi buat kalian berdua. Moga Allah sentiasa merahmati kalian dan persabatan kita ini berkekalan.

Engineering yang berseni! Eh!


Wah! Peserta pertama untuk segmen aku yang pertama :

Mat engineering yang berjiwa seni. Meluahkan kata-kata menerusi foto-fotonya yang mengasyikkan. Aku panggil dia manueng aje. 7 blog yang suka sangat dia nak jenguk hari-hari! Kalau dah hari-hari jenguk tu tentulah ada yang menarik di sana. Jom tengok blog mana yang manueng suka lepak hari-hari!

Pilihan manueng kat sini le :

Saturday, 26 March 2011

Main game pun ada kebaikannya!



Sehari dua ni aku agak gila main game di facebook. Letih mengadap blog je, so tukar angin sikit. Aku suka game seperti 'Word Games' atau yang melibatkan Matematik.

'Word Games' pun ada macam-macam juga seperti mencipta perkataan daripada huruf-huruf yang di beri. Ini pun aku baru je main satu 'Word Games' yang minta aku cari perkataan yang bermula dengan 'num'. Vocabulary ni kurang sikit tapi hentam je lah kan. Dapatlah aku perkataan-perkataan berikut ; numeric, numerical, number, numbering dalam masa 10 saat je.

Kadang-kadang bekerjasama dengan anak sulung aku, Aishah untuk jawap soalan Matematik dengan pantas. Kena congak je! Bagi jawapan je terus tekan enter. Kena jawap seberapa banyak yang boleh dalam masa 5 saat je.

Main game ni ok sebenarnya kalau boleh pilih game yang betul-betul beri manafaat. Sebagai ibu bapa memang kena kawal anak-anak yang main game ni dengan memerhatikan jenis game dan tempoh bermain. Kalau tidak sehari suntuk pun tak cukup macam aku ni lah! Ha..ha..!

Kunjung mengunjung amalan mulia

Nampak tak blog list baru kat bawah dengan tajuk "Kunjungan Selalu"? Inilah senarai blog yang rasa macam nak terjah hari-hari je. Kalau tak hari-hari pun mesti nak jenguk juga sekurang-kurang seminggu sekali. Itu kalau aku dah busy sangat dengan kerja dan anak-anak le. Busy le konon!

Senarai tu aku kena semak balik sebab mungkin ada yang aku tertinggal juga. Kadang-kadang aku confuse bila nama panggilan yang depa selalu taip kat komen tak sama dengan nama blog. Macam blog Salam Borneo (Ummiross), ALL IN ONE (nur), Dunia Aku Ibu Muda (Wanee),~Erti Kehidupan~ (Ujang), nEscaFe+MilO (JIJI YU), Catatan Dari Deutschland (sitiezahim),lens@ jingg@ (manueng) dan ramai lagilah. Kadangkala aku tertukar jugak la.. macam cinta hingga ke syurga (laili), Syurga Itu Indah (Muhammad Burn) dan Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga (myvitrd).

Biasalah kalau lebih kerap up-date maka lebih keraplah kita nak menjenguk blog tu. Apa pun ikut kesesuaian diri masing-masing. Jangan dipaksa sangat hingga kerja lain tak siap pulak nanti. Pandai-pandailah nak 'adjust' masa korang.

Terima kasih pada yang sudi mengunjungi aku hari-hari!

p/s : Ngantuk le pulak bila tengok hubby dah terlelap selepas tidurkan baby Arif dalam buai. Untung dapat laki camnikan! Apa nak bosan-bosan sangat dengan suami. Bacalah entryPahala menggatal dengan suami!

Friday, 25 March 2011

Pahala menggatal dengan suami

Baca blog Melurjelita.com dengan tajuk yang menarik perhatian aku ; Memang menarik! Rugi tak baca tau entry ni "Bosan dengan suami!".

Yang ini part dia puji suami dia :
"Tugas mengambil dan menghantar anak, kerja rumah, kerja sekolah anak – anak dan segala urusan rumahtangga kami lakukan bersama. Gaji dia , gaji saya, gaji saya, gaji dia. Tak ada masalah. Suami jenis rajin dan ringan tulang. Suka membantu saya . Baik dan warak orangnya."

