iklan

Followers

Pages

Wednesday, 2 March 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??


Aku join segmen Ben Ashaari pulak hari ni : SEGMEN DIBUKA UNTUK SEMUA ...

Agak ganas tajuk Ben bagi, tapi isi ceritanya lembut aje.. saja kasi gempak sikit.

Kisah kematian ayahanda tersayang :

Sakit jantungnya bermula sejak tahun 2005. Namun sempat ayah bergelar haji pada tahun yang sama. Ayah juga melalui pengalaman berjam-jam pembedahan pintasan jantung pada tahun berikutnya, 2006. IJN, PPUM, Hospital Jengka, Hospital Sungai Buloh dah kerap benar dijenguk.

Pada tahun 2008 pula ayah di sahkan menghidap kanser tiroid pula. Kanser antara penyakit yang sangat ditakuti. Ayah sering menderita sakit kepala yang kuat, sakit pinggang, sakit perut dan sebagainya. Adakalanya susah ayah nak lelapkan mata. Pernah dua kali ayah koma yang merisaukan kami sekeluarga teramat sangat.

Ayah menahan kesakitan dalaman yang pelbagai dalam usia tua. Usia yang agak lemah untuk menahan serangan jantung yang lemah, sakit kepala yang adakala melampau, pedih perut yang teramat bisa. Adakalanya hanya mampu terbaring. Kalau lama sangat duduk pun sakit pinggang pula.

Alfatihah buat ayah yang meninggalkan kami buat selama-lamanya apabila, organ dalamannya telah tidak mampu berfungsi akibat sel-sel kanser tiroid yang telah merebak. Ayah meninggal pada tahun lepas, 2010 pada usia 74 tahun : baca Bila hujan teringatkan ayah!

Kerana itu aku pasti akan teringatkan arwah bila aku dilanda migraine, sakit perut atau sekali-sekala juga sakit pinggang. Penyakit-penyakit bermusim yang sekali-sekala menyinggah bila PMS.

Terasa apalah sangat sakit aku ini berbanding arwah ayah dulu, pun aku terasa sangat menyiksakan. Tak sampai sehari menahannya, makan ubat hilanglah ia. Tetapi arwah ayah akan merasakan sakitnya hampir setiap hari. Hilang selera makan, hilang tenaga. Setiap hari perlu menelan ubat.

5 tahun arwah ayah mula menanggung kesakitan akibat jantung dan 2 tahun akibat kanser tiroid. Belum dikira semasa muda pernah juga arwah ayah menjadi mangsa terkena santau angin. Dapat juga berubat namun kesannya tetap terasa. Jadi.. apalah sangat dengan kesakitan sedikit yang aku rasa, bersabarlah!

8 comments:

ummiross said...

Al Fatihah buat arwah ayah Adzriel, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

apisv2 said...

alFatihah..
slm kunjungan..

aku memang gila traffik

Hanis Azla said...

besarnya penderitaan arwah ayah akak dulu.. dengar pun tak sampai hati.. tak terbanding dengan kesakitan kita yg sikit2 ni kan kak..

Hazmin said...

Salam takziah Hazmin ucapkan..

wah...giler trafik ni..hehe..
jom sama-sama tambah trafik...
happy blogging.


BLOG HAZMIN

hacker said...

nice entry...

jom bce info tntg dunia n akhirat di blog prince..
:)

Sasa Al-Sharif said...

salam takziah. al-fatihah

Adzriel AB said...

terima kasih semua atas doanya... tak boleh terpandang gambar arwah ayah.. terus sebak!

A.s.t.i.n.a said...

nanti Astina sampaikan salam pada polis trafik itu utk akak..