iklan

Followers

Pages

Friday 24 June 2011

Al-Fatihah! 9 Tahun Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan


Jenazah diusung oleh ribuan manusia - Subhanallah!

Seperti biasa aku membalas kunjungan tetamu blog ini bila berkesempatan. Terpaku aku di entrynya yang mengenang pemergian seorang insan yang juga aku hormati dan aku kagumi iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Bermakna telah 9 tahun pemergiannya ke rahmatullah sejak 23 Jun 2002 lalu. Bacakan kronologinya bermula sejak Allayarham Ustaz Fadzil Noor masuk hospital hingga selesai bacaan talkin di SINI.

Sedetik itu juga aku teringat tentang kisahnya yang aku pernah baca dalam majalah Mastika dengan tajuk 'Pilot peluk Islam selepas lihat kebesaran Allah' di SINI. Kalau taip keyword 'Pilot masuk Islam' saja pun akan dapat banyak blog yang bercerita tentangnya kerana kisah itu dalam Mastika Julai 2008.

Aku tidak memandang apakah fahaman politiknya tapi apa yang berlaku meninggalkan tanggapan positif aku tentang sifat dan peribadi Almarhum itu sendiri. Bayangkan betapa ramainya manusia yang meratapi dan sedih dengan pemergiannya. Begitu ramai yang datang menziarahi, menyembahyangkan jenazah, membacakan surah Yassin dan Al-Fatihah dari serata negeri dengan rela hati dan penuh keihlasan. Almarhum bukanlah pemimpin utama negara pun.

Perginya seorang ulama yang sukar dicari ganti seumpamanya. Moga Allah sentiasa memberi rahmatNya dan almarhum tergolong dalam golongan ahli-ahli syurga.

Lagi entry menarik tentang memperingati 9 tahun pemergiannya dengan isi yang lebih terperinci di SINI.

13 comments:

izahdaut said...

berair mata saya.. sedih membaca entry ni..

Ameh Wahab said...

Al-Fatihah untuk Allahyarham...

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

Saya salah seorang yang amat menyanjungi Allahyarham.... Kehilangan yang sukar dicari ganti... Alfatihah..

zati embong said...

Al Fatihah.meremang jat ingta kembali.ramainya yg mengiringi arwah..

ummiross said...

ummi pun ada baca kisah tu, kehilangan yang sukar dicari ganti, semoga ditempatkan disisi orang2 yang beriman, Al Fatihah.

zati embong said...

menangis baca link yg kak bagi.thanks kak.

cikguNae said...

betul k.Liza, kita tidak pandang fahaman politik seseorang, tapi kemuliaan peribadinya...

Puan NisaKhaidir said...

tersentuhnya hati saya kak liza...
Al-fatihah untuk arwah.

http://pelangichanteque.blogspot.com/2011/06/al-fatihah.html

Puan NisaKhaidir said...

Allah maha berkehendak untuk menghidupkan dan mematikan kita. Allahuakbar.

Hanis Azla said...

semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama org2 yang beriman..

ps : kak, blog liza tu http://inspirasicintaku.blogspot.com

Ghab Van Hal said...

al-fatihah

sitiezahim said...

subhanallah..betapa besar kuasa Allah yang tunjukkan pada kita yg tinggal..thanks kak liza kerana berkongsi..

Solihin Zubir said...

satu kehilangan yang besar...