iklan

Followers

Pages

Thursday 3 March 2011

Bila nak insaf ni?

Telah banyak perkara buruk berlaku di muka bumi ini seperti tsunami, gempa bumi, banjir, kemarau, kebakaran, peperangan, kemalangan jalan raya, runtuhan binaan yang semuanya telah menyebabkan kemusnahan dan jumlah kematian jiwa yg tinggi. Namun mengapa masih juga kita tidak insaf dan mengambil ikhtibar. Tidak juga kita insaf untuk menghadapi kematian yang pasti akan menjelma pada bila2 masa sahaja.

Mengapa masih berzina, merompak, membunuh, menipu, menderhaka pada ibu bapa mahu pun guru. Kita masih juga sombong, tamak, rasuah, minum arak, dadah, tidak solat dan melakukan segala macam maksiat.

Sering juga kita merasakan malasnya bersolat, puasa itu juga menyeksakan, merasakan bebas melakukan pelbagai dosa yg kita ambil mudah sahaja. Malah ada yang memperlecehkannya pula. Sungguh menyedihkan.

Ada juga yang sukarnya untuk tersenyum dengan jiran tetangga apatah lagi bertegur sapa. Jiran yang merupakan orang paling hampir dengan kita selain keluarga sendiri dan rakan-rakan. Sukarnya mendengar suara lembut menegur anak-anak dan ibu bapa. Hanya terkadang dikejutkan dengan suara nyaring sekitar kejiranan menengking anak-anak yang nakal dan ada juga pergaduhan sesama ahli keluarga.

Tragedi menakutkan sering benar berlaku hatta di kalangan ahli keluarga sendiri ; bunuh-membunuh, zina, rogol, dera. Di manakah rasa belas dan kasih apatah lagi terhadap ahli keluarga sendiri.

Apabila kita lupa pada ALLAH s.w.t, maka syaitanlah yang mengambil-alih mengarah kita. Apakah pengakhiran hidup kita? Perlukah kita menangguh-nangguhkan lagi kebaikan yang ingin kita laksanakan?

Mengadulah pada ALLAH s.w.t waktu kita senang dan susah. Solat yang menjadi keutamaan, diikuti dengan amalan-amalan baik yang lain. Insyaallah, hidup akan menjadi lebih tenang dan penuh keberkatan bila kita mengasihi dan menghormati ALLAH s.w.t dengan melaksanakan segala suruhanNYA.

Islam itu mempunyai garis panduan yang lengkap untuk kita mengharungi kehidupan seharian merangkumi rohani dan jasmani.

9 comments:

ummiross said...

Bila manusia semakin jauh dari agamanya, hilang kecintaan terhadap Allah s,w.t, begitulah jadinya...

starsyeea said...

ermmm...entahlah...menakutkan je hidup skrg ni -__-

Hanis MY said...

betul tu kak stuju sgt... nauzubillah drpd kelalaian dan kesesatan ni adakalanya Allah turunkan bala untuk menginsafkan dan menyuruh kita semua kembali dan mengingati Dia...

sud@is said...

keinsafan datng dari dlm
kena motivasi sllu baru timbul kesedaran rasanya...

masuk majlis ilmu..betul x

Ati Masrif said...

ada lagi...

yang dah kahwin sibukkkk nak skandal
sibuk kacau rumahtangga org..

tgh hangat ni tau..
jom komen yg pedas sikit kat n3 ati ptg ni..

Dr K said...

tu sebab bila Allah timpakan dgn penyakit, dengan takde duit, kemalangan..kita kena bersyukur...

-sebab bila kita senang, kita lupa nikmatNya

Muhammad Izuan said...

Salam ziarah kak. memang saya setuju, dah akhir zaman. bahkan saya langsung tak percaya pada manusia. ramai yang menggunakan agama sebagai lakonan di dunia ni, takut org kata, takut masyarakat fikir negatif, sebab org buat so dia pun buat, sebab nak dipandang tinggi. Islam sepatutnya datang dari hati. Mengenai jiran pula, saya memang tak suka bertegur... malas nak citer panjang. dah jadi memburuk2kan org pula.

Hanis Azla said...

nice entry kak.. apa lagi yg paling dekat dengan kita selain dari kematian.. tp bila melakukan dosa langsung tak ingat soal itu.. keasyikan dunia yg sementara ini saja yg asyik di kejar..

MumMe said...

mumme risaukan anak2 ni nanti,mesti cabaran mereka lebih hebat...semoga Allah peliharakan kita semua...