Yang ini part dia bosan dengan suami dia :
"Saya bosan dengan suami saya, saya bosan dengan anak – anak saya, saya bosan dengan rumahtangga saya, saya bosan dengan semuanya. Saya cukup tak suka dengan bau badan suami, tak suka dia tidur sebelah saya, benci dengan dengkurannya, menyampah tengok rupanya yang selekeh dan boroi. Pergi mana – mana sampai orang kata dia bapak saya!"

Aku ni berkawan dengan pelbagai jenis wanita seperti anak dara muda, anak dara tua, janda, bini kedua, isteri yang suami selalu outstation tanpa nafkah, isteri yang suami serahkan semua duit gaji padanya, bini pertama, isteri yang suaminya selalu bawa dia sama bila outstation, isteri yang bahagia dengan suami dan anak-anaknya dan macam-macam le. Macam-macam ceritalah yang aku dengar yang buat aku rasa kehidupan aku itu ada lebih dan ada kurang berbanding mereka.

Ada ke lelaki yang perfect? Tak ok ke kalau hubby hensem di mata aku, tapi sekarang dah banyak uban la.. Rambut pun dah nipis. Rumah dia bayar, bil api air dia bayar, beras dan lauk dia dah beli. Mana reti nak tinggi-tinggi suara ni, sekali-sekala la kalau anak-anak buat hal. Hubby keturunan banjar, lemah-lembut tutur katanya. Aku pulak yang mulut riuh!

Kalau bising kerana bosan dengan suami tu aku biasa dengar tapi sedih sangat bila kata bosan dengan anak-anak. Bosan dengan semua? Tak bersyukur, nampak sangatlah sebab ada orang lain yang dapat suami tapi berlagak macam orang bujang. Tak pedulikan anak bininya.

Setakat tak romantik, ehhh... hubby aku perlu diingatkan selalu birthday aku dan anak-anak. Tarikh kahwin pun dia lupa. Selamba je aku sound dia "tau kahwin je!". Hubby aku sengih je! Tak ada masa aku nak merajuk pun. Hubby aku tak pandai memujuk pun kalau aku merajuk! Aku perli je dia "Abang ni tak romantik lansung!". Tak ambil kisah pun sebab dah maklum itu kekurangan yang boleh dimaafkan.

Badan berbau, aku tolak dia masuk bilik air! Gurau-gurau kan bahagia. Malas nak sesakkan otak dengan benda-benda leceh ni. Biasalah, bila dah lama kahwin adakala memang terasa bosan. Sekali-sekala isteri kenalah bijak bertindak. Hubby aku pernah kata bahawa akulah orang pertama yang urut dia. Satu badan pulak tu! Ini urut betul punya ye! Jangan terpesong dengan 18SX. Ajak le mandi sama, paksa kalau tak mau. Laki bini mandi sama dapat pahala, kalau belum nikah jangan buat ye!

Kita ni nak mengubah orang lain memanglah susah, jadi ubahlah diri sendiri. Kadang-kadang nak hilangkan rasa bosan dengan hubby kenalah menggatal sikit. Pahala kalau menggatal dengan suami sendiri, bukan suami orang lain. Sambil tengok TV tu lentok le kepala kat hubby, biasanya anak-anak aku pun nak menyibuk sama sampai daddy pulak yang dah tersenget. Bukan susah pun nak saja-saja sentuh sekejap belakang dia, tak kiralah bahagian atas atau bawah. Ala-ala"ops! tak sengaja" tu lah.

Jangan sebut bosan dengan segala-galanya. Inilah kehidupan yang kita pilih. Bukan hidup menderita pun. Tak terguris luka pun sama ada yang zahir mahupun di hati. Hanya bosan! Kalau cari lain pun hilang ke bosan tu? Tak kahwin bosan, kahwin pun bosan, menjanda pun bosan! Apa yang kita nak sebenarnya? Cuba-cubalah risik pulak, "abang bosan tak dengan saya?".

p/s : aku pun tak bagus mana!

Mini Contest : Precious Humairah In The House


Marahnya ibu bapa umpama baja

Salah satu pesanan Lukmanul Hakim iaitu sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah pada anak-anaknya :

"Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman"

Tertarik aku dengan kata-katanya bukan kerana ingin sekadar berpesan pada anak-anak aku sendiri tetapi juga pesanan buat aku sendiri yang masih punya ibu kandung, ibu mertua, ibu angkat dan ibu susuan. Kesemua ibu-ibu yang kusebutkan itu telah pun kematian suami masing-masing. Alfatihah buat Allahyarham ayahanda Abu Bakar, Hashim, Masri dan Adam. Kalian sentiasa dalam ingatan aku.

Bila mak dan ayah marah itu kerana aku berbuat salah dan kesalahan itu mesti diperbetulkan. Jika tidak ditegur, takut kita meneruskan kesilapan itu. Ibu bapa punya pengalaman, tentu tidak mahu anak-anaknya menerima kesan yang lebih buruk akibat meneruskan kesilapan itu.

Mungkin kesan memarahi atau merotan kita akibat malas belajar tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesannya pada masa depan kita. Malas belajar boleh menyebabkan kegagalan dalam peperiksaan yang mengakibatkan masa depan kita menjadi tak tentu hala.

Bingitnya telinga mendengar leteran ibu dan ayah supaya jangan keluar malam ke tempat-tempat yang tak tentu hala itu tidak seberapa jika tiba-tiba malam itulah menjadi titik hitam pada si anak bila terperangkap dalam pelacuran, dinodai kekasih atau merengkok dalam lokap kerana diserbu polis. Malang itu tak berbau! Berhati-hatilah!

Untungnya bila kita punya ibu bapa yang sudi menegur kesilapan kita. Bagaimana rasanya mereka yang sunyi tanpa ibu dan ayah?

Walau ada ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk anak yang kian remaja, kita harus ingat bahawa mereka tetap sayangkan kita sebagai anak mereka. Kalau tidak mana mungkin mereka sediakan rumah, pakaian, keperluan sekolah, belanja harian dan makanan untuk kita.

Itu mungkin kelemahan ibu bapa dalam membahagikan masa antara waktu kerja dan waktu bersama kita sebagai anak yang punya hati dan perasaan. Sebagai anak, tanamkan azam supaya kita tidak perlakukan anak-anak kita bila sudah berumahtangga nanti.

Thursday, 24 March 2011

Miera Liyana dengan baju tidurnya??

Blog hits tertinggi di gengblogger hari ni, Admiral'z Legacy kata bila dia search 'Miera Liyana' di google mesti dapat gambar ni.



Memang itu pun berita hangatnya sekarang yang tiba-tiba buat orang terus kenal siapa Miera Liyana. Aku pun dulu dah terbaca di ruangan BeautifulNara.

Aku ternampaklah gambarnya dengan uniform sekolah di blog Admiral'z ni :

Ooooo... patut le dia selesa dengan fesyen di atas tu sebab hari-hari memang dia dah biasa sangat pakai baju yang designnya hampir sama bila ke sekolah. Cuma bezanya baju yang ini terbuka di belakang dan panjang sikit walau pun ada belah. Bagi lebih gaya sikit dari baju sekolah tu, tak payah pakai extra baju macam baju putih sekolah tu untuk lebih 'berangin'.

p/s : Design macam ni biasa aku buat baju tidur je!

Kad Touch n Go buat hal


Semalam aku tak jadi ke KLCC seperti yang dirancang. Client nak jumpa di PWTC. Jadi aku naik komuter di stesen Bangi Lama. Dua kali pusing juga aku mencari parking untuk kereta aku. Nasib le Nursyafikah aku tu kecik molek. Dapat le menyelit muat-muat antara kereta Kancil dan Naza Ria. Parking kat situ bukan ada tanda garisan pun untuk tentukan lot-lot parking. Itu yang menyebabkan depa semua parking ikut suka je.

Aku memang selalu guna kad 'touch n go' bila nak naik komuter ni sebab nak cepat le kononnya. Masa aku sampai tu penumpang yang menunggu taklah ramai sangat. Aku tengok komuter yang menghala ke Seremban park agak lama di stesen Bangi Lama tu. Masa aku sampai nak park kereta pun komuter tu dah ada kat situ hinggalah aku duduk di bangku dalam stesen tu, ia masih tak bergerak. Tak 'improve' lagi rupanya service diaorang ni.

Bila komuter sampai aku naik hingga ke hentian Bandar Tasik Selatan. Plan nak transit LRT Rapid KL le pulak untuk terus ke PWTC.

Masa aku sentuh kad 'touch n go' aku untuk masuk ke ruang LRT, besi penghadang tu tak buka. Angin le pulak rasanya. Aku pergi ke kaunter diaorang nak tanya. Bila staff situ check kata komuter dah tolak lebih kurang RM17 dari kad aku, baki ada dalam RM2 lebih je. Apa hal pulak dari Bangi Lama ke Bandar Tasik Selatan cajnya sampai RM17 lebih? Aku tak ingat nilai yang tepatnya. Macam-macam andaianlah yang staff tu bagi tapi aku malas nak dengar dah sebab hati dah panas. Dia minta aku check di kaunter komuter. Terima kasihlah dik ye... elok-elok nak cepat jadi lambat pulak! Sabar je lah.

Terpaksalah naik ke tingkat atas semula ke kaunter komuter. Staff di situ suruh aku call nombor yang ada pada kad 'touch n go' tu. 5-6 kali jugalah aku try call barulah dapat bercakap dengan operatornya. Sebelum bercakap kena tarik nafas bagi lega dulu, senyum! Aku takut angin baran aku datang bila bercakap dengan operator tu nanti.

Operator tu kata mungkin aku ada sentuh dua kali sama ada masa masuk atau keluar tadi. Agaknyalah masa keluar tadi sebab tempat sentuhnya tak mesra pengguna. Aku confuse sama ada nak sentuh lambang 'touch n go' kotak bawah lambangnya. Dia mintak details aku untuk refund duit tu. Proses ambil masa 3 minggu. Lamanya! Yang aku pelik bila last detail yang diaorang dapat detect adalah data 2 hari lepas. Lambatnya sistem depa detect ye! Kena improve ni... he..he..

Geramlah aku sebab aku baru je top-up RM20 pada kad aku tu sejurus sebelum naik komuter di kedai dekat rumah aku. Aku ada sekeping not RM10 je dalam wallet. Itu pun aku cilok RM4 dari drawer kecik milik Aishah untuk belanja sekolah ugama Asyikin dan Azri. Aku tak ada duit kecik masa tu.

Kononnya nak terus ke KL dengan tambang guna kad je dan ambillah duit kat mana-mana ATM. Nasib ada RM10, kalau RM2 memang tak lepaslah nak beli tiket ke PWTC.. melilau pulak aku nak cari ATM. Akhirnya beli tiket manual jugalah.. elok nak cepat jadi lambat pulak. Terpaksalah call client kata delay masa. Nasib client ok je.

Pengajaran buat aku bila nak sentuh kad 'touch n go' tu kena perati betul-betul. Pelik juga, dah berpuluh-puluh kali selama aku turun naik KL tu ok aje! Semalam pulak dia buat hal! Adalah tu yang Allah lebih mengetahuinya.

Wednesday, 23 March 2011

Waktu kerja yang fleksibel



Awal hantar anak ke sekolah hari ni. Pukul 6.55 pagi dah sampai depan sekolah rendah. Bagi extra RM1 tiap-tiap sorang sebab sampai awal sangat. Hantar Asyikin dan Azri dulu selepas hantar Arif ke rumah pengasuh.

Maka sempatlah aku dan Amirul, form 1 singgah breakfast di kedai mamak dulu. Masing-masing punya taste yang sama iaitu teh tarik dengan roti telur. Aku bayar siap-siap kat kaunter bayar dan makan dengan pantas. He..he.. saja suka-suka ajak anak makan. Sempat sampai sekolah dia lagi 3 minit loceng nak berbunyi.

Balik rumah kenalah buat kerja rumah dengan pantas. Sempat up-date blog dulu. Tengahari ni nak ke KLCC, jumpa client. Confuse sama ada nak naik komuter dari UKM atau nak drive
'Nursyafikah' je, kereta Kelisa aku tu la. Lepas KLCC nak ke Bangsar pulak. Risau jugak takut tak sempat balik Bangi sebelum pukul 5 petang. Kalau naik komuter mesti nak kena kejar trip sebelum pukul 4 petang untuk balik. Kalau lambat aku kena jadi macam sardin le dalam komuter tu.

Conclusionnya aku drive sampai Bangsar dan park kat situ. Then boleh naik LRT terus ke KLCC. Menunggu komuter pun jenuh juga kat UKM tu. Lain le kalau aku tak kalut sangat. Sebelum keluar rumah untuk appoinment kena prepare lunch anak-anak yang nak balik sekolah dulu. Seronok juga kerja 'flexible hour' ni. Cuma kalau tak kerja tak adalah income. Kalau rajin boleh dapat income lebih daripada ex-manager aku dulu, tapi kalau malas sapa nak bagi duit free??

So... jangan malas-malas. Buat kerja cepat!