iklan

Followers

Pages

Thursday 16 June 2011

Secret Recipe di Bandar Seri Putra


Lokasi restoran

Secret Recipe dah berada di Bandar Seri Putra di Jalan Seri Putra 4/1. Terkejut juga aku bila pekan sekecil Bandar Seri Putra dan masih baru ada restoran ni.

Tahun depan lagi meriahlah bila lot-lot kedai baru siap betul-betul depan restoran ini yang juga sederet dengan ruang pejabat dalam iklan INI.



Gambar-gambar ni aku ambil awal pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Sebab itulah restorannya belum dibuka. Tengahari tadi aku saja lalu, dah buka nampaknya. Baru hari ini agaknya. Ramai juga pelanggan.


Ada promosi dari Secret Recipe untuk makan tengahari dan minum petang.


Jalan-jalan utama di Bandar Seri Putra pun dah diturap tar baru semuanya. Dah cantik dan nampak berseri. Kalau siap shopping complex di sini nanti tak perlulah aku nak ke Nilai lagi untuk shopping sama ada di Giant atau Tesco. Dah dekat dan mudah... 3 minit dah sampai dari rumah kalau naik kereta. Jalan kaki tu lambat sikitlah sampai.

Apa yang aku harapkan kemajuan ini tidaklah menyumbang kepada masalah sosial pula. Moga ia dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.

Bila pula masjid baru nak naik ni. Tapak dah ada cuma mungkin dana belum cukup. Alangkah bertuahnya kalau ada dermawan yang sudi nak sedekahkan dana yang besar macam Dato' Siti untuk membina masjid Al-Mustaqim di sini. Ada sesiapa nak menderma lagi? Refer kat SINI.

7 comments:

Ir. Jamal said...

Wah bestnye..memang dah bukak eh kak..boleh ushar la jap lagi..hehe

sud@is said...

sayangnya secret recipe...
keraguan kehalalalnya.......baru berita 2-3 hari, cuba check

Ir. Jamal said...

Dah check dah..dan dah lihat penerangan dari pihak secret recipe..

kepada sesiapa yg dah was-was..jatuh haram kalau makan..jadi kalau dah was-was jangan la makan..

Macam Jamal ok je, tak was-was boleh sebat la..:-)

atuk said...

Assalamualaikum Liza

terima kasih S..U..D..@..I..S
kerana beri maklumat

Wassalam

jeBateja said...

wahhh...boleh beli kek aiskrim ni....ahakz

Muhammad Izuan said...

ei, bila nk blanja sy? hehe

MeteorX said...

semakin maju seri putra. Dengar khabar nak bukak shopping complex area petronas